Hiburan Saya Tak Gembira Takut Dosa Kembali Pada Fitrah Lucinta Luna Muncul Imej Maskulin
Penyanyi dna juga personaliti media sosial, Lucinta Luna khabarnya muncul dengan penampilan terbaru sebagai seorang lelaki ketika program temu bula di YouTube Boy William, baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN Mengaku Hamil Selepas Buat Ujian Kehamilan, Doktor Syak Lucinta Luna Hidap Kanser TestisAdvertisementKembali kepada fitrah asalnya, dia yang menggayakan baju sejuk dan berambut pendek berkata dia ingin dipanggil dengan nama sebenarnya iaitu Muhammad Fatah.
Sumber : Google Malah, suaranya juga bukan lagi nada wanita yang dibuat-buat tetapi suara asalnya yan garau dan maskulin.
Jelas Fatah, dia penat menjadi seorang yang lain (Lucinta Luna) yang penuh dengan kontroversi.
Selama ini jadi dia (Lucinta Luna), ada rasa tertekan, takut, dimaki, diancam suruh mengaku. Sampai bila? Jujur capek (penat)! Tapi bagaimana untuk meraih rezeki sekarang di negara kita.
Saya kononnya buat pembedahan di Thailand, bedah payudara, bedah kelamin. Sebenarnya Lucinta Luna itu tak ada. Dari dulu Lucinta Luna itu tak ada, dia hanya pura-pura, mahu wujud, bercita-cita untuk popular. Itu saja.
Tambahnya lagi, dia dilahirkan sebagai lelaki normal namun ketika kecil persekitaran keluarga yang kebanyakannya perempuan menjadikan dirinya seperti sekarang.
Malah ketika bersekolah, dia sering dibuli sehingga berasa takut untuk berkawan dengan lelaki.
Kata Fatah, menjadi seorang Lucinta Luna menjadikan dirinya berasa takut terutamanya berkaitan hukum agama. Saya tak gembira, saya takut. Takut dengan dosa. Bila bangun tidur saya lihat diri saya dan tertanya. Ya Allah, bolehkah saya kembali semula? Lucinta Luna itu mesin ATM saya. Kerana dia cantik, lucu apa saja Lucinta Luna buat wang masuk.
AdvertisementNamun begitu, ketika di akhir temu bual, dia sekali lagi mengejutkan orang ramai apabila mengatakan bahawa kenyataannya itu hanyalah sebagai ‘prank’ dan terus menanggalkan rambut palsu serta menegaskan dirinya adalah wanita.
Kata Fatah, “Aku perempuan sejak lahir lagi!”
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Saya Tak Gembira, Takut Dosa..” Kembali Pada Fitrah, Lucinta Luna Muncul Imej Maskulin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/10/hiburan-saya-tak-gembira-takut-dosa.html