Hiburan Saji Papar Kisah Perit Disebalik Cabaran Ahli Keluarga Petugas Barisan Hadapan
Dalam keadaan Covid-19 yang masih belum berpenghujung, kita amat bersyukur dan berterima kasih kepada petugas baris hadapan yang tidak kenal penat lelah demi menjaga keselamatan kita semua. Tapi bagaimana pula perasaan ahli keluarga mereka?
Diilhamkan dari sebuah kisah benar, “Mangkuk Tingkat Mak Teh” mengisahkan seorang isteri yang setia memasak dan menghantar lauk dengan berbasikal setiap hari ke klinik tempat suaminya bekerja sebagai seorang pemandu ambulans.
AdvertisementMenampilkan bakat hebat seperti Fatimah Abu Bakar, Bront Palarae, Sarah Ali, Firdaus Karim dan Azman Hassan. Lakonan mantap yang dipersembahkan memang betul-betul meninggalkan kesan di hati.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, iklan raya SAJI merupakan antara yang paling dinanti-nantikan kerana mesej dan penceritaan yang disampaikan begitu dekat dengan masyarakat.
Kebiasaannya banyak dedikasi penghargaan ditujukan buat petugas barisan hadapan. Tetapi kali ini SAJI membawa kelainan dengan memaparkan kisah ahli keluarga mereka.
Pertama kali tengok iklan ni jujur kami katanya yang yang tak mampu nak menahan sebak, kerana ending yang tak dijangka. Jom tengok dulu.
AdvertisementKisah ini merupakan inspirasi daripada cerita sebenar Mak Cik Saadiah yang setia menghantar makanan ke IPD Gerik dengan mengayuh basikal sejak 37 tahun yang lalu.
Beliau yang berasal dari Kampung Padang, Kuala Kenderong, berbuat demikian demi menghantar lauk kepada suaminya, Alias Nik Daud.
Sumber : NSTP Namun begitu, suami beliau telah terkorban di tangan komunis pada tahun 1975. Mak Cik Saadiah meneruskan amalan hariannya demi kasih sayang dan ketaatan kepada Allahyarham suaminya.
Tapi rutin itu terpaksa dihentikan selepas Mak Cik Saadiah jatuh daripada basikal dan anaknya terus mengambil keputusan untuk membuka roda basikal ibunya kerana bimbang keselamatan beliau.
Kisah Mak Cik Saadiah adalah ketika negara berperang dengan komunis, kini kita sekali lagi diancam dengan wabak pandemik yang melanda seluruh dunia.
Hargai jasa petugas barisan hadapan yang setia menjaga negara kerana mereka juga mempunyai keluarga yang setia menanti.
Hadiah Dari Hati, Rebut Hadiah & Wang Tunai Sehingga RM100,000
Wow menang cash tu, siapa nak bagi? Haa.. Ni kami nak share dengan korang yang FGV Holding Berhad, menganjurkan peraduan Hadiah Dari Hati di mana korang hanya perlu beli produk keluaran FGV dan boleh menang hadiah menarik tau!
Selain terkenal sebagai syarikat pertanian dan komoditi pertanian global Malaysia, FGV turut mempunyai rangkaian produk makanan dan masakan seperti minyak masak Saji, susu sejat, majerin Pelangi dan pelbagai lagi.
Hadiah Dari Hati merupakan satu penghargaan FGV kepada pengguna setia mereka, di mana korang berpeluang untuk menang hadiah istimewa seperti Themomix yang berharga RM7,188, wang tunai bernilai RM10,000 atau baucar e-tunai Touch n’ Go yang bernilai sehingga RM100,00.
Cara nak sertai mudah saja, korang ikut je step kat bawah ni:
Beli produk keluaran FGV bernilai RM25 ke atas dan muat naik bukti pembelian ke www.hadiahdarihati.my.Tunggu link SMS untuk Putar & Menang.Setiap pembelian layak memenangi baucar e-tunai & berpeluang memenangi hadiah utama.Jadi tunggu apa lagi? Segera dapatkan produk FGV hari ni, mungkin koranglah pemenang thermomix yang bertuah tu.
Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan Hadiah Dari Hati atau produk keluaran FGV korang boleh klik di SINI.
AdvertisementKasih Ikhlas, Kekal Abadi. Seikhlas Hadiah Dari Hati. FGV mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Sumber Kisah Mak Cik Saadiah: Berita Harian
The post SAJI Papar Kisah Perit Disebalik Cabaran Ahli Keluarga Petugas Barisan Hadapan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/05/hiburan-saji-papar-kisah-perit.html