Hiburan Penerima Vaksin Sinovac Perlu Dapatkan Dos Penggalak Untuk Kekalkan Status Vaksinasi Lengkap
Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin menerusi sidang media sebentar tadi telah memaklumkan kesemua penerima vaksin Sinovac perlu mendapatkan dos penggalak.
Penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu dapatkan dos penggalak pada Feburari 2022 untuk mengekalkan status vaksinasi lengkap.
AdvertisementHal ini susulan situasi yang berlaku apabila dunia dikejutkan lagi dengan kehadiran varian Omicron yang dilaporkan lebih bahaya dan mampu merebak dengan mudah.
TERKINI
Semua penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu dapat dos penggalak pada Feb 2022 untuk kekalkan status vaksinasi lengkap.
Bagi 60 tahun ke atas( semua vaksin) juga perlu ambil dos penggalak untuk kekal status lengkap vaksinasi : Khairy
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) December 16, 2021
AdvertisementSelain itu, individu berusia 60 tahun dan ke atas bagi kesemua jenis vaksin juga perlu mengambil dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap.
Dalam erti kata lain, status individu pada aplikasi MySejahtera yang tidak mendapatkan dos penggalak bukan lagi memaparkan menerima vaksinasi lengkap kelak.
In our effort to ramp up booster shot, mega PPVs will be reopened starting with Klang Valley. All 60 & above or Sinovac recipients must get a booster latest by Feb 2022 to keep fully vaccinated status. #PICKBooster
— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) December 16, 2021
Difahamkan langkah ini dibuat bagi meningkatkan imuniti setiap penerima vaksin menerusi suntikan dos penggalak.
Setakat ini, kes kedua varian Omicron di Malaysia telah dikesan membabitkan kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun yang tinggal bersama keluarga di Nigeria dan pulang ke Malaysia.
4 jam laluKKM Kesan Kanak-Kanak 8 Tahun Positif COVID-19 Dari Varian OmicronThe post Penerima Vaksin Sinovac Perlu Dapatkan Dos Penggalak Untuk Kekalkan Status Vaksinasi Lengkap first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/12/hiburan-penerima-vaksin-sinovac-perlu.html