Hiburan Orang Lembut Pun Boleh Bercinta Mimpi Nikahi Ds Vida Roslan Shah Mohon Maaf Pada Iqbal
Selebriti versatil, Roslan Shah mendedahkan bahawa dia pernah bermimpi mengahwini Datuk Seri Vida dan menganggap perkara itu hanyalah sebagai mainan tidur semata-mata.
ARTIKEL BERKAITAN Merokok Dan Makan Di Tempat Awam, Roslan Shah Kecewa Sikap Segelintir Umat Islam Di Bulan RamadanAdvertisementMalah, Roslan memaklumkan bahawa dia telah menghubungi DS Vida bagi menjelaskan kekeliruan terhadap pendedahannya itu, baru-baru ini.
View this post on InstagramA post shared by roslanshah (@realroslanshah)
Roslan dalam pada itu menafikan bahawa dia hanya ingin mencari publisiti murahan atau sebagai strategi pemasaran seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Maaf kata, Cik Lan hanya mimpi saja bukan isu ini serius pun dan sudah hubungi Datuk Seri Vida kasi settle dan tiada niat mencari publisiti murahan atau marketing pun. Tak terlintas di fikiran pun.
Katanya lagi, meskipun dia dilahirkan dengan perwatakan lembut, namun di sisi lainnya, dia masih lelaki dan mempunyai fitrah yang sama seperti manusia lain.
Jodoh, ajal dan maut Allah tentukan. Cik Lan akui seorang lembut dan jangan menghina dan mengutuk dari luaran saja ya tapi sifat kelelakian itu tetap ada dan nafsu..sebagai manusia boleh berubah.
Roslan yang mesra disapa sebagai Cik Lan itu berkata bahawa dia telah memohon maaf kepada bakal suami Vida, Iqbal Zulkefli mengenai kenyataannya yang tular mengenai mimpi tersebut.
View this post on InstagramA post shared by roslanshah (@realroslanshah)
AdvertisementTerdahulu, berikutan terlalu kerap berita mengenai kisah hubungan Iqbal dan DS Vida, Roslan memaklumkan bahawa dirinya tiba-tiba sahaja bermimpi telah berkahwin dengan usahawan kosmetik itu.
“Cik Lan mimpi berkahwin dengan Datuk Seri Vida pula. Cik B dan Kacak terima Cik Lan seadanya. Mimpi kali pertama.” tulis Roslan dalam sebuah hantarannya sebelum ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Orang Lembut Pun Boleh Bercinta..” Mimpi Nikahi DS Vida, Roslan Shah Mohon Maaf Pada Iqbal first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/09/hiburan-orang-lembut-pun-boleh-bercinta.html