Hiburan Noraniza Idris Tidak Sertai Konsert Karya Agung Pak Ngah Kerana Masalah Bajet
Kalau sebut nama Pak Ngah, mesti ramai yang akan teringat dengan Noraniza Idris. Nama mereka berdua begitu sinonim bersama jadi ramai yang hairan apabila penyanyi wanita itu tidak menyertai konsert Karya Agung Pak Ngah yang bakal berlangsung di Istana Budaya November depan.
Pun begitu, menurut penjelasan Ketua Pengarah Istana Budaya iaitu Datuk Mohamed Juhari Shaarani, konsep konsert ini menekankan elemen teater dan lagu yang dipersembahkan nanti bukanlah lagu yang dicipta khusus kepada Pak Ngah sahaja.
View this post on Instagram
#Repost @ctdk • • • • • • Saksikan dedikasi kami untuk lagenda muzik tradisional Nusantara @pakngahmemorial @erniezakri @syamel_official @asmidarisme @rojer_dangdutstar_official #OTM . Karya Agung Pak Ngah ( Datuk Suhaimi Mohd Zain) bersama Orkestra Tradisional Malaysia dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 14 dan 15 November 2019, bermula jam 8.30pm di Panggung Sari, Istana Budaya. Artis yang terlibat @ctdk, @erniezakri @asmidarisme @syamel_official dan Roger. Harga tiket bermula dari RM86, RM116, RM236, RM276, RM296, RM366, RM446 dan RM556, boleh dibeli melalui dalam talian dengan melayari www.airasiaredtix.com bermula 7 Oktober 2019 atau terus ke kaunter box office Istana Budaya, dibuka dari jam 10am hingga 5pm. Terdapat diskaun sebanyak 10 peratus kepada golongan OKU, warga emas dan pelajar.
A post shared by Istana Budaya (@istanabudaya) on Oct 3, 2019 at 5:57am PDT
Tambahnya lagi, pemilihan artis yang dibuat adalah mengikut kesesuaian lagu-lagu yang sudah ditentukan selain bajet untuk bayaran persembahan artis juga hanya cukup-cukup untuk beberapa artis yang dipilih itu.
Pada asalnya memang ada hasrat untuk menjemput Datuk M. Daud Kilau, Noraniza Idris dan Syura namun kekangan bajet membuatkan mereka terpaksa membatalkan hasrat itu. Jelasnya, mereka yang sudi untuk mengadakan persembahan ini memberi harga ‘kawan-kawan’ dan lebih bersesuaian dengan bajet yang pihak mereka peruntukkan.
Kalau pada artis yang tidak meletakkan ‘harga kerajaan’ memang kami tak mampu!
Tapi ramai juga yang pelik jika tiada bajet yang banyak, macam mana Dato’ Siti Nurhaliza boleh dijemput sekali. Rupanya, penyanyi tersohor itu turut serta atas alasan hubungan baiknya dengan pihak Istana Budaya dan sekadar hadir sebagai artis jemputan sahaja.
Mungkin kerana saya adalah antara artis yang banyak menyanyikan lagu ciptaan Pak Ngah.
Lagipun dalam apa-apa majlis adalah lebih mudah untuk abang Joe dan saya berhubung. Kalau ada event dan kerjasama yang begitu baik, telah memudahkan semua perkara dan akhirnya ia berjalan seperti dirancang.
Ini adalah konsert Allahyarham dan saya hanya sebagai salah seorang artis jemputan sahaja.
View this post on Instagram
Saya menggayakan kebaya dari kain tenun Pahang hari ini. Di majlis sidang media Karya Agung Pak Ngah ( Datuk Suhaimi Mohd Zain) bersama Orkestra Tradisional Malaysia dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 14 dan 15 November 2019, bermula jam 8.30pm di Panggung Sari, Istana Budaya. Artis yang terlibat @ctdk, @erniezakri @asmidarisme @syamel_official dan Roger. Harga tiket bermula dari RM86, RM116, RM236, RM276, RM296, RM366, RM446 dan RM556, boleh dibeli melalui dalam talian dengan melayari www.airasiaredtix.com bermula 7 Oktober 2019 atau terus ke kaunter box office Istana Budaya, dibuka dari jam 10am hingga 5pm. Terdapat diskaun sebanyak 10 peratus kepada golongan OKU, warga emas dan pelajar. . @rizmanruzaini @epie_temerloh
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on Oct 3, 2019 at 1:40am PDT
Apa-apa pun, diharapkan konsert ini akan berjalan dengan lancar sepanjang ia berjalan. Mungkin tiada rezeki buat Noraniza Idris kali ini.
Sumber: mStar
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.superpantas.com/2019/10/hiburan-noraniza-idris-tidak-sertai.html