Hiburan Netizen Gugur Jantung Tengok Proton Wira Elak Kemalangan Saat Akhir Dengan Lori
Setiap kali memandu, pastinya tidak akan terlepas dari melihat aksi – aksi sesetengah pemandu yang tidak berhati-hati malah membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Tidak salah untuk memotong kenderaan lain yang lambat atau yang mahu membelok namun perlulah memastikan agar situasi sekeliling selamat terlebih dahulu.
AdvertisementTular di media sosial TikTok apabila sebuah rakaman video yang memaparkan sebuah Proton Wira dilihat tidak sempat memotong sebuah lori di hadapannya sehingga terpaksa ‘mendarat’ di bahu jalan agar tidak bertembung dengan kenderaan lain dari lorong bertentangan.
Kejadian itu difahamkan telah berlaku di Johor Bahru dan setelah meninjau ruangan komen, ada saksi memaklumkan bahawa pemandu lori tersebut sudah lama memberi ‘signal’ dan telah memperlahankan kenderaannya untuk belok ke kanan.
AdvertisementMalah, kenderaan di belakang lori tersebut sudah bersedia untuk menukar ke lorong kiri namun pemandu Proton Wira tersebut terus cuba untuk memotong barisan di lorong kanan sehingga nyaris menyebabkan kemalangan dengan kenderaan dari lorong bertentangan.
Sumber : TikTok Menurut saksi yang lain pula, pemandu Proton Wira berkenaan terbabas ke bahu jalan dan telah melanggar sebuah busut serta tidak mengalami kecederaan yang serius akibat kemalangan kecil itu.
Sentiasalah berhati-hati di jalan raya. Ingat ‘kemampuan’ kita memandu kerana ianya boleh memakan diri sendiri dan juga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
3 jam lalu"Honda Lagi.." - Tunjuk SmartTag Di Lorong RFID, Pemandu 'Himpit' Elak Tol Cetus Persoalan NetizenThe post (VIDEO) Netizen ‘Gugur Jantung’ Tengok Proton Wira Elak Kemalangan Saat Akhir Dengan Lori first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2022/02/hiburan-video-netizen-gugur-jantung.html