Hiburan Nafi Sertai Gv8 Kerana Tiada Job Ani Maiyuni Hanya Ingin Ubati Kerinduan Peminat Dangdut
Penyanyi dangdut terkenal, Ani Maiyuni tampil menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa dia menyertai program nyanyian Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) kerana tiada pekerjaan.
Ujar Ani atau nama sebenarnya Aishah An-Nur Binti Osman,43, dia hanya ingin mengubati rindu peminat dangdut di luar sana dan GV8 merupakan platform terbaik untuk memaklumkan peminat bahawa dia masih aktif dalam industri seni hiburan tanah air.
AdvertisementView this post on InstagramA post shared by ANI MAIYUNI (@ani_maiyuni)
Malah, Ani memaklumkan bahawa ramai artis yang masuk GV8 bukanlah bermakna mereka tiada ‘job’ tetapi ada juga yang mempunyai acara yang tidak putus-putus namun jarang keluar di televisyen.
AdvertisementMacam saya sendiri, jarang keluar televisyen dan peminat ingat kita tak aktif dalam industri. Banyak antara artis mengambil cabaran untuk bertanding dalam GV ni sebenarnya nak beritahu yang kami ini masih lagi aktif dalam industri.
Dalam pada itu, Ani berkata bahawa dia sudah bersedia untuk berdepan cabaran dalam program nyanyian tersebut terutamanya apabila dia perlu menyampaikan lagu selain genre dangdut.
View this post on InstagramA post shared by ANI MAIYUNI (@ani_maiyuni)
Ani juga turut meluahkan rasa teruja kerana berpeluang untuk memasuki kelas vokal bersama Cikgu Siti Hajar bagi mempelajari teknik nyanyian yang betul.
Sekadar info, GV8 turut menampilkan artis hebat lain seperti Aweera, Alif Aziz, Nikki, Azzan Scan, Adibah Noor dan ramai lagi bagi merebut gelaran juara Gegar Vaganza musim terbaru yang akan bermula 21 November ini.
8 bulan laluAni Maiyuni Risau Wujud Akaun Instagram Palsu Anak Darjah 6The post Nafi Sertai GV8 Kerana Tiada ‘Job’, Ani Maiyuni Hanya Ingin Ubati Kerinduan Peminat Dangdut first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/11/hiburan-nafi-sertai-gv8-kerana-tiada.html