Hiburan Menangis Teresak Esak Minta Full Lockdown Azza Elite Diserang Keresahan Melampau
Penyanyi dan pelakon, Azza Elite menerusi sebuah hantaran di Instagram tidak dapat menyembunyikan kesedihannya sehingga mengalirkan air mata memikirkan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan.
Azza atau nama sebenarnya, Nor Azzarima Zawari,43, dilihat telah meluahkan kerisauannya dengan situasi genting yang melanda negara dan turut menyarankan agar kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dengan segera bagi mengekang penularan wabak membunuh itu.
AdvertisementView this post on InstagramA post shared by Azzaelite??queenazza0174748991 (@azzaelite)
Mengakui bahawa dirinya mempunyai masalah kerisauan melampau ‘anxiety’ yang sangat teruk, Azza juga menzahirkan perasaan bimbang kerana duduk berjauhan dengan keluarga dan anak di kampung.
View this post on InstagramA post shared by Azzaelite??queenazza0174748991 (@azzaelite)
“Hari ini adalah hati yang menakutkan..dada berdebar bila baca di media sosial. Saya minta maaflah sebab saya anxiety (kerisauan melampau) sangat teruk. Ya Allah saya memang sangat takut..risau mak dengan anak di kampung, kami terpisah. Tolonglah kerajaan bagilah lockdown..anda nak berapa ramai lagi rakyat kita yang mati?”
AdvertisementMenurut pelakon drama Tak Sempurna Mencintaimu ini, jika kerajaan tidak melaksanakan ‘total lockdown’, rakyat Malaysia yang harus bekerja akan terus bekerja dalam keadaan penuh berisiko.
View this post on InstagramA post shared by Azzaelite??queenazza0174748991 (@azzaelite)
Tambahnya lagi, dia dan kebanyakan rakyat pastinya sanggup mengikat perut serta berkurung di rumah untuk tempoh dua hingga tiga minggu bagi membantu dalam menurunkan bilangan kes dan mengurangkan beban yang terpaksa digalas para petugas barisan hadapan.
Sekadar info tambahan, Azza telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga bekas pramugara, Azlan Zulaily pada tahun 2012. Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat iaitu Muhammad Adam yang kini berusia 2 tahun dan dijaga ibu Azza di kampung.
The post Menangis Teresak-Esak Minta ‘Full Lockdown’, Azza Elite Diserang Keresahan Melampau first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/05/hiburan-menangis-teresak-esak-minta.html