Hiburan Memori Rayabersama Pada Sambutan Hari Raya Kali Ini Pasti Akan Dikenang Sampai Bila Bila
Selamat Hari Raya Aidilfitri! Pastinya 1 Syawal yang lalu antara kenangan berhari raya yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila. Untuk pertama kalinya, kita semua menyambut hari raya dengan norma baru. Walaupun berjauhan, itu tak menjadi masalah lagi-lagi dengan teknologi yang ada sekarang ni.
Lagu raya ceriakan suasana
Macam apa yang Sona One, MK K-Clique, Sweet Qismina, Naim Daniel, dan band Empty Page cuba ingatkan korang ni. Walau jauh, walau berbeza, tak semestinya kita tidak dapat #RayaBersama. Tak semestinya jika Hari Raya disambut dalam kesederhanaan, kemeriahan sambutan Hari Raya tidak boleh dirasakan?
Tapi yang pastinya, Hari Raya anda lebih seronok dan ceria dengan muzik lagu raya KitKat.
Jadi, jom kita raikan hari raya ini and have a break with KITKAT! Korang dah tengok belum muzik video Raya Bersama KitKat ni?
Video call pengganti diri
Pagi Syawal disambut dengan suasana cukup sederhana di mana kita hanya duduk ‘chill’ di rumah sambil ber-video call bersama saudara mara yang jauh di mata tapi dekat di hati. Untuk pertama kali dalam sejarah juga, pagi Syawal kali ini tiada yang tergesa-gesa untuk ke mana-mana. Hanya relaks di rumah berbual mesra dengan video call sambil menikmati juadah hari raya. Memang relaks betul!
Makan, makan dan makan!
Kalau sebut pasal raya, benda yang paling best sekali mestilah juadah hari raya! Memandangkan tiada aktiviti kunjung-mengunjung yang dibenarkan, rata-rata daripada kita menghabiskan masa di rumah dengan makan, makan dan makan. Daripada lemang, ketupat, rendang sampailah kepada biskut raya. Semua habis disapu!
Tiada soalan pedas dari mak cik bawang
Apa yang lebih menyeronokkan untuk golongan bujang pada raya kali ini apabila tiada lagi soalan-soalan mengerikan dari mak cik bawang di kampung. Untuk tahun ini saja, ramai yang boleh menarik nafas lega kerana dapat melarikan diri sebentar daripada ‘diserang’ oleh mak cik bawang. Kali ini, mereka tidak perlu lagi menjawab soalan-soalan seperti “Bila nak kahwin?”,“Bila nak bawak balik calon?”,“Dah ada calon ke?” dan banyak lagi lah!
Dekorasi hari raya
Memandangkan perayaan kali ini disambut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ramai yang meluangkan masa untuk mengemas dan menghias rumah sempena hari raya ini. Iya lah, nak balik kampung pun tak boleh. Jadi, masa yang ada tu dimanfaatkan dengan aktiviti menghias rumah dengan dekorasi hari raya. Kalau diikutkan sebelum ini jarang dibuat, memandangkan kebiasaannya orang ramai akan pulang ke kampung.
Duit raya online
Tak boleh raya bersama? Tak ada hal lah, sekarang ni semua boleh online je. Kalau tak boleh berjumpa, kita video call je. Kalau nak duit raya, online banking kan ada? Ramai yang memilih untuk gunakan khidmat online banking untuk mengirim duit raya kepada kaum keluarga yang jauh di kampung. So, memang tak ada alasan lain lagi lah untuk tak bagi duit raya kan?
Walaupun raya kali ini sedikit berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini, ini semua pasti akan menjadi satu kenangan yang tak dapat dilupakan nanti. Saat macam ni juga lah kita belajar menghargai masa bersama keluarga. Tak kisah lah jauh atau dekat, marilah bersama-sama kita jadikan raya kali ini raya terbaik untuk kita #RayaBersama keluarga.
Selamat Hari Raya kami ucapkan, dan semoga anda dan keluarga sentiasa sihat sejahtera. Maaf Zahir dan Batin.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/06/hiburan-memori-rayabersama-pada.html