Hiburan Memang Tak Ada Otak Mereka Fikir Orang Cina Tak Akan Kecam Soo Wincci
Pelakon, penyanyi dan juga figura akademik, Dr. Soo Wincci meluahkan rasa terkilan dan marah terhadap tindakan tiga pempengaruh media sosial yang mencetuskan kontroversi apabila memberi nasi berlaukkan tulang ayam kepada seorang gelandangan demi konten.
Menurut Soo Wincci, tindakan tidak berperikemanusiaan itu amat menjijikkan dan jelas tidak menggambarkan nilai murni yang sepatutnya disampaikan kepada masyarakat.
Advertisement
View this post on Instagram
A post shared by Soo Wincci (@dr.soowincci)
Bila saya tengok tindakan tiga pempengaruh itu, pada saya mereka melampau dan terfikir kenapa mereka sanggup buat perkara sebegini? Saya rasa tindakan mereka itu memang tak ada otak.
Saya tahu mereka berlakon dan sudah meminta izin tetapi mereka dah buat banyak kali sebenarnya tapi kali ini baru kena.
Sebelum ini, dah banyak kali mereka buat dan mungkin mereka tak jangka kaum Cina tak akan kecam tetapi sekarang kenalah.
Beliau berkata demikian kepada pihak media ketika ditemui dalam sidang media drama Kerana Seorang Lelaki di GSC Mytown, Kuala Lumpur pada Rabu.
Soo Wincci yang juga bekas peserta MasterChef Selebriti Malaysia berharap agar kesemua mereka dikenakan tindakan keras sebagai pengajaran kepada orang lain, terutama kepada pencipta konten yang rakus mengejar populariti.
View this post on Instagram
A post shared by BeautifulNara.com (@beautifulnaradotcom)
Saya harap orang yang melakukan apa sahaja demi konten dan populariti digam, jangan tunjuk belas kasihan dan jangan bagi muka.
Dan saya juga berharap sesiapa sahaja tidak ulangi perkara ini kerana ia akan menjadi ikutan generasi muda.
Difahamkan, kes tersebut kini dalam siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan individu terlibat boleh dikenakan tindakan saman sehingga RM500,000 di bawah akta sedia ada.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-08-05 15:37:26
3 Remaja Bagi Gelandangan Makan Tulang Sekadar 'Social Experiment', Minta Beri Peluang Lakukan Kebaikan - "Kami Mohon Maaf.."
The post “Memang Tak Ada Otak, Mereka Fikir Orang Cina Tak Akan Kecam?” – Soo Wincci first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2025/08/hiburan-memang-tak-ada-otak-mereka.html