Hiburan Kesal Dituduh Demand Minta Bayaran Tinggi Untuk Berlakon Adi Putra Hanya Ingin Berkongsi Rezeki Dengan Rakyat
Pelakon terkenal, Datuk Adi Putra meluahkan rasa kesal apabila tawaran lakonan yang ditawarkan kepadanya ditarik balik selepas meminta bayaran yang agak tinggi.
Menurut Adi Putra,dia turut terkilan apabila dianggap ‘demand’ apabila meminta sejumlah bayaran setaraf dengan bakat lakonannya.
Tambahnya lagi, dia mempunyai sebab tertentu dalam meletakkan harga sedemikian kerana niatnya hanya ingin membantu rakyat yang memerlukan dengan wang yang dimintanya itu.
AdvertisementView this post on InstagramAda pihak yg faham ada yg tidak. Pada mereka, insyaAllah ada rezki tak kemana. #taatpadayangsatu #adpwithummah
A post shared by ADI PUTRA #taatpadayangsatu (@adpadiputra) on Nov 8, 2020 at 5:29pm PST
“Saya dapat tawaran dram bersiri, saya letak gaji tinggi yang memadai.. lepas tu tak jadi, dikatakan saya demand. Kenapa saya buat begitu? Kerana saya nak bantu rakyat yang susah dari semua gaji saya. Mungkin bukan rezeki mereka saya nak bantu, sebab pihak tak berkenaan tak memahami saya.”
Dia meluahkan rasa kesal itu menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
AdvertisementView this post on Instagramaku MELAYU kau PehaLL. Kau nak cara KASAR ke cara HALUS!! ?? ??Order Keluar @jaithelegendofficial @syamsulyusoffilm #taatpadayangsatu
A post shared by ADI PUTRA #taatpadayangsatu (@adpadiputra) on Oct 28, 2020 at 11:18pm PDT
Meskipun begitu, Adi Putra hanya berfikiran positif dan yakin setiap rezeki itu telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Dia dalam pada itu merasakan tidak salah baginya untuk meletakkan harga yang tinggi kerana dia yakin mampu memberikan hasil kerja yang baik.
Sementara itu, di ruangan komen ramai peminat memuji tindakan pelakon itu dan memintanya terus bersabar dan meneruskan niat murninya itu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/11/hiburan-kesal-dituduh-demand-minta.html