Hiburan Kerap Pegang Perut Netizen Sekali Lagi Spekulasi Neelofa Hamil
Setiap tindakan dan gerak-geri selebriti popular pasti akan menjadi bualan netizen di media sosial. Tidak terlepas daripada perkara itu, selebriti terkenal Neelofa sekali lagi dihujani ucapan tahniah kerana didakwa berbadan dua setelah hampir lima bulan berumah tangga bersama PU Riz.
BACA: “Cepat Sembuh Sayang..” Neelofa Akui Hancur Hati Ikuti Kes Dera Adik Bella
AdvertisementIni berikutan tindakan pengacara program Next To Neelofa itu yang kerap kali memegang dan mengusap perut sepanjang sesi siaran langsung yang diadakan bagi mempromosikan produk Naelofar yang terbaru.
Sumber : Instagram Neelofa Paling ketara apabila Neelofa sering memegang perut dan kerap duduk dipercayai kerana letih berdiri.
Meskipun dihujani dengan ribuan komen dan ucapan tahniah ketika siaran langsung tersebut, isteri kepada PU Haris itu tidak pula memberi sebarang reaksi atau jawapan yang mungkin sangat ditunggu-tunggu oleh peminat.
Manakala di ruangan Twitter, beberapa pengguna warga maya turut perasan akan perbuatan Neelofa selain mendakwa ternampak sedikit perubahan saiz di bahagian perut.
Advertisement
View this post on Instagram
A post shared by Neelofa (@neelofa)
Terdahulu, bekas pengacara program MeleTop ini juga pernah dikatakan sedang hamil apabila foto memaparkan seolah-olah ‘baby bump’ berlegar-legar di media sosial.
Sekadar info, Neelofa dan PU Haris telah selamat mendirikan rumah tangga pada 27 Mac lalu bertempat di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Kerap Pegang Perut, Netizen Sekali Lagi Spekulasi Neelofa Hamil first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/07/hiburan-kerap-pegang-perut-netizen.html