Hiburan Keluarkan Produk Sendiri Impian Ben Amir Tercapai Lapan Tahun Saya Simpan Idea Ini
Akhirnya setelah lapan tahun menyimpan idea, impian pelakon Ben Amir untuk memiliki produk sendiri tercapai jua.
Sumber : Instagram Ben Amir Khabarnya, Ben telah mengeluarkan produk berasaskan minuman yang mengandungi khasiat berupa vitamin untuk pengguna di luar sana. Menurut pelakon drama Sweet Dreams ini lagi, idea untuk menghasilkan minuman ini mula tercetus ketika dia melancong ke Hong Kong dan Singapura sekitar tahun 2012 yang lalu.
AdvertisementNamun begitu, setelah sekian lama idea tersebut ‘diperam’, proses Penyelidikan & Pembangunan (R&D) hanya mula dijalankan pada Februari tahun lalu.
Ujarnya, penghasilan air bervitamin itu turut didorong oleh dirinya sendiri yang sangat menitikberatkan pemakanan dan kesihatan terutamanya apabila membeli makanan atau minuman di luar.
Sering beranggapan bahawa banyak minuman yang dijual di kedai-kedai serbaneka mengandungi kandungan gula yang tinggi serta tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, Ben Amir mula terfikir untuk mengeluarkan produk yang segar, sihat, tanpa gula tambahan dan juga rendah kalori.
View this post on InstagramA post shared by BenAmirr (@benamirr)
Advertisement“Akhirnya selepas sekian lama, saya dapat menghasilkan minuman saya sendiri yang dinamakan Bentamix dan anda semua juga boleh nikmatinya tanpa keraguan.”
Meskipun begitu, Ben Amir turut tampil menjelaskan bahawa produk yang dihasilkannya itu bukanlah produk minuman kesihatan atau tenaga.
“Bentamix bukan kategori minuman kesihatan atau tenaga. Ia adalah minuman bervitamin yang boleh diambil secara harian oleh individu berumur lima tahun ke atas tanpa memudaratkan kesihatan. Bentamix dapat menyegarkan tubuh badan, tanpa gula tambahan dan membantu meningkatkan imunisasi tubuh.”
Produk pertama Ben di khabarkan telah berada di pasaran tempatan yang datang dengan varian perisa tembikai dan dia turut menyasarkan pasaran antarabangsa untuk beberapa tahun yang akan datang.
View this post on InstagramA post shared by BenAmirr (@benamirr)
Perkembangan terkini, Ben bakal kembali ke set penggambaran untuk sambungan drama Sweet Dreams 2 usai sahaja Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan pada ketika ini ditamatkan kelak. Dia juga baru sahaja menamatkan penggambaran drama berjudul Diva Popular yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.
The post Keluarkan Produk Sendiri, Impian Ben Amir Tercapai,-” Lapan Tahun Saya Simpan Idea Ini!” first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/01/hiburan-keluarkan-produk-sendiri-impian.html