Salam semua. Untuk pengetahuan, sebagai pembuat kek kami turut berkolaborasi bersama photographer dan artis dalam sesuatu kempen atau projek. Antaranya menyediakan kek display bagi tujuan props dan kegunaan media. Mungkin ramai tidak tahu kami menawarkan perkhidmatan ini kerana kami hanya berkolaborasi dengan teman rapat.Dan antara salah satunya adalah tentang kek Amyra. Memandangkan Amyra adalah kenalan rapat kami sejak dulu, dia ada menempah kek birthday untuk anaknya. Dan berkongsi idea untuk sesi photography. Kami yang sarankan untuk kek display. Kek display diperbuat dari suku bahagian kek dalan selebihnya dummy dan cream.Sepanjang kami mengenali Amyra, dia sangat menghormati orang malah menyokong kami sejak dari dulu. Malah dalam krisis pandemik dia turut membantu kami dengan menempah kek. Malah membantu kami promosi secara percuma. Terima kasih Amyra dan Ammar atas kepercayaan diberikan buat kami.Dan terima kasih kerana menyokong peniaga seperti kami semasa pandemik. Kami mohon maaf sekiranya ada di antara anda yang terasa. Dan terima kasih sekali lagi kerana terus menyokong kami sepanjang pandemik yang berlaku. Stay safe everyone. Kami doakan rezeki kita sama-sama diberkati Allah.Menurutnya lagi, untuk sesi fotografi kek display digunakan untuk memahat memori manis dengan yang tersayang. Yelah masing-masing ada cara tersendiri kan? Diharapkan peminat berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan pembuat kek ini.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |