Hiburan Iritasi Kulit Kering Buat Rasa Tak Selesa Tukarlah Ke Produk Yang Natural
Memiliki kulit yang sihat tidak terhad hanya pada wajah, kulit yang sihat merangkumi keseluruhan penjagaan badan. Sekarang ni boleh dikatakan setiap individu terutamanya kaum wanita, memiliki produk penjagaan diri yang khusus.
Tapi pernah tak korang ada pengalaman tersalah beli produk penjagaan diri? Tak kisahlah sabun pencuci atau losen. Lepas guna je produk tu, badan korang terus rasa kering kemudian rengsa.
AdvertisementSebab tu sebagai pengguna elakkan membeli gel mandian yang mempunyai wangian yang kuat dan memberikan hasil yang singkat (seperti kulit terus lembut lepas mandi).
Ini kerana kemungkinan produk yang digunakan mempunyai kandungan bahan kimia tinggi dan jika digunakan berterusan ia akan menyingkirkan lembapan semula jadi kulit yang menjadi punca kulit kering.
Memandangkan isu tentang produk penjagaan diri ini sentiasa mendapat perhatian, kali ni kami nak kongsikan cara memilih produk dengan betul. Take note, okay guys!
1) Pilih produk yang berasaskan bahan semula jadi
AdvertisementSekarang lebih ramai pengguna memilih produk penjagaan yang berasaskan bahan semula jadi. Ini kerana kandungan natural dalam produk dapat memberikan kebaikan melebihi produk buatan manusia.
Kadang-kadang ada produk yang claim menggunakan bahan semula jadi tapi sebenarnya hanya 30% je bahan natural yang digunakan. Kalau korang nak guna produk natural pastikan kandungan bahan semula jadinya melebihi 90%. Barulah korang dapat merasai manfaat semula jadinya!
2) Berasaskan tumbuhan & tiada kandungan haiwan
Selain memilih produk yang menggunakan bahan/ekstrak semula jadi sebagai bahan utama, pastikan juga produk yang dipilih menggunakan formula vegan dan tidak mempunyai kandungan haiwan.
Produk yang bersifat vegan ini lebih selamat kepada kulit kerana tidak dicampurkan dengan pewarna atau bahan tambahan lain, yang boleh menjadi punca kerengsaan dan menyebabkan perlindungan kulit rosak.
3) Mesra alam & boleh berbiodegradasi
Ni last sekali, korang juga kena pastikan sisa mandian tidak memberikan sebarang kesan atau merosakkan alam, erti kata lain ia boleh berbiodegradasi dengan alam. Barulah flora dan fauna kita akan terus terpelihara.
Kalau boleh pilih sekali pembungkusan yang boleh dikitar semula supaya tak menambahkan lagi sisa pepejal susah lupus.
AdvertisementNIVEA tawar solusi penjagaan badan dengan Naturally GoodAlang-alang dah masuk topik penjagaan badan, sebenarnya ada satu rangkaian NIVEA yang berjaya menarik perhatian kami iaitu Naturally Good.
Oh! Media perasan yang produk ni lain daripada yang lain kerana ia menggunakan hampir 99 peratus bahan semula jadi dan NIVEA juga berkongsikan peratusan kadar bahan semula jadi yang digunakan pada bungkusan produk.
Malah, bungkusannya juga mesra alam bagi membantu memelihara ekosistem.
Tapi bukan itu saja, rangkaian Naturally Good ni juga bebas paraben, silikon dan minyak mineral yang berbahaya jika digunakan untuk tempoh yang lama.
Bagi yang nak beralih ke rangkaian penjagaan badan Naturally Good, korang boleh gunakan pencuci badan dan losen mereka yang terbukti berkesan melindungi kulit.
Gel mandian Naturally Good menawarkan 3 wangian yang berasaskan bahan semula jadi iaitu cotton flower, honeysuckle dan rose water.
Ia mengandungi minyak yang diperkaya dengan ramuan organik untuk memberikan keselesaan dan memerangkap lembapan kulit. Selepas mandi, kulit korang akan terasa lembap je.
Menggunakan 99 peratus formula biodegradasi ia bebas mikroplastik, paraben, fenoksi etanol dan SLS/SLES. Menjadikannya lebih selamat untuk digunakan.
Nak manjakan kulit untuk kekal hidrat? Gunakan losen pelembap NIVEA Naturally Good selepas mengeringkan badan.
Menawarkan 3 pilihan variasi iaitu avocado, oat dan nasi organik ia sangat membantu melembapkan kulit supaya nampak sihat dan cantik secara semula jadi.
Menggunakan 98 peratus bahan semula jadi berasaskan organik avocado dan oat, losen ini bebas paraben, silikon, pengawet kimia dan mikro plastik.
Teksturnya yang ringan juga mudah meresap ke dalam kulit dan mampu memberikan kelembapan sehingga 48 jam.
Naturally Good pilihan semulajadi yang dipercayai ramaiKalau korang nak tau, selain produk penjagaan badan, rangkaian Naturally Good turut menawarkan produk penjagaan wajah, bibir dan deodorant.
Belum terlambat untuk korang bertukar ke produk penjagaan dengan bahan semula jadi bagi menjaga kecantikan dan melindungi diri daripada produk yang berbahaya.
Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian Naturally Good atau produk NIVEA yang lain layari https://shopee.com.my/nivea.my
dan Watsons.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Iritasi & Kulit Kering Buat Rasa Tak Selesa? Tukarlah Ke Produk Yang ‘Natural’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/10/hiburan-iritasi-kulit-kering-buat-rasa.html