Hiburan Hilang Tawaran Berlakon Setelah Bertudung Cik Manggis De Fam Redha Hijrah Kali Ini Buat Hati Saya Tenang
Cik Manggis daripada kumpulah De Fam baru-baru ini telah mengambil keputusan untuk berhijrah dengan memakai tudung secara sepenuh masa.
Namun, disebabkan keputusannya itu, difahamkan ada pihak yang menarik semula tawaran berlakon yang pernah ditawarkan kepada Cik Manggis ketika waktu dia masih belum berhijab.
Menurut Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin,31, dia redha dan tidak pernah berasa bimbang meskipun telah kehilangan tawaran berlakon terebut kerana dirinya percaya dengan rezeki yang datang daripada Allah S.W.T.
Malah, menurut Cik Manggis lagi, penghijrahan yang dilakukannya itu telah membuatkan suaminya, Syazmin Firdaus Aminuddin lebih gembira dan hatinya kini lebih tenang apabila berdepan dengan dugaan hidup.
View this post on InstagramThe most connected couples are the ones who aren’t romantic all of the time. — You think? … Pasangan yang paling ‘connected’ adalah pasangan yang tak selalu romantik. — pendapat korang? Shawl @sopandsantunhq Dress @hijabista.hub
A post shared by Cik Manggis | De Fam (@cikmanggis) on Sep 3, 2020 at 11:27pm PDT
“Ada juga tawaran datang tapi tiba-tiba ditarik semula sebab saya dah bertudung. Tapi bila satu hilang, banyak pula yang datang. Jadi bagi saya, tak pernah risau pun kalau berhijrah atau tukar imej. Ada masalah atau tawaran ditarik semula pun, saya rasa tenang saja dan reda sebab bukan rezeki. Yang penting, suami saya paling gembira. Sedikit sebanyak memang berubah kehidupan saya tapi saya tetap menjadi diri sendiri,”
Dia ditemui media ketika majlis pelancaran dan memperkenalkan dirinya sebagai duta sebuah produk mandian Xorra di Royale Palace, Cyberjaya baru-baru ini.
View this post on InstagramThe prayer that has been answered in less than a week. ?? Alhamdulillah, syukur buat segala rezeki. I’m truly humbled & honored to be the face of @xorrabeauty Body Wash. It has been a dream of mine to represent a brand that is full of love. So thrilled to start our journey together! ? Xorra Beauty Body Wash is unique in its on way. It’s comes with 3 amazing scents. An antibecterial body wash blended with signature fragrance that leaves a refreshed scent and last superrrrr long. Made from 100% natural ingredients. NO CHEMICAL means it’s gentle on skin & safe for everyone! ? Check out @xorrabeauty @xorrabeauty @xorrabeauty
A post shared by Cik Manggis | De Fam (@cikmanggis) on Oct 8, 2020 at 7:17pm PDT
Dalam pada itu, Cik Manggis turut meluahkan rasa kesyukuran kerana impiannya untuk menjadi duta sesebuah produk itu termakbul setelah lima tahun terlibat dalam industri seni.
“Saya beritahu suami yang doa saya dah termakbul. Untuk tawaran itu, saya pilih mana yang sesuai dengan imej dan saya terpikat untuk jadi duta produk body wash,” – Cik Manggis
Sumber : mStar Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/10/hiburan-hilang-tawaran-berlakon-setelah.html