Hiburan Harapkan Rupa Je Tapi Isma Yusoof Diserang Bipolar Berang Pelakon Baru Ramai Kayu
Pengarah popular, Isma Yusoof meluahkan rasa kurang senang dengan segelintir pendatang baru yang langsung tiada asas lakonan. Menerusi video berdurasi 11 minit, Isma berkata dia berdepan gangguan bipolar gara-gara terkesan dengan cara lakonan yang ‘kayu’.
Jelasnya lagi, bagi seorang pelakon mereka hendaklah bersedia dan mengambil serius kerja yang dipertanggungjawabkan. Menurutnya, pelakon baru menerima bayaran untuk kerja tersebut bukanlah datang untuk belajar semata-mata.
Advertisement
View this post on Instagram
A post shared by ?? ? ? (@ishmaryarai)
Korang tahu kan Isma tengah shooting Shah Alam 40k. Hari ni our last day. For the past few days, kawan-kawan Isma turun set untuk menggantikan Isma.
AdvertisementIsma ada bipolar jadi Isma senang triggered kepada benda-benda macam contoh dekat set sekarang ni lakonan yang menyakitkan hati. I’m talking about pelakon-pelakon baru ni. Memang daripada dulu Isma banyak triggered bipolar Isma dekat set because Isma tak boleh tahan dengan bad acting.
Tambah Isma lagi, dia tidak mahu membandingkan skil lakonan pelakon baru dengan pelakon lama cuma apabila bercakap mengenai sikap, ada sesuatu yang perlu diperbaiki.
I don’t know mungkin sekarang zaman IG, zaman TikTok. Dorang terlalu banyak distraction jadi dorang tak boleh nak fokus. Few actors dalam drama ni dorang sangat baru, dorang macam masuk ke set tanpa apa-apa ilmu langsung. Dan korang expect untuk datang ke set dan belajar berlakon.
I rasa dorang silap ni, ni i tujukan buat pelakon-pelakon baru ataupun mereka yang nak jadi pelakon. Korang jangan anggap lokasi adalah tempat belajar, tempat belajar di sekolah. Lokasi tempat korang bekerja, berperang. Jadi takkan dekat lokasi baru korang nak belajar berlakon? Tapi kalau nak cari pengalaman, it’s two different thing.
Mempersoalkan pelakon baru yang datang ke set tanpa ilmu, Isma turut memberi contoh jurukamera atau jurumekap yang tidak tahu membuat kerja. Bagi Isma lagi, ini adalah satu masalah industri seni Malaysia apabila sesuka hati mengambil bakat baru yang tiada asas lakonan.
Mungkin dorang baru lepas menang Hero Remaja ke Dewi Remaja ke cantik ke rupawan ke followers ramai ke.. Just because of that reason, korang dah menyusahkan satu set. Dah menyebabkan aku yang ada bipolar ni triggered.
Same goes to station tv, kadang stesen tv pun melampau juga. Main petik je nak panggil pelakon entah siapa-siapa ni. Yang tak ada ilmu lakonan langsung, harapkan rupa je. Lepastu nak suruh kitaorang guide and didik semua.
Jadi kepada pelakon baru, pengarah ini menasihati mereka supaya menghadiri kelas lakonan sebelum mengambil watak-watak utama sesuatu drama. Ini bagi memastikan mereka ada ilmu asas dalam bidang lakonan dan tidak menyusahkan krew yang lain.
The post ‘Harapkan Rupa Je Tapi..’ – Isma Yusoof Diserang Bipolar, Berang Pelakon Baru Ramai ‘Kayu’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/02/hiburan-harapkan-rupa-je-tapi-isma.html