Hiburan Dituduh Hidup Ditanggung Suami Mawar Rashid Luah Perasaan Sedih Di Instagram
Pelakon dan juga usahawan, Mawar Rashid baru-baru ini ada mengumumkan bahawa dia berjaya memiliki rumah idaman seawal usia 26 tahun berkat dari hasil kerja kerasnya bersama suami, Raf Yaakob.
5 hari lalu"Romantic Dari Dulu Sampai Sekarang" - Mawar Rashid Terharu Suami Buat Kejutan Rumah IdamanAdvertisementBerita gembira tersebut turut dikongsikan Mawar menerusi sebuah hantaran di Instagramnya untuk tatapan peminat di media sosial.
View this post on InstagramA post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)
Dia dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga serta sahabat handai yang tidak putus-putus memberikan semangat dan sokongan terhadap dirinya dan suami sehingga memperoleh kejayaan seperti ini.
Namun di sebalik rasa kegembiraan itu, Mawar ada juga meluahkan rasa sedih dan terguris hati berikutan sesetengah netizen yang menuduh dirinya hanya memandang harta kekayaan dan hidup sekadar ditanggung oleh suami.
Kata Mawar, dia telah dididik oleh ibu bapanya sejak kecil untuk berusaha sendiri jika inginkan sesuatu.
View this post on InstagramA post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)
Dari dulu Mawar selalu dengar orang cakap Mawar ni materialistik. Mawar ni pandang harta, hidup Mawar ni semua laki tanggung. Sedih hati Mawar. Perit tau. Perit sangat sebab selama ni Mawar kerja 24/7 all out habis-habisan. Mawar dari kecil memang diajar untuk berdikari. Dari umur 15 tahun lagi Mawar memang tak minta duit dari mamy untuk pergi sekolah. Mawar cari duit sendiri..
AdvertisementTambah Mawar, dia merupakan seorang yang kuat berusaha jika menginginkan sesuatu dan pelakon drama Tundukkan Playboy Itu ini sempat meluahkan rasa gembira kerana dapat membantu keluarganya dari sudut kewangan sehingga ke saat ini.
Terdahulu, suami Mawar, Raf Yaakob ada membuat kejutan istimewa untuk isterinya sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-4 dengan menghadiahkan rumah idaman Mawar.
Mawar dan Raf telah mendirikan rumah tangga pada November 2017 yang lalu dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia lapan bulan.
The post Dituduh Hidup Ditanggung Suami, Mawar Rashid Luah Perasaan Sedih Di Instagram first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/11/hiburan-dituduh-hidup-ditanggung-suami.html