Hiburan Dah Tiga Tahun Single Hun Haqeem Belum Terbuka Hati Untuk Cari Teman Wanita
Pelakon baru yang namanya kini semakin meningkat naik, Hun Haqeem mengakui dirinya masih tidak mempunyai teman wanita sehingga kini.
Hampir 3 tahun ‘single’, Hun Haqeem atau nama sebenarnya Haqeem Hermy mengatakan dia tidak sempat untuk memikirkan soal kekasih kerana terlalu sibuk dengan kerja dalam bidang lakonan.
Mengakui sering terlupa soal cinta dan perhubungan, Hun Haqeem lebih senang untuk memikirkan bagaimana untuk stabilkan diri, menolong keluarga dan pelbagai perkara lagi.
View this post on Instagrami promise to myself I’ll never let you go, I’ll give you my heart and soul *feeling sikit cewahhh
A post shared by Hun Haqeem (@hunhaqeem) on Jul 13, 2020 at 10:20pm PDT
View this post on InstagramRaya tahun ni sangat berbeza , tapi we have to agree banyak jugak kemanisan. Every hardship given has a reason . Beraya la kita dalam keadaan sederhana
A post shared by Hun Haqeem (@hunhaqeem) on May 26, 2020 at 5:29am PDT
“Bukannya tak nak mencari teman wanita, tetapi pemikiran saya sering berlegar dengan persoalan yang sama. Saya sering berfikir mengenai cara untuk stabilkan diri, bagaimana saya mahu menolong keluarga dan banyak perkara lagi. Bila saya selalu terfikirkan mengenai perkara itu, terkadang saya boleh lupa soal cinta dan perhubungan,”
Hun yang terkenal dengan watak Jekfer dalam drama Kampung People ini turut merasakan tanggungjawab yang digalas sebagai lelaki adalah amat besar sebelum mahu memikirkan soal rumah tangga dan sebagainya.
View this post on InstagramPuasa puasa ni darharga pulak dia , sabor je. WELL EVERYONE KAMPUNG PEOPLE IS BACK!!! Setiap rabu – jumaat jam 9mlm di @tv3malaysia . Beautiful art by @artortoise ! @iamellymazlein @rashidi_ishak @fizzfairuzofficial @_nam_ron_ @rienadiana_ @kamaruleqif @haeriyantohassan @razak5780 @shahkimin @nazeri_mdisa @azwan_serigala Directed by : @wanhaslizawz @dramasangat @tv3malaysia #dramasangat #lestary #kampungpeople
A post shared by Hun Haqeem (@hunhaqeem) on Apr 29, 2020 at 2:29am PDT
“Sebagai lelaki, tanggungjawab saya agak besar sebelum mahu fikirkan soal rumah tangga dan sebagainya,”
Dia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama komedi Kampung People dan dikatakan bakal terlibat dalam satu program yang akan diberitahunya kelak.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/07/hiburan-dah-tiga-tahun-single-hun.html