Hiburan Boikot Je La Netizen Bengang Yuran Check In Di Kaunter Air Asia Naik Dari Rm20 Ke Rm 100
Berkuatkuasa 1 Mac 2022, syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dilaporkan akan mengenakan cas sebanyak RM 100 bagi yuran daftar masuk melalui sistem kaunter untuk penerbangan domestik dan juga antarabangsa dalam serta dari Malaysia.
Sebelum ini, para pelanggan telah dikenakan cas sebanyak RM20 untuk penerbangan domestik dan RM30 untuk penerbangan antarabangsa jika mereka memilih untuk mendaftar masuk menerusi kaunter fizikal Air Asia di kesemua lapangan terbang di Malaysia.
Advertisement
Sumber : Google Difahamkan, cas tersebut itu tertakluk kepada semua pelanggan kecuali penumpang kanak-kanak berusia 24 bulan ke bawah, warga emas berusia 70 tahun ke atas dan penumpang yang terkesan dengan perubahan jadual serta pembatalan penerbangan (sekadar menyebut beberapa syarat).
Berkuat kuasa 1 Mac 2022, yuran daftar masuk melalui kaunter AirAsia sebanyak RM100 akan dikenakan untuk penerbangan domestik dan antarabangsa dalam/dari Malaysia. pic.twitter.com/z6O5AoLduA
— Pemburu Tiket Murah (@pmbrutiketmurah) February 22, 2022
Pengenalan yuran baru ini rata-ratanya menerima respon negatif daripada netizen yang berpendapat bahawa cas tersebut terlalu mahal dan ramai yang berharap syarikat penerbangan tersebut sepatutnya memberi fokus dalam membaiki dan menambah baik aplikasi Air Asia untuk kemudahan pengguna.
Yuran daftar masuk melalui kaunter ini diperkenalkan untuk menggalakan penumpang ‘check-in’ secara digital menggunakan laman web airasia.com, aplikasi mudah alih dan kiosk Air Asia yang berada di setiap lapangan terbang, di mana semuanya boleh diakses secara percuma.
6 hari lalu7 Negara Ini Terima Pelancong Tanpa Perlu Tunjuk Status Vaksin, Tapi Ada SyaratnyaThe post “Boikot je la..” – Netizen Bengang Yuran ‘Check-In’ Di Kaunter Air Asia Naik Dari RM20 ke RM 100 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2022/02/hiburan-boikot-je-la-netizen-bengang.html