Hiburan Baik Ikhlas Dan Tidak Ambil Kesempatan Risteena Munim Nafi Isa Khan Kaki Perempuan
Setelah lama menyembunyikan hubungan percintaan mereka, pelakon dan penyanyi Isa Khan baru-baru ini mengumumkan sudah melamar pelakon Risteena Munim, pada 23 November lalu sewaktu bercuti di Bali, Indonesia.
Ramai sebenarnya yang terkejut dengan berita tersebut dan mula timbul pelbagai cerita kurang enak didengar, dimana Isa dituduh sebagai kaki perempuan.
Bagaimanapun, kata Risteena dia lebih mengenali hati budi Isa dan yakin lelaki itu bukanlah seorang kaki perempuan. Terkilan ada pihak yang sengaja ingin memburukkan tunangnya itu.
View this post on InstagramAku punya mimpi untuk berada di dalam setiap kisah dongeng sewaktu kecil. Di mana ada Princess dan Prince charming dalam setiap kisah dongeng itu. Namun, setelah dewasa, aku mulai sedar bahawa kisah dongeng itu hanya wujud di alam fantasi, bukan reality. Ternyata setelah aku bertemu kamu, kisah fairytale aku menjadi kenyataan. Terima kasih, Cinta. Kamu telah menjadikan impian fairytale aku benar-benar wujud. Pada tanggal 23 November, aku telah dilamar di tengah lautan Bali. Aku tak pernah sangka saat itu akan berlaku dalam hidup aku. Semoga reality indah ini akan menjadi ingatan dalam hidup aku dan dia. Tak dapat digambarkan pengorbanan dia untuk arrange semua ni di Bali. Pada mulanya cuma sangka trip ke Bali hanya untuk Birthday present trip. Rupanya semuanya telah diatur lebih awal. Sehingga dia tak cukup tidur kerana menjadi seorang yang terlalu perfectionist. Kamu tidak pernah ragu-ragu untuk mengatakan perasaan cinta kamu pada aku. Kamu sentiasa beritahu kamu sayang aku, tanpa jemu. Kamu bangga ada aku sepertimana aku bangga adanya kamu. Tidak semua ada keberanian untuk mengucapkan perasaan cinta depan khalayak ramai. Tapi kamu membuktikan kamu bisa lakukan kerana perasaan cinta kamu terlalu kuat untuk aku. Teruskan menjaga aku, melindungi aku, membahagiakan aku seperti sekarang. Terima kasih, Cinta. Teruskan menjadi orang yang sama yang telah buat aku jatuh cinta dengan kamu hari demi hari. Tidak mungkin ada yang boleh mencintai kamu lebih dari aku kerana cinta ini telah terlalu dalam untuk kamu. I love you, Cinta?
A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on Dec 8, 2019 at 1:09am PST
Sebelum ini, memang ada orang kata dia seorang yang ‘playboy’ tapi bagi saya, dia sebenarnya mencari orang yang sesuai dengan dia tapi tak jumpa. Walaupun ada orang kata dia macam-macam tetapi apabila saya sudah mengenali dirinya, dia bukan seperti yang didakwa.
Risteena percaya, perasaan Isa padanya benar-benar ikhlas. Jujur mencintainya dengan sepenuh hati.
Saya ingatkan, saya tak akan jatuh cinta lagi tapi dia berjaya buat saya kembali percaya cinta. Dia jujur, ikhlas dan tiada niat nak mempermainkan saya.
Mula -mula tak percaya tapi bila dia sendiri bertemu keluarga saya dan beritahu akan sayang dan jaga saya. Malah dia beritahu semua orang dia jumpa. Isa memang sangat baik dan bukan orang yang nak ambil kesempatan.
Pasangan ini mula berkenalan lima bulan lalu sewaktu membintangi drama Bulan Di Kota Langit.
Masing-masing mempunyai perasaan cinta yang kuat antara satu sama lain dan saling menyayangi. Semoga hubungan mereka kekal bahagia selamanya. Cepat-cepatlah naik pelamin.
Sumber Berita : mStar Online
Kredit Foto : Project Two-Pi
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.superpantas.com/2019/12/hiburan-baik-ikhlas-dan-tidak-ambil.html