Hibah Takaful Tidak Termasuk Dalam Faraid


HIBAH TAKAFUL TIDAK TERMASUK DALAM FARAID




HIBAH MELALUI TAKAFUL
Peserta takaful boleh menarik nafas lega apabila Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara mengeluarkan satu resolusi bahawa takaful boleh dihibahkan. Ini bermaksud sebarang faedah kematian boleh diberi terus kepada penama tanpa perlu difaraidkan. Keputusan MPS pada 5 November 2014 berasaskan pertimbangan memandangkan peserta memilih untuk membahagikan manfaat takaful kepada penama secara hibah ketika hidup (peserta), adalah adil dan munasabah jika setiap penama mendapat bahagian sama rata bukan peratusan bahagian masing-masing. Kaedah itu boleh mengelakkan timbulnya persengketaan sesama penama jika satu pihak mendapat bahagian yang lebih berbanding pihak lain. Dalam kes kematian penama sebelum kematian peserta dan tiada penamaan baharu dibuat, hibah manfaat akan dikembalikan kepada peserta kerana tiada penerima bahagian hibah itu. Oleh itu, bahagian manfaat itu hendaklah diurus berdasarkan hukum dan prinsip faraid selepas kematian peserta kerana manfaat itu akan menjadi sebahagian daripada harta peserta

MPS pada mesyuarat ke-114 pada 28 Julai 2011 juga memutuskan jika penamaan dibuat kepada lebih daripada seorang benefisiari tanpa menyatakan bahagian peratusan masing-masing, pembahagian manfaat takaful perlu diberi secara sama rata kepada setiap penama sebagai benefisiari. Resolusi ini dinyatakan dengan jelas dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dalam Jadual 5 yang mengatakan peserta takaful berhak menamakan sesiapa sahaja sama ada sebagai penama atau pentadbir bagi faedah takaful. Apa itu hibah Hibah bermaksud pemberian pemilikan sesuatu barang kepada seseorang tanpa sebarang balasan. Ia adalah kontrak satu pihak dan mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Barang atau harta yang hendak dihibahkan itu perlu memenuhi syarat, iaitu barang atau harta yang halal serta mempunyai nilai di sisi syarak. Barang dihibahkan mestilah wujud ketika dihibahkan. Mengikut Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali, hibah terhadap harta yang dikongsi yang tidak boleh dibahagikan adalah sah hukumnya. Mengikut Islam, barang yang masih bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan daripada penggadai atau peminjam. Ini juga terpakai kepada rumah yang diinsuranskan di bawah MRTA yang ingin dihibahkan perlu mendapatkan keizinan dari pihak bank. Hibah terletak di bawah bidang kuasa pentadbiran agama Islam di setiap negeri dan secara langsung ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah




Ini dinyatakan dengan jelas dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan. Kebanyakan Mahkamah Syariah menggunakan perkataan 'alang' sama ada ketika marad-al-maut, alang hayat atau ketika hidup dan 'penyelesaian yang dibuat tanpa balasan' merujuk kepada hibah atau pemberian. Penggunaan perkataan sama dapat dilihat dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri seperti Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Johor, Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Peserta takaful ada hak Seksyen 46 (2) (b), Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah, termasuk mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding berkaitan wasiat atau alang ketika marad-al-maut, alang ketika hidup atau penyelesaian dibuat tanpa balasan memadai dengan wang atau nilaian wang. Undang-undang sudah memberikan kuasa penuh kepada peserta takaful dalam melantik penama sebagai pemegang amanah, pentadbir atau penerima hibah. Kebanyakan syarikat takaful hari ini menyediakan takaful berserta pelaburan. Ini juga terpakai kepada simpanan akaun pelaburan takaful, melainkan peserta telah mengatakan dengan jelas sebaliknya. 
Berbeza dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), penama hanyalah pentadbir. Ini diputuskan mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 yang mengatakan lantikan penama oleh orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi mereka menyimpan adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka cuma ia sebagai pelaksana untuk membahagi harta pusaka itu kepada waris mengikut hukum syarak. Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-49 pada 10 September 2000 menjelaskan, wang KWSP dan wang simpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid. Penama KWSP adalah wasi atau pentadbir harta. Penama hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan simati) mengikut hukum faraid. Selangor turut mewartakan Hukum Simpanan Wang KWSP pada 9 Mei 2002 bagi ahli beragama Islam yang meninggal dunia yang menjelaskan bahawa wang KWSP yang disimpan ahli dianggap harta pusaka. Kaedah pembahagian harta pusaka adalah tertakluk kepada hukum faraid. Sumber :bharian.com.my



Dapatkan Takaful AIA Medical SekarangAnda Tak perlu Jual Hartanah / Rumah Anda Demi Masa Depan Keluarga
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Plan Hibah
Hubungi
Zul Fattah
01116840717
www.wasap.my/+601116840717
Wakil AIA Public Takaful




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zulfattah.com/2020/05/hibah-takaful-tidak-termasuk-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hibah Takaful Untuk Isteri Dan Keluarga Yang Tersayang

Hibah Takaful Untuk Isteri Dan Keluarga Yang Tersayang

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 601 hits
PERLUKAH KELUARGA ANDA MEMPUNYAI WANG SETELAH MEREKA TERPUTUS SEGALA PUNCA PENDAPATAN KERANA KEHILANGAN PENCARI NAFKAH UTAMA KELUARGA Tahukah anda setiap apa yang kita ada hari ini sebenarnya adalah satu keperluan Sebagai contoh jika anda s...
Buka Puasa Beramai Ramai Gagal Patuh Sop 16 Orang Ahli Keluarga Termasuk Ibu Bapa Dijangkiti Covid 19 Di Bahrain

Buka Puasa Beramai Ramai Gagal Patuh Sop 16 Orang Ahli Keluarga Termasuk Ibu Bapa Dijangkiti Covid 19 Di Bahrain

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 461 hits
Majlis iftar bersama keluarga bertukar menjadi musibah apabila 16 orang ahli keluarga di Bahrain dijangkiti wabak Covid 19 menerusi salah seorang dari mereka Menurut laporan Kementerian Kesihatan Bahrain anggota keluarga itu dijangkiti kera...
Realme Akan Melancarkan 8 Produk Baharu Pada 25 Mei Termasuk Telefon Pintar Untuk Permua

Realme Akan Melancarkan 8 Produk Baharu Pada 25 Mei Termasuk Telefon Pintar Untuk Permua

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 261 hits
Pada 25 Mei hadapan Realme akan mengadakan acara khas untuk melancarkan lapan produk baharu Sebelum ini terdapat ura ura antara yang akan dilancarkan ialah telefon pintar jam tangan pintar dan akhir sekali televisyen pintar Tetapi hari ini ...
Terkini Kkm Sahkan 40 Kes Positif Covid 19 Termasuk 31 Kes Bukan Warganegara Malaysia

Terkini Kkm Sahkan 40 Kes Positif Covid 19 Termasuk 31 Kes Bukan Warganegara Malaysia

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 315 hits
Terkini KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 14 Mei 2020 jam 12 tengah hari terdapat 40 kes baharu jangkitan COVID 19 telah dilaporkan Kesemua kes ini telah dikesan dan diasingkan untuk rawatan selanjutnya Ini menjadikan jumlah kumulatif k...
34 Termasuk 6 Kanak Kanak Ditahan Seludup Ke Thailand

34 Termasuk 6 Kanak Kanak Ditahan Seludup Ke Thailand

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 384 hits
BERITA HARIAN Lokasi kejadian yang menyebabkan 34 rakyat Thailand termasuk enam kanak kanak ditahan SONGKHLA Gara gara tidak mahu menjalani proses saringan kesihatan 34 rakyat Thailand termasuk enam kanak kanak ditahan kerana menyeludup mas...
Abu Syafiq Fail Dua Saman Termasuk Untuk Amin Idris

Abu Syafiq Fail Dua Saman Termasuk Untuk Amin Idris

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 423 hits
Abu Syafiq fail dua saman termasuk untuk Amin IdrisPendakwah bebas dikenali sebagai Abu Syafiq memfailkan saman terhadap Amin Idris selepas personaliti televisyen terbabit enggan membuat permohonan maaf secara terbuka dan memadam kenyataan ...
11 Termasuk Pelajar Tahfiz Ditahan Tarawih Di Surau

11 Termasuk Pelajar Tahfiz Ditahan Tarawih Di Surau

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 248 hits
Polis menahan 11 lelaki kerana berkumpul untuk solat tarawih di sebuah surau di Beaufort baru baru ini Gambar hiasanKredit foto Carian GoogleHarian Metro melaporkan kumpulan individu berusia antara 15 hingga 41 tahun yang ingkar Perintah Ka...
Update Terkini 69 Kes Positif Baharu Termasuk 12 Kes Import Dan Satu Kematian Hari Ini

Update Terkini 69 Kes Positif Baharu Termasuk 12 Kes Import Dan Satu Kematian Hari Ini

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 254 hits
Sebanyak 69 kes positif jangkitan baharu Covid 19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 6 071 kes setakat Jumaat jam 12 tengahari Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdul...
Tiga Termasuk Warga Emas Ditahan Curi Kambing

Tiga Termasuk Warga Emas Ditahan Curi Kambing

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 392 hits
KEPALA BATAS Tiga lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dengan kes kehilangan lapan ekor kambing di sebuah kampung di Tasek Gelugor di sini Rabu lalu
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau