Hi Tea Sempena Hari Guru Dan Majlis Perpisahan Dengan Tema Pakaian Kasual Putih Coklat


 Assalamualaikum,
Sungguhlah. Menulis ni ibarat terapi bagi sesiapa yang hobinya menulis.haha.Betul kan Blogger sekalian?Kadang tu, me time bagi penulis marhein ni ialah bila dia dapat menulis. Bagi saya pula, menulis adalah terapi paling mendamaikan dan membahagiakan.Dengan menulis saya dapat tenang, saya dapat bahagia dan paling sukar nak gambarkan ialah, hanya dengan menulis kita dapat beri manfaat kepada sesiapa yang membaca tulisan kita.Aamin.
Hai.Asalnya nak kongsi pengalaman saya dan rakan di sekolah meraikan sambutan Hari Guru dalam satu majlis Hi Tea yang meriah dan menyeronokkan.Asal ada makanan sedap, orang pompuan mana yang tak happy kan.kihkih.

Masa ni saya antara orang-orang yang sampai awai, jadi kita ambiklah sekeping dua gambar selpie selpot.Tempat Hi Tea ni memang lawa tapi tu lah..haha.kang saya share cerita


Geng sampai awai ke Anjung Astacona, Port Dickson.
Hi Tea tahun ini anjuran Kelab Guru dengan tema Pakaian Kasual Putih dan Coklat. Agak sedih dan mengharukan juga bagi saya secara peribadi sebab baju yang saya nak pakai pada majlis ini belum sampai dari TikTok.Adehh.Sudahnya saya pakailah mana baju yang ada. Saya pula, meskipun saiz badan ni jenis plus size, saya tahu yang membezakan saya dengan orang lain ialah confident.Saya selalu percaya pada apa yang saya sematkan dalam minda.Kecantikan sebenar seorang wanita ialah apabila dia punya keyakinan dalam apa yang dilakukannya.ha gitu.Engkau plus size ka, tak lawa cam orang lain ka, baju tiktok ka, asalkan ko yakin, InshaAllah everything will smooth.ceh.
Seperkara yang saya suka dengan budaya cikgu-cikgu kat sekolah ni ialah, kami sentiasa welcoming orang baru, cikgu atau staff dan andai rezeki mereka berpindah atau sampai masa bersara, kami akan raikan juga dengan sebaik-baiknya. Ini pemerhatian saya. Apapun, buatlah baik dengan siapa atau kat mana pun.Kalau orang tak suka pun, itu bukan masalah kita, itu masalah dia.haha.

Yeahh. Geng Panitia Sejarah bergambar bersama Teacher Sharmila, yang telah berpindah sekolah.Walau masih dalam daerah yang sama, mungkin akan jumpa kat mana-mana, tapi nilai persahabatan semasa di skkbsr tetap kami hargai dan raikan.Walaupun Teacher Sharmila ni bukan sama panitia kami, saya sepakat dengan rakan ahli untuk sama-sama berkongsi sediakan hadiah perpisahan buat teman. Rakan panitia lain begitu juga.Semangat Setiakawan begini yang saya sangat sukai di sekolah ini.Semoga istiqamahlah hendaknya.

Ini pula hadiah persaraan buat Kak Norziah, Guru Kaunseling sekolah kami.Selamat Bersara kak Norzi, semoga berbahagia dengan dunia persaraan dan mendapat kelapangan dan ketenangan hati dalam meniti hari-hari mendatang.aamin
Ini pula hadiah persaraan buat Kak Norzi daripada Panitia BM. Memandangkan kat sekolah ni saya juga ahli panitia BM, kami juga berkongsi menyediakan hadiah kepada Guru yang bersara atau berpindah
Ada ke readers saya yang kenai cikgu lelaki yang berspek hitam tu.Dia ni level tiktokers atau influncers Malaya jugak ni.kihkih.Kalau kenai, komen kat bawah post ni ya

Sebenarnya ada 3 hadiah yang Panitia saya sediakan, hanya dua sempat kami sampaikan. Seorang lagi Cikgu Pra sekolah yang berpindah tak dapat hadir sebab ada urusan menjaga ibunya yang kurang sihat di hospital.Hadiah itu kami kirimkan kepada rakan sekolah pra yang lain

Korang suka tak tengok tema putih coklat ni ? Secara peribadi, coklat adalah antara warna kegemaran saya selain soft pink, purple, pink belacan atau dusty purple. Eh, banyak pulak kaler feveret ko Cikgu oii. Walaupun ada yang kata warna coklat ni warna orang-orang tua, tapi saya lebih suka percaya warna coklat ni warna yang melambangkan kekuatan, keteguhan dan benda-benda premium. Meh, saya kongsi maksud warna coklat ( mengikut chat GPT.member kamcing sekarang ni dengan dia.ahakss)
MAKSUD TERSIRAT WARNA COKLAT YANG PATUT KITA KETAHUI
1. Kestabilan dan Keandalan Warna coklat sering dikaitkan dengan tanah dan akar pokok, yang memberi asas dan kestabilan kepada kehidupan. Maka, warna ini membawa maksud seseorang atau sesuatu yang boleh dipercayai, stabil, dan teguh pendiriannya.
2. Keaslian dan Kesederhanaan Coklat juga melambangkan keaslian — tidak dibuat-buat, tidak mencuba untuk menonjol. Ia mencerminkan kehidupan yang sederhana, jujur, dan bersahaja. Orang yang memilih warna ini cenderung bersikap rendah diri dan menghargai nilai yang tulen.
3. Kehangatan dan Keselesaan Warna ini memberi rasa hangat dan selesa, seperti suasana rumah yang tenang. Dalam konteks emosi, coklat memberi makna kedamaian, keselesaan jiwa, dan suasana yang menyenangkan, terutama dalam hubungan kekeluargaan atau persahabatan.
4. Kesuburan dan Hubungan dengan Alam Sebagai warna tanah, coklat membawa maksud pertumbuhan, kesuburan, dan kelangsungan hidup. Ia menunjukkan hubungan yang erat dengan alam semula jadi, menandakan seseorang yang menghargai kehidupan berasaskan alam dan keharmonian.
5. Kematangan dan Kebijaksanaan Coklat juga dikaitkan dengan usia dan pengalaman, lantas membawa makna kematangan fikiran dan kebijaksanaan. Warna ini menunjukkan seseorang yang tenang, matang dalam tindakan, dan tidak mudah dipengaruhi oleh emosi.

Pelbagai definisi coklat yang korang boleh tengok kat Majlis Hi Tea sekolah saya ni kan.Saya pun surprise bila kita perhatikan member-member kiri kanan, memasing mendefinasikan coklat dengan pelbagai rona warna dari coklat cerah ke coklat gelap.Padanan putih coklat memang menjadikan majlis Hi Tea ni terasa hangat, mesra dan persahabatan yang teguh.Ke korang rasa sama je?ciss
Orait, cukuplah dulu saya kongsikan pengalaman menyertai majlis Hi Tea sekolah dengan tema putih coklat.Manalah tau, kat office atau tempat kerja korang nak guna tema sama, bolehlah korang baca atau tengok post ni lain kali.Buat pedoman di masa depan.heh.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikmatahariku.blogspot.com/2025/05/hi-tea-sempena-hari-guru-dan-majlis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambutan Hari Guru Di Sekolah Dengan Tema Hobi Guru

Sambutan Hari Guru Di Sekolah Dengan Tema Hobi Guru

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 184 hits
Assalamualaikum Sambutan Hari Guru baru sahaja melabuhkan tirainya Alhamdulillah meraikannya bagi tahun yang ke 8 di sekolah sekarang saya sempat memohon doa Encik Suami dan anak anak pada sebelah pagi sebelum ke sekolah supaya saya menjadi...
Manis Sopan Sangat Fatima Curi Tumpuan Bila Fazura Kongsi Foto Sempena Hari Guru

Manis Sopan Sangat Fatima Curi Tumpuan Bila Fazura Kongsi Foto Sempena Hari Guru

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 179 hits
Sempena sambutan Hari Guru bukan sahaja ucapan Fazura yang mencuri perhatian peminat di Instagram malah gambar comel anaknya Fatima turut menjadi bualan ramai Dalam perkongsian tersebut Fazura memuat naik gambar Fatima mengenakan tudung dan...
Lain Daripada Yang Lain Murid Di Pulau Tioman Hadiahkan Ikan Mewah Bernilai Lebih Rm300 Sempena Hari Guru

Lain Daripada Yang Lain Murid Di Pulau Tioman Hadiahkan Ikan Mewah Bernilai Lebih Rm300 Sempena Hari Guru

papar berkaitan - pada 18/5/2025 - jumlah : 109 hits
ROMPIN Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun merupakan hari istimewa bagi menghargai jasa dan pengorbanan para pendidik dalam membentuk generasi masa depan nbsp Ia bukan sekadar sambutan simbolik tetapi lambang kasih sayang pengh...
Cikgu Bm Terima Hadiah Minyak Angin Sempena Hari Guru Anggap Hadiah Paling Praktikal

Cikgu Bm Terima Hadiah Minyak Angin Sempena Hari Guru Anggap Hadiah Paling Praktikal

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 161 hits
Jika pen dan bunga selalu menjadi pilihan sebagai hadiah buat hari guru lain pula kisahnya dengan seorang guru Bahasa Melayu Cikgu Fatin Nur Farhana Ruslan yang menerima hadiah paling rare sempena hari guru Melalui akaun Tik Toknya Cikgu Fa...
Hari Bahagia Bertukar Tragis Majlis Perkahwinan Tetap Diteruskan Meski Kehilangan 3 Ahli Keluarga Serentak

Hari Bahagia Bertukar Tragis Majlis Perkahwinan Tetap Diteruskan Meski Kehilangan 3 Ahli Keluarga Serentak

papar berkaitan - pada 31/5/2025 - jumlah : 114 hits
Siapa sangka dalam menunggu tibanya hari bahagia bertukar menjadi tragis selepas tiga ahli keluarga bakal pengantin ini meninggal dunia serentak Muhd Syafiq yang merupakan bakal pengantin adik kepada Nurul Ain Abdul Rahim yang terkorban dal...
Hadiah Hari Guru

Hadiah Hari Guru

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 195 hits
Pagi semua 16Mei lepas adalah hari guru Kebanyakan sekolah telah mengatakan sambutan pada tarikh tersebut namun ada juga sekolah yang bakal mengatakan sambutan pada minggu ini HADIAH untuk guru Perlu ke Tentang hadiah ni sebenarnya terserah...
Selamat Hari Guru 2025

Selamat Hari Guru 2025

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 205 hits
Salam Ustazah Rinairyani Ahmad Ustazah Norulaini Mohd Nawi Ustazah Ros Idawati Manaf
Selamat Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Selamat Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 200 hits
Selamat Hari Guru 2025 buat semua pendidik yang telah banyak berjasa dan berbakti dalam memberikan pendidikan yang terbaik buat para pelajar Hari ini 16 Mei merupakan tarikh sambutan Hari Guru yang disambut setiap tahun bagi menghargai jasa...
Koleksi Senarai Ucapan Selamat Hari Guru 2025 Dan Pantun Yang Menarik

Koleksi Senarai Ucapan Selamat Hari Guru 2025 Dan Pantun Yang Menarik

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 174 hits
Selamat Hari Guru merupakan antara ucapan yang selalu diungkapkan ketika tibanya Hari Guru pada setiap tahun Tetapi sebenarnya banyak lagi senarai contoh yang anda boleh gunakan bagi dikongsikan kepada cikgu cikgu anda Setiap tahun Hari Gur...
Redmi Pad 2 Series Drops With Next Level Entertainment

Friday Notes From The Quran Declaring This Halal And Declaring That Haram

Penjual Tempatan Berinovasi Dalam Landskap E Dagang Yang Semakin Melangkaui Persaingan Harga

Compartment Food Box Custom Solusi Ideal Untuk Makanan Seimbang Menarik

Itu Keputusan Hakim Peguam Negara Pm Anwar Tak Masuk Campur Urusan Dnaa Najib

Beli Iphone Murah Bawah Rm2000 Di Malaysia Refurbished Vs Second Hand Mana Lebih Berbaloi

Hiburan Yakin Dan Merdu Suaranya Nur Fazura Lancar Lagu Baru Berjudul Luar Biasa Kolaborasi Bersama Ade Govinda

Honey Trap When Seduction Meets Spycraft In The Shadows Of Power


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Garlic Oyster Lamb

Upsi Oriental Daily 19 06 2025

Lirik Lagu Tunggu Aku Danial Ismail And Hyqal Haidy

Pokok Cili Padi Vs Pokok Ciku Di Kebun Kecilku

Brownies Dan Creampuff Nuttella Ekin Yusof

Siti Nurhaliza Bisakah Chord