Henti Bela Azmin Zuraida Ph Sukses Semula



Oleh Rahim Ahmad
Keputusan Kimanis sama seperti Tanjung Piai. Walaupun WARISAN hanya sekutu PH, tapi WARISAN pun berjangkit masalah yang ada kat Kerajaan PH.
Biasalah, orang ramai dah mula menyampah dekat politik akhir-akhir ni, termasuk penyokong PH. Soal peralihan dari Tun Mahathir ke DS Anwar, kegagalan Menteri-Menteri dan isu dalaman PKR.
Memang gandingan Mahathir-Anwar tak dijangka-jangka berlaku sebelum PRU14. Almaklumlah, sejak 1998 kedua-dua tokoh ini dah berentap. Tapi diorang pilih untuk ketepikan perbezaan untuk jatuhkan Najib, selamatkan Malaysia dari rasuah dan pulihkan ekonomi negara.
Sebenarnya ada dua pembodek terbesar Mahathir sekarang, dalam PKR yang tolak Mahathir dan PH pada awal penubuhan PH: DS Azmin dan Zuraida. Dua-dua Menteri ni kelahiran Singapore.
Sama seperti hari ni, Azmin dan Zuraida ni bukan pandai tengok strategi politik, jauh sekali ada prinsip atau pegangan. Keputusan diorang kerana takut – takut hilang jawatan dan kuasa semata-mata.
Pada Julai 2017, Azmin tegaskan Kerajaan Selangor adalah Kerajaan Pakatan Rakyat. Azmin MB waktu ni
(https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/07/06/azmin-ali-pakatan-rakyat-govt-to-fulfil-last-ge-mandate/).
Azmin nak PAS kekal semata-mata sebab dulu dia harapkan PAS untuk jadi MB pintu belakang walaupun PKR, DAP dan 2 ADUN PAS – Saari Sungib dan Hasnol Baharuddin memberi sokongan kepada DS Dr Wan Azizah jadi MB.
Azmin dan Zuraida cuba melobi mati-mati untuk meletakkan Azmin sebagai calon PM. Mereka cuba panjangkan tempoh sampai Azmin umumkan bincang calon PM lepas menang PRU14 nanti! (https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/05/09/azmin-menang-pru14-dulu-baru-bincang-siapa-pm/).
Pada 3 Januari 2018, Zuraida kata gandingan terbaik PM-TPM adalah Azmin-Mukhriz .
Bila PH umum 7 Januari Mahathir-Wan Azizah sebagai PM7 dan TPM, dan Anwar sebagai PM8, pengikut Zuraida walkout. Zuraida, yang waktu tu Ketua Wanita PH, kata dia kecewa dengan pengumuman itu (https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/30675).
‘Zuraida berkata, selepas 20 tahun berjuang seolah-olah mereka tidak mampu untuk menamakan calon perdana menteri.
“Sedangkan kita menang di Selangor dan Pulau Pinang tanpa PPBM ketika itu.”’
PKR Selangor yang dipengerusikan Azmin, keluarkan kenyataan tak sampai 24 jam selepas pengumuman PH kata mereka kecewa dengan keputusan yang membelakangkan 20 tahun perjuangan Reformasi.
Kenyataan itu atas nama Hizwan Ahmad, Ketua Komunikasi PKR Selangor dan sekarang SU Politik Zuraida (https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/31421).
‘Dalam pada itu, Hizwan berkata, PKR Selangor merasakan yang calon perdana menteri patut datang dari PKR sendiri.
“Kini negara sedang berdepan dengan zaman baharu. Golongan millenial pastinya mahu melihat seorang tokoh segar, kaya dengan buah fikiran yang berpandangan jauh dan berkesan untuk membawa negara ini keluar dari kepompong kerosakan yang telah tercipta sekian lama oleh barisan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional sejak dahulu lagi.
“Rakyat tidak mudah lupa, penggerak asli Reformasi juga tidak akan lupa. Reformasi total mesti ditegakkan dari semua aspek. Baik sistem, dasar, pentadbiran dan juga pentadbirnya,” katanya.’
Tun pernah kata, Melayu mudah lupa. Tapi mungkin Melayu Singapore ni lagi kuat pelupanya.
Lepas keputusan PRU14, Azmin duk himpit Tun dekat Sheraton sebab dia takut-takut dia hilang jawatan MB Selangor yang lumayan, dan diberi jawatan Menteri Pusat yang junior. Dia mintak Guan Eng dan Mat Sabu supaya sokong dia kekal di Selangor. Dengar cerita komponen-komponen PH tanya – dia dah tanya Kak Wan belum, tapi Azmin tak boleh cakap apa.
Tapi Tun Mahathir bagi peluang kat Azmin dengan portfolio baru, Hal Ehwal Ekonomi. Zuraida dapat jawatan besar jugak, Menteri KPKT.
Ruginya diorang ni tak perform.
Tak sampai setahun, Azmin dah nampak gagal. Datuk Kadir Jasin, Penasihat Media PM kata Tun Mahathir terpaksa buat Majlis Tindakan Ekonomi sebab PM tak puas hati prestasi menteri. Kadir kata lagi menteri tak turun jumpa peneroka Felda dan Felcra (https://www.sinarharian.com.my/article/12476/BERITA/Politik/PM-tidak-gembira-prestasi-Kabinet-PH-A-Kadir-Jasin).
Ini semua rujuk pada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Bulan Mei 2019, Azmin respon pada Kadir dengan kata yang penting penilaian rakyat, bukan individu (http://www.astroawani.com/berita-malaysia/rakyat-yang-boleh-nilai-prestasi-menteri-bukan-individu-tertentu-azmin-208328).
Azmin juga diberi kepercayaan untuk jadi Timbalan Pengerusi KL Summit 2019. Ini peluang dia bina profail dia (https://klsummit.my/members/).
Tapi macam portfolio ekonomi juga, Azmin tak buat kerja dan akibatnya Malaysia gaduh dengan Saudi, UAE dan Maghribi, dan Presiden Indonesia dan PM Pakistan tarik diri untuk datang.
Zuraida pula nampak lebih rapat dengan pihak pemaju. Janji nak bina rumah mampu milik masih tak jalan. Dia pusing satu Malaysia lantik orang politik jadi penyelaras KPKT kat negeri-negeri. PM pernah tegur Menteri-Menteri sebelum ni sebab lantik pegawai di luar garis panduan kabinet.
Mungkin PM / KSN patut tegur Zuraida. Dengar cerita jawapan Zuraida penyelaras ni tak dibayar gaji. Tapi kalau tak dibayar gaji mereka dibayar macam mana? Dengan projek?
Dalam ranking Malaysiakini Disember 2019 (https://www.malaysiakini.com/news/505434) Zuraida dapat nombor 21, bawah Mujahid Rawa. 22 Rina Harun, 23 Waythamoorthy dan 24… Azmin! Jumlah Menteri ada 28.
Faktanya, kalau ikut rakyat, Zuraida dan Azmin dan lama kena pecat. Tun Mahathir mungkin boleh guna dua individu ni dulu, tapi diorang ni dah semakin lemah di mata rakyat.
Sekarang bodek Tun, sebab nak kekal berkuasa. Dulu lawan Tun pun waktu bentuk PH dan Tun diumum jadi PM, sebab nak kekal berkuasa.
Jangan nama Tun rosak nak jaga dua Melayu Singapore ni yang sebenarnya tak ikhlas sokong Tun pun.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26138

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Tak Perlu Bela Azmin Dan Zuraida Lagi

Tun M Tak Perlu Bela Azmin Dan Zuraida Lagi

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 647 hits
Oleh Rahim AhmadKeputusan Kimanis sama seperti Tanjung Piai Walaupun WARISAN hanya sekutu PH tapi WARISAN pun berjangkit masalah yang ada kat Kerajaan PH Biasalah orang ramai dah mula menyampah dekat politik akhir akhir ni termasuk penyokon...
Removing Popular Zuraida Risky But Can Clip Azmin S Wings Say Analysts

Removing Popular Zuraida Risky But Can Clip Azmin S Wings Say Analysts

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 295 hits
Anwar needs to demonstrate that he is in full control of PKR and unfortunately Zuraida is the most significant but easiest target to inflict the biggest damage to Azmin Zuraida Kamaruddin may not be seen as a rival to Anwar Ibrahim but the ...
Nama Azmin Masuk Dalam Senarai Tpm Semula

Nama Azmin Masuk Dalam Senarai Tpm Semula

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 376 hits
Mohamed Azmin AliKUALA LUMPUR Keputusan Jabatan Peguam Negara yang tidak akan mendakwa mana mana pihak dalam kes video seks sejenis yang dikaitkan dengan seorang menteri dan individu bernama Haziq Abdul Aziz membolehkan Datuk Seri Mohamed A...
Selepas Zuraida Pegawai Azmin Pula Dapat Surat Tunjuk Sebab

Selepas Zuraida Pegawai Azmin Pula Dapat Surat Tunjuk Sebab

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 301 hits
Selepas Zuraida pegawai Azmin pula dapat surat tunjuk sebab Dikemas kini 36 minit yang lalu Diterbitkan pada 22 Jan 2020 11
Pengakuan Anwar Dan Setpolnya Kes Video Haziq Azmin Dibuka Semula

Pengakuan Anwar Dan Setpolnya Kes Video Haziq Azmin Dibuka Semula

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 705 hits
Kumpulan pro Anwar Ibrahim tidak puas hati dengan keputusan Tommy Thomas untuk tidak mendakwa mana mana pihak yang terlibat dengan video semburit yang dikaitkan dengan Azmin Ali Mereka anggap ianya sebagai melucukan Kami tidak percaya dan t...
Akhirnya Azmin Dan Zuraida Hadir Mesyuarat Pkr

Akhirnya Azmin Dan Zuraida Hadir Mesyuarat Pkr

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 524 hits
Akhirnya Azmin Dan Zuraida Hadir Mesyuarat PKR Setelah sekian lama menghilang daripada mesyuarat Biro Politik PKR dua pemimpin kanan parti itu Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin membuat kemunculan malam ini Kemunculan Azmin yang juga Menteri ...
Bagaimana Supaya Islam Kuasai Pemerintahan Semula

Bagaimana Supaya Islam Kuasai Pemerintahan Semula

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 349 hits
Ditimpa musibat kerana diri sendiri Presiden PASBAGAN DATUK Umat Islam wajib membina kesedaran berpolitik dan memerintah negara termasuk menggerakkan anak anak supaya faham bahawa tujuan mengundi adalah untuk Islam mendapatkan kuasa pemerin...
Bagaimana Sih Cara Sukses Ahli Jualan Untuk Pebisnis

Bagaimana Sih Cara Sukses Ahli Jualan Untuk Pebisnis

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 324 hits
Topik kita sekarang ialah Reseller merupakan pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Kalau Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau punya pendapatan tambahan maka res...
5 Rekomendasi Film Horor Thailand Sukses Bikin Bulu Kuduk Berdiri

5 Rekomendasi Film Horor Thailand Sukses Bikin Bulu Kuduk Berdiri

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 236 hits
Berikut daftar rekomendasi film horo Thailand yang bisa ditonton untuk menemani akhir pekan anda
Drama Mandul Bukan Pilihan

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yung Kai My Light Chord

Umany Calls Out Um For Defending Direct Intake System

Akmal Urges Expelled Leaders To Set Aside Ego And Rejoin Party

Ba88 4 May Ba88 Top 8 By Derick

Gobaza88 17 Gobaza88 Top 22 By Deidre

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog