Help Him Smile
Anak aku ni jadi macam sekarang sejak tahun 2013 lagi. Puncanya, sebab usus terbelit dan lambat detected. Masa anak aku jalani pembedahan tu, ususnya dah kehitaman pun kerana tiada aliran darah. Iyalah, usus anak aku ni terbelit "more than 4 times" kot. Ini diagnosed yang aku baca.
Bila dah buang semua usus yang dah rosak tu, yang elok cumalah 5cm usus kecilnya. Usus yang selamat ni part Duodenum bawah perut dia. Part yang penting seperti Jejunum dan Ileum, tak ada dah. Sebab usus anak aku ni pendek sangat, dia alami malnutrisi kerana tak dapat nak cerna dan serap secukupnya.
Short Bowel Syndrome nama penyakit anak aku. Penyakitnya bukan congenital kerana anak aku kena semasa umurnya 7 bulan which is rare. Jalan terbaik untuknya ialah beri nutrisi melalui salur darah utamanya. Nutrisi tu lah yang dinamakan TPN (Total Parenteral Nutrition/Nutrisi Parenteral) yang selalu aku sebut-sebut dalam socmed aku.
Nak beri nutrisi melalui salur darah, anak aku kena ada tiub CVL (Central Venous Line). Tiub CVL ni lah yang susahnya nak jaga. Bila infected (jangkitan) tu, punyalah risau. Kadang-kadang dapat diselamatkan, kadang-kadang tak dapat diselamatkan. Bila tak dapat diselamatkan, itulah yang kena jalani pembedahan. Dah 15 kali anak aku jalani pembedahan untuk "Insert New CVL".
Sekarang ni, anak aku under Home Parenteral Nutrition (HPN) program. Setahu aku, termasuk anak aku lah kan, ada 6 kanak-kanak yang under program yang sama. Masing-masing dengan masalah usus kronik. Hmmm, aku harap bukan saja anak aku ni akan sembuh, anak-anak TPN yang lain pun sama akan sembuh hendakNYA. Atau sekurang-kurangnya anak-anak TPN ini sentiasa sihat dan terus berada dirumah, bukannya diwad.
Nantilah aku sambung lain. Actually aku nak minta bantuan rakan pembaca blog ni (kalau ada pembaca) but ... Nanti-nantilah ye. Oklah, see ya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ekjozbuluh.blogspot.com/2018/02/help-him-smile.html