Heitech Bersedia Menerajui Transformasi Digital Untuk Pertumbuhan Kewangan Yang Mampan


HEITECH BERSEDIA MENERAJUI TRANSFORMASI DIGITAL UNTUK PERTUMBUHAN KEWANGAN YANG MAMPAN | Assalammualaikum semua! Hari ini Ruby terbaca berita berkenaan HeiTech Padu Berhad. HeiTech Padu Berhad merupakan penyedia perkhidmatan Teknologi Maklumat (IT) yang mempunyai kepakaran dalam membangunkan sistem dan infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kepada sektor awam dan komersil

30 tahun pengalaman dalam industri IT dan disegani sebagai salah satu pemain IT utama di negara ini dalam melaksanakan projek-projek misi kritikal untuk kerajaan Malaysia sejak inisiatif kerajaan elektronik (“e-Government”) dilaksanakan

HEITECH BERSEDIA MENERAJUI TRANSFORMASI DIGITAL UNTUK PERTUMBUHAN KEWANGAN YANG MAMPAN

HeiTech Padu Berhad kini berada di landasan kukuh dalam meletakkan kedudukannya sebagai pembekal teknologi maklumat (IT) menyeluruh dalam sektor dan industri termasuk keselamatan dalam negeri, pengangkutan, perkhidmatan kewangan, kesihatan, pertahanan, peruncitan, dan pihak berkuasa tempatan. 
Selain sektor IT, Kumpulan HeiTech turut meneroka sektor lain seperti tenaga dan tenaga boleh baharu, kejuruteraan, pemprosesan mel dan dokumen, sebagai sebahagian daripada strategi kepelbagaian perniagaan

(HeiTech atau Group) bersedia untuk menerajui transformasi digital merentasi pelbagai industri melalui penyelesaian digitalnya untuk pertumbuhan kewangan yang mampan

Syarikat itu menyasarkan untuk menjadi rakan kongsi teknologi yang berupaya mengintegrasikan teknologi canggihnya seperti keselamatan siber, pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan, untuk membantu pelanggannya berkembang maju dalam era digital dan seterusnya merealisasi aspirasi syarikat menjadi Syarikat Teknologi Digital menjelang tahun 2030


Bercakap pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-29 HeiTech, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Salmi Nadia Mohd Hilmey, berkata, “Kami memberi tumpuan pada perniagaan teras kami dan gembira dengan keputusan positif yang dicapai walaupun berdepan persekitaran operasi yang mencabar. Kami akan meneruskan momentum ini dengan mengukuhkan strategi perniagaan, mempelbagaikan tawaran produk dan mempertingkatkan pendigitalan operasi kami.”
“Perjalanan kami tertumpu kepada transformasi dan penambahbaikan berterusan. Aspirasi kami adalah untuk menjadi penyedia teknologi digital menyeluruh, menawarkan penyelesaian holistik yang merangkumi penyelesaian bandar pintar, perkhidmatan perusahaan, teknologi penjagaan kesihatan, sistem tenaga dan kuasa, inovasi automotif dan teknologi pertahanan. Kami sedang mengatur dan mempertingkatkan tawaran kami untuk memenuhi keperluan pasaran hari ini yang semakin berkembang bagi memastikan kerelevanan dan daya saing.”
“Melalui kepakaran dalam penyelesaian bandar pintar, kami menyasarkan untuk terus memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara melalui Internet Benda (IoT), Kepintaran Buatan (AI) dan analisis data”, ujar Salmi Nadia. 
“HeiTech telah berkembang daripada penyedia perkhidmatan penyepaduan sistem dan infrastruktur terurus kepada penyedia produk dan perkhidmatan teknologi digital. HeiTech mengembangkan tawaran dan pasarannya melalui penciptaan produknya sendiri yang sesuai dengan pasaran berasaskan urus niaga dan massa yang merangkumi sistem tempat letak kereta pintar, e-KYC (kenali pelanggan anda melalui platform digital), gerbang pembayaran secara elektronik serta aplikasi pintar untuk pihak berkuasa tempatan, koperasi, penyelesaian pengurusan sekolah dan portal pengajaran”

Penyelesaian tempat letak kereta pintar kami, Park Smart Plus (PS+), memanfaatkan teknologi geolokasi untuk memberikan pengalaman parkir yang lancar dan meningkatkan pengurusan trafik, kecekapan tenaga dan pengurangan jejak karbon, manakala sistem pengurusan pihak berkuasa tempatan kami, Kolleq, meningkatkan kecekapan pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan. Hasrat kami adalah untuk membangunkan persekitaran bandar moden yang pintar dan mampan, dengan bekerjasama dengan kerajaan tempatan dan pihak berkepentingan lain,”tambahnya

Baru-baru ini, HeiTech mengumumkan prestasi kewangan yang lebih kukuh pada suku pertama berakhir 31 Mac 2024 (S1 2024) berbanding tempoh yang sama tahun lepas

Bagi S1 2024, Kumpulan melaporkan keuntungan.sebelum cukai (“PBT”) sebanyak RM501,000 dan keuntungan selepas cukai (“PAT”) sebanyak RM231,000

Ini menandakan peningkatan ketara berbanding suku yang sama tahun sebelumnya, yang menyaksikan kerugian sebelum cukai sebanyak RM3,168,000 dan kerugian selepas cukai sebanyak RM3,344,000. Walau bagaimanapun, Kumpulan mencatatkan hasil yang lebih rendah sebanyak RM61,633,000 bagi S1 2024, susut sebanyak RM9,913,000 daripada RM71,546,000 yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas

Kumpulan ini kekal kukuh dalam sektor awam dan swasta, memperoleh kontrak baharu dengan Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Kesihatan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, dan lanjutan kontrak dengan Jabatan Imigresen Malaysia. Kontrak-kontrak ini menggambarkan kekuatan Kumpulan dalam menguruskan projek infrastruktur berskala besar dan kritikal serta menunjukkan keupayaannya untuk menyampaikan penyelesaian menyeluruh merentas pelbagai sektor

“HeiTech akan meraikan ulang tahun ke-30, satu peristiwa penting yang membuktikan daya tahan, kesungguhan dan kebolehsuaian kami sepanjang tiga dekad yang lalu. HeiTech sememangnya telah melalui perjalanan yang luar biasa, mengharungi pelbagai cabaran dan kami akan muncul lebih kuat setiap kali berdepan ujian getir. Kekuatan yang berkekalan ini telah mengukuhkan legasi kami sebagai organisasi yang teguh dan berpandangan jauh. 
Komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan dan inovasi telah membolehkan kami merebut peluang pertumbuhan baharu sambil terus berdedikasi untuk berkhidmat kepada pelanggan dan pihak berkepentingan kami,” kata Salmi Nadia

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.heitech.com.my 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2024/07/heitech-bersedia-menerajui-transformasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Hari Labur Mata Wang Digital Duit Rm217 000 Lesap

10 Hari Labur Mata Wang Digital Duit Rm217 000 Lesap

papar berkaitan - pada 22/6/2024 - jumlah : 65 hits
Oleh Syeikh Baran Gambar Hiasan Akibat tertarik dengan pulangan pelaburan sehingga 20 peratus seorang pengurus ladang rugi RM217 000 dalam tempoh hanya 10 hari selepas menyertai pelaburan mata wang digital yang tidak wujud Pemangku Ketua Po...
Bksap Dpr Sebut Indonesia Jadi Market Digital Economy Di Forum Tripartite Brunei

Bksap Dpr Sebut Indonesia Jadi Market Digital Economy Di Forum Tripartite Brunei

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 57 hits
Sebagai negara terbesar di ASEAN Indonesia bisa menjadi market dalam digital economy
Catcha Digital Dan Keluar Sekejap Bekerjasama Melancarkan Ks Lagi

Catcha Digital Dan Keluar Sekejap Bekerjasama Melancarkan Ks Lagi

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 42 hits
Pada hari ini Catcha Digital bersama Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan yang juga merupakan pengasas podcast popular Keluar Sekejap SDN BHD telah 8216 berganding bahu 8217 membentuk satu perniagaan media digital baru yang diberi nama KS L...
Lawan Ujaran Kebencian Dengan Kuatkan Literasi Digital

Lawan Ujaran Kebencian Dengan Kuatkan Literasi Digital

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 71 hits
Selain literasi digital Khofifah mengatakan upaya yang bisa ditempuh dalam rangka melawan ujaran kebencian adalah melakukan filter
Pj Gubernur Kaltim Ajak Warga Pemaluan Duduk Bareng Ikn Di Kaltim Akan Dorong Laju Pertumbuhan Ekonomi

Pj Gubernur Kaltim Ajak Warga Pemaluan Duduk Bareng Ikn Di Kaltim Akan Dorong Laju Pertumbuhan Ekonomi

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 48 hits
Kepindahan ibu kota negara ke Kalimantan Timur upaya pemerintah untuk mewujudkan pembangunan yang Indonesia sentris
Nora Danish Amp Nedim Nafi Masalah Kewangan Punca Bercerai Dah Enam Bulan Tak Sebumbung

Nora Danish Amp Nedim Nafi Masalah Kewangan Punca Bercerai Dah Enam Bulan Tak Sebumbung

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 53 hits
Pelakon Nora Danish dan Nedim Nazri nafi masalah kewangan punca bercerai selepas lebih tujuh tahun pasangan ini mendirikan rumah tangga Sebelum ini media melaporkan Nora dan Nedim sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekut...
Cakna Kewangan Elak Terjerat Skim Pelaburan Palsu

Cakna Kewangan Elak Terjerat Skim Pelaburan Palsu

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 59 hits
PETALING JAYA Pendedahan pendidikan kewangan serta penguatkuasaan oleh pihak berkuasa dapat membantu masyarakat daripada terus terjerat dengan skim pelaburan palsu Pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia Prof Mady...
Isteri Bun H Suami Kerana Tak Puas Hati Hidup Dalam Kemiskinan Mereka Kerap Bertengkar Sebab Tekanan Kewangan

Isteri Bun H Suami Kerana Tak Puas Hati Hidup Dalam Kemiskinan Mereka Kerap Bertengkar Sebab Tekanan Kewangan

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 86 hits
Memang susah nak jumpa pasangan yang sanggup susah bersama tetapi kisah kali ini berakhir dengan kejadian tragis Seorang wanita berusia 38 tahun ditangkap selepas membunuh suaminya di sebuah kebun berdekatan dengan rumah mereka var currentU...
Feilina Feisol Mother Friend And Great Advocate Of Autism Rights

Muhyiddin Terlebih Perasan Di Sungai Bakap

Bermalam Di Hotel Legend Inn Taiping

Moxy Putrajaya Keselesaan Dan Keseronokkan Dalam Satu Tempat

Najib Kekal Dipenjara

How The Manly 150ah Lithium Battery Protects Against Overcharging And Short Circuits

Supplement Yang Nieyl Makan Sekarang

With China Producing Many Cars Should We Be Happy



Info Dan Sinopsis Filem Pemandi Jenazah The Corpse Washer 2024 Kini Di Netflix Malaysia

Berapakah Tahap Kepanasan Suhu Api Dapur Gas Anda

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Slot Megadrama Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Nuh Dan Nayla Slot Akasia TV3

Resepi Nasi Goreng Seafood Paling Mewah dan Terliur Meriah Ramuan Didalamnya


6 Cara Import Barang Dari China Bagi Pemula Melalui Jasa Import

Sentiasa Perbaharui

Spaghetti Bolognese

Kelantan Pengutip Sampah Maut Terpijak Serpihan Kaca

Najib Tun Razak Game Over

Harimau Belang Masuk Perangkap Perhilitan