Hebatnya Doa Iftitah





Pintu Langit Terbuka Kerana Doa Ini…Subhanallhah


“Allah Maha Besar dengan ungkapan takbir yang agung. Segala Puji bagi Allah dengan pujian yang melimpah. Maha Suci Allah pada pagi dan petang.


Kuhadapkan wajahku kepada Zat yang menciptakan langit dan bumi dalam keadaan lurus dan pasrah. Dan aku bukanlah dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semata hanya untuk Allah Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya, begitulah aku diperintahkan dan aku dari golongan orang Muslim”


Indahnya bait-bait dalam doa ini. Inilah doa Iftitah. Doa yang dibaca sewaktu kita mula berdiri bersemuka menghadap Pencipta. Menghadap penuh rasa rendah diri serta mengagungkan kebesaran-Nya.


Hukum membaca doa Iftitah ini adalah sunat, yang mana ia dibaca dalam solat selepas takbiratul ihram dan sebelum membaca Surah Al-Fatihah. Walaupun hukumnya sunat, namun pahala membacanya bukan kepalang.


Doa Iftitah Gabungan Dua Riwayat


Menurut Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff, doa Iftitah yang menjadi bacaan kelaziman masyarakat Islam di rantau ini adalah merupakan gabungan dua riwayat hadis yang berbeza.


Doa pertama merupakan riwayat Ibnu Umar r.a yang bermaksud:


“Allah Maha Besar dengan ungkapan takbir yang agung. Segala Puji bagi Allah dengan pujian yang melimpah. Maha Suci Allah pada pagi dan petang”


Manakala doa kedua adalah merupakan ayat awal dari riwayat Sayidina Ali Bin Abi Thalib yang bermaksud:


“Aku menghadapkan wajahku kepada Zat yang telah menciptakan langit dan bumi secara lurus. Dan aku bukan termasuk dalam kalangan orang-orang yang Musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah milik Allah Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya, begitulah aku diperintahkan dan aku dari golongan orang Muslim.”


BACA:  Apakah Hukum Solat Orang Yang Bekerja Di Bengkel/Workshop Kerana Tangan Mereka Sentiasa Dalam Keadaan Berminyak?


Lafazkan Juga Walau 3 Baris Ayat Pertama


Terdapat pelbagai versi doa Iftitah ini, ada yang pendek dan ada yang panjang. Terpulang kepada kita untuk memilih versi yang mana asalkan kita tetap mahu mengalunkannya tatkala mengadap Pencipta.


Kuasa kehebatan doa Iftitah ini terukir dalam satu kisah yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a


“Ketika kami sedang solat bersama Rasulullah s.a.w, ada seorang pemuda mengungkapkan 3 baris ayat pertama dari doa Iftitah, iaitu:


“Allah Maha Besar dengan ungkapan takbir yang agung. Segala Puji bagi Allah dengan pujian yang melimpah. Maha Suci Allah pada pagi dan petang.”


Usai solat, Rasulullah s.a.w bertanya siapa yang membaca doa Iftitah itu tadi. Selepas mengetahui siapa yang membacanya, Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa.


“Aku terkejut dengan keutamaan kalimat tersebut. Pintu-pintu langit telah terbuka kerananya!”
Kemudian Ibnu Umar r.a berikrar selepas mendengar sabda Rasulullah s.a.w dengan menyatakan,


“Maka aku tidak pernah meninggalkan bacaan kalimat itu semenjak aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda seperti itu.”


Sesungguhnya doa Iftitah ini memiliki kehebatan yang luar biasa sehingga pintu langit bisa terbuka kerananya. Maka dengan terbukanya pintu langit ini bermakna cepatlah doa kita akan sampai kepada-Nya dan dikabulkan segera dengan izin dari-Nya.


Justeru itu sahabat bacalah, walau hanya tiga baris ayat.


#islamituindah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sideofmuslim.blogspot.com/2019/01/hebatnya-doa-iftitah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Iftitah Di Dalam Solat

Doa Iftitah Di Dalam Solat

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 244 hits
Kita sedia maklum bahawa solat merupakan tiang agama dan terdiri daripada 13 rukun dalam Mazhab Syafie Di samping itu ia juga disertai dengan perkara perkara sunat yang merangkumi perbuatan dan perkataan Takrif bagi sunat ialah perbuatan ya...
Wni Di As Gelar Doa Bersama Untuk Kemenangan Jokowi Ma Ruf

Wni Di As Gelar Doa Bersama Untuk Kemenangan Jokowi Ma Ruf

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 229 hits
Sejumlah warga negara Indonesia di Amerika Serikat mengikuti doa bersama untuk kemenangan Pasangan Calon Presiden Wakil Presiden RI Jokowi dan KH Ma ruf Amin
Ingin Dimudahkan Hisab Di Akhirat Nanti Baca Doa Ini

Ingin Dimudahkan Hisab Di Akhirat Nanti Baca Doa Ini

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 443 hits
Sebagai umat Islam kita pasti mengharapkan keselamatan di akhirat kelak dan berkumpul dengan saudara saudara kita di surga nantinya Akan tetapi sebelumya amalan kita selama di dunia akan dihisab Walau nabi Muhammad Saw dijamin untuk masuk S...
Malam Pergantian Tahun Prabowo Doa Bersama Anak Yatim Kaum Difabel

Malam Pergantian Tahun Prabowo Doa Bersama Anak Yatim Kaum Difabel

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 178 hits
Prabowo berkomentar singkat usai menghadiri Muhasabah yang dihadiri tokoh ulama masyarakat sekitar dan cawapres Sandiaga Uno Dia berharap kebaikan selalu menyertai rakyat Indonesia
Pm Sifatkan 2018 Tahun Mencabar Doa Lebih Kejayaan Pada 2019

Pm Sifatkan 2018 Tahun Mencabar Doa Lebih Kejayaan Pada 2019

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 299 hits
Diterbitkan Hari ini 11 02 malam Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mendoakan agar kehadiran tahun baru akan memberi makna besar dan mendorong seluruh rakyat melakar kejayaan yang lebih tinggi Katanya 2018 adalah tahun yang mencab...
Doa Keluar Rumah

Doa Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 312 hits
Doa Keluar Rumah Bismilaahi tawakkaltu alallahi wa laa hawla wa laa quwwata illaa billaahi Artinya Dengan menyebut nama Allah aku menyerahkan diriku pada Allah dan tidak ada daya dan kekuatan selain dengan Allah saja
Doa Awal Tahun Untuk Memohon Ampunan Dan Keselamatan Selama 1 Tahun Mendatang

Doa Awal Tahun Untuk Memohon Ampunan Dan Keselamatan Selama 1 Tahun Mendatang

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 281 hits
Tak terasa tahun baru 2019 akan segera tiba tak ada salahnya kita menyambutnya dengan melakukan hal yang positif termasuk membaca doa awal tahun Doa awal tahun bertujuan untuk memohon ampunan dan keselamatan di tahun baru 2019 Membaca doa a...
Doa Kecemerlangan Pelajar

Doa Kecemerlangan Pelajar

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 440 hits
Doa Kecemerlangan Pelajar Alhamdulillah syukur Ya Allah pagi ni dapat berkongsi ilmu bermanfaat untuk pembaca blog KakYa KakYa nak kongsikan kat korang beberapa potongan doa yang boleh diamalkan untuk para pelajar Doa kecemerlangan pelajar ...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

15 Easter Garland Designs To String Along The Spring Festivities

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Do You Know About Kuda Kepang Dance

Cukai Perkhidmatan 8 Hanya Ke Atas Golongan Berkemampuan

300 Extra Padu Registration Counters Opened