Hazelnut Latte Panas Kenangan Coffee Sedap Teruk


Semalam cuti Thaipusam teman encik suami pergi Celcom Bluecube di Seremban Gateway nak tukar telco dari Digi ke Celcom. Walaupun company yang sama sekarang tapi tetap nak tukar juga atas sebab ada masalah yang Digi tak boleh nak selesaikan.
Dah settle disitu, encik suami kata nak beli apa-apa tak? Kita pun cakaplah nak beli kopi. Buat bekal perjalanan nak ke Melaka pula. Nak melawat abang saya di ICU Hospital Jasin, abang saya sudah sehari ditidurkan (intubate). 
Nampak kedai kopi Kenangan Coffee ni, kita terus lah ke sini tak pandang yang lain. Pernah dengar katanya Kenangan Coffee ni sedap. Kopi dari Indonesia kan. Kopi dari jiran kita sana jaranglah tak sedap orang kata. Orang katalah. Kita tak pernah cuba lagi

Menarik juga rupa kedai kopinya. Simple dan minimalist. Kami cuma pesan 1 cawan kopi je. 

Cawannya juga menarik. Saya pilih hazelnut latte panas dengan saiz cawan besar. Nak kongsi berdua kenalah beli yang besar. Kecil mana cukup. Suka pesan yang panas sebab rasa dia maintain sedap berbanding sejuk


Bila dah suam barulah kita dapat merasa. Wow! Sedap teruklah rasa dia. Dah macam rasa Caramel Machhiato yang biasa kita pesan kat kedai kopi S dulu tu. Teruja lah kita minum air kopi Kenangan Coffee ni. Sedap betul! Yang penting kurang manis ye. Pahit pahit manja sikit. 
Banyak juga pilihan kopi yang ada. Nanti nak cuba matcha pula. Rupa paras dia di banner tu nampak menarik juga

Nampaknya bakal jadi favourite kita lah lepas ni. Tapi tulah, cawangannya tak banyak sebab baru masuk Malaysia beberapa tahun ni. Area Kuala Lumpur mungkin senanglah nak jumpa kot kan. Saya beli ni di Seremban Gateaway

Seremban Gateway punyalah meriah sekarang ni. Patutlah banyak kereta sentiasa. Macam-macam kedai ada. Nampak sangat lama tak jejak sini. Bila ada urusan ni je lah baru kita datang melawat. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2024/01/hazelnut-latte-panas-kenangan-coffee.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Breakfast Sedap Dan Murah Di Ikea Malaysia

Menu Breakfast Sedap Dan Murah Di Ikea Malaysia

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 239 hits
Mungkin anda yang tinggal sekitar Kuala Lumpur akan setuju kalau aku kata menu di Restoran IKEA Malaysia memang terbaik Bukan hanya sekadar menu yang pelbagai punyai garapan citarasa Malaysia dan harga yang murah untuk semua Sebab itu aku b...
Resipi Phad Kra Phao Yang Paling Mudah Sedap Tak Banyak Bahan

Resipi Phad Kra Phao Yang Paling Mudah Sedap Tak Banyak Bahan

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 326 hits
Phad Kra Phao adalah makanan popular di Thailand yang menggunakan daging ayam atau daging lembu B oleh juga gunakan makanan laut dengan menggoreng beberapa bahan yang diperlukan Anda boleh makan bersama nasi dan telur goreng bersama phad kr...
Nasi Padang Sedap Di Klang

Nasi Padang Sedap Di Klang

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 449 hits
Alhamdulillah kita dah hampir ke penghujung Januari 2024 Bagaimana dengan 22hari di bulan Jan ni Alhamdulillah kita semua masih sihat bahagia semoga rezeki sihat ni sampai bila biula kita dapatkan Bila sihat semua benda boleh buat dengan ge...
Kambing Perap Yang Sedap Dan Juicy

Kambing Perap Yang Sedap Dan Juicy

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 353 hits
Korang penggemar daging kambing Jika ya sudah pasti korang akan rasa teruja dengan keunikan dan kelazatan hidangan kambing perap Bagi yang tidak mahir memasaknya jangan risau Korang boleh cuba Resepi Kambing Perap yang mudah untuk dicuba di...
Masak Lemak Udang Mudah Dan Sedap

Masak Lemak Udang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 445 hits
Assalamualaikum semua Hari ini kita bersiaran lagi Semoga anda semua sihat walafiat di hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari Kalau belum membaca surah Al Kahfi malam tadi jangan lupa untuk membacanya hari ini Jangan lupa juga klik...
Himpunan Resepi Nasi Ayam Simple Tapi Sedap Berserta 5 Tips Untuk Hasilkan Nasi Ayam Yang Lembut Dan Wangi

Himpunan Resepi Nasi Ayam Simple Tapi Sedap Berserta 5 Tips Untuk Hasilkan Nasi Ayam Yang Lembut Dan Wangi

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 392 hits
hidangan yang telah mengukuhkan kedudukannya sebagai kegemaran rakyat Malaysia ia menawarkan cara penyediaan yang mudah dan cepat turut menjadikannya pilihan utama di Asia Tenggara Panduan nasi yang wangi dengan daging ayam yang lembut menc...
Laksa Ikan Mackerel Sedap Ke

Laksa Ikan Mackerel Sedap Ke

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 342 hits
Assalamualaikum Hi korang SA susah betul nak jumpa laksa yang betul betul sedap di tekak SA kadang beli kat pasar malam x sedap kadang tu ada kawan office bukak order bila makan pun x berapa sedap Last month makan yang D Laksa tu pun x seda...
Misteri Keladi Selatah Yg Bertukar Jadi Sedap

Misteri Keladi Selatah Yg Bertukar Jadi Sedap

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 314 hits
Assalamualaikum guys Ai tak tahu sama ada U guys masih makan lagi menu2 lama ini nbsp Tanya begini sbb anak2 ai sendiri kurang berminat mungkin mengikut arus zaman nbsp Keladi selatah keladi telur atau keladi sarawak adalah satu nama yang s...
Cupcake Coklat Resepi Sukatan Cawan Yang Senang Dan Sedap

Cupcake Coklat Resepi Sukatan Cawan Yang Senang Dan Sedap

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 709 hits
Saya cuba buat kek cawan coklat cip dua hari lepas untuk minum petang Eh tak sangka menjadilah Jadi saya nak simpan resepi yang saya gunakan untuk buat cupcake itu supaya senang saya nak rujuk nanti bila terasa nak makan cupcake coklat Anak...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ultimate Healthy Ground Beef Recipes Bodybuilding

Makam Pahlawan Mat Kilau

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Cuba Pilih Mana Daun Sirih