Hayati Sambutan Kemerdekaan Di Tv Alhijrah



Semangat cintakan tanah air tidak sesekali akan luntur walau badai COVID-19 melanda negara.
Malahan, ujian sebegini seharusnya merapatkan ukhuwah dan membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat di negara kita.
TV AlHijrah mengajak seluruh segmen masyarakat untuk menonton siaran rancangan istimewanya sepanjang Kempen Merdeka berlangsung bermula 23 Ogos 2021 hingga 16 September 2021 akan datang.
Antara hidangan rancangannya adalah Pusaka Kita Maruah Kita, Malaysia #QuranHour, Ulama Kemerdekaan, Jauhari Merdeka, E-Kaunter Netizen Istimewa Merdeka, La Tahzan Istimewa Merdeka dan Assalamualaikum Khas Merdeka dan Hari Malaysia.

Kesemua barisan rancangan Kempen Merdeka ini memupuk semangat cintakan negara serta menterjemahkan solidariti dan perpaduan.
Pusaka Kita Maruah Kita adalah sebuah program dokumentari yang disiarkan selama 13 episod pada setiap Rabu, jam 9 malam.

Dokumentari ini diterbitkan dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) serta diarahkan oleh Areel Abu Bakar, pengarah berbakat yang pernah memenangi Anugerah Daniel A.Craft Festival Filem Asia New York. Beliau juga adalah pengarah bagi filem Geran yang ditayangkan di TV AlHijrah tahun lalu.
Para pencinta seni bela diri silat harus menonton dokumentari ini kerana selain mengangkat nilai budaya beracuankan tradisi, mereka juga berpeluang untuk mengenali 13 jenis silat Melayu, 13 senjata orang Melayu serta 13 tokoh orang lama dalam ilmu persilatan Melayu.
TV AlHijrah turut menyiarkan Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos, jam 12 tengahari bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-64.

Selama satu jam siaran, agenda berinteraksi dengan Al-Quran membawakan formula bagi menyembuh dan merawat Malaysia dengan solusi daripada Ilahi melalui Surah Al-Mulk dan juga tujuh Surah Musabbihat.
Sekiranya mahu mengetahui tentang biografi tokoh agamawan Melayu, ayuh sama-sama saksikan Ulama Kemerdekaan siaran Isnin dan Selasa, jam 7.25 malam.

Selain berkongsi tentang biografi 13 ulama Melayu seperti Tok Kenali, Tok Ku Paloh, Kiyai Haji Salleh, Tuan Guru Haji Zainal Abidin dan ramai lagi, kapsul infografik ini turut memaparkan kisah peranan mereka dalam menyebarkan dogma Islam dan perjuangan memerdekakan tanah Malaya.
Dokumentari Jauhari Merdeka sedikit berbeza. Jika rancangan Ulama Kemerdekaan disiarkan dengan penampilan 13 tokoh ulama Melayu, rancangan Jauhari Merdeka pula memberi fokus kepada kisah perjuangan Sheikh Abdullah Fahim.
 
Selain keunggulannya dalam bidang falak, nama beliau juga tercatit di dalam lipatan sejarah sebagai figura yang mencadangkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Rancangan ini bersiaran pada 31 Ogos, jam 5 petang.
Seterusnya, tiga program sedia ada yang digemari penonton akan menyiarkan episod istimewa merdeka iaitu E-Kaunter Netizen Merdeka, La Tahzan Istimewa Merdeka dan Assalamualaikum Khas Merdeka dan Hari Malaysia.
E-Kaunter Netizen Merdeka disiarkan pada 31 Ogos, 7.30 malam. Syamsul Debat sebagai hos akan bersama-sama dengan Datuk Ziela Jalil, Anne Abdullah dan Liza Abdullah dalam berkongsi rasa dan erti kemerdekaan.

La Tahzan Istimewa Merdeka bersama Abby Fana dan Faizal Ismail akan membincangkan tajuk Merdekakah Kita tepat jam 9 malam, 31 Ogos akan datang.

Assalamualaikum Khas Merdeka dan Hari Malaysia siaran 31 ogos dan 16 September, jam 7 hingga 9.30 pagi pula akan membawa tema Malaysia Prihatin dari sudut pandang Al-Quran. Turut dimuatkan juga panggilan menerusi aplikasi Skype bersama frontliner dan karyawan yang terkesan dek COVID-19.
Selamat menonton dan ayuh raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bersama TV AlHijrah.
Hayati Sambutan Kemerdekaan di TV AlHijrah
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
Sarjan dipecat: Jangan masuk campur urusan tentera Gempar! Armada UFO melintasi langit Tennessee, Amerika Syarikat Amerikat Syarikat biayai Taliban Jangan Ganjiong, Tan Boon Heong kata kepada Najib Resepi Murtabak Maggi Terlajak Viral Azmin bakal jadi TPM, kata sumber Bekas CEO 1MDB mengaku pindah wang tanpa kebenaran It’s cheaper to buy a car in Singapore than Malaysia TMJ mahu tinggalkan JDT? Former Miss Universe Malaysia refuses to wear ‘face diaper’ Kerajaan BN atau PN? Jenamakan semula kerajaan baharu! Layari Laman Facebook MYKMU
Presiden Cuepacs kata Penjawat Awam tolak vaksin bukan satu kesalahan

The post Hayati Sambutan Kemerdekaan di TV AlHijrah appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/25/hayati-sambutan-kemerdekaan-di-tv-alhijrah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gadis Tiktok Diserang 400 Lelaki Pakistan Sangap Sampai Pakaian Koyak Rabak Ketika Sambutan Hari Kemerdekaan

Gadis Tiktok Diserang 400 Lelaki Pakistan Sangap Sampai Pakaian Koyak Rabak Ketika Sambutan Hari Kemerdekaan

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 790 hits
Gadis TikTok diserang 400 lelaki Pakistan Sangap sampai pakaian koyak rabak ketika sambutan Hari KemerdekaanViral di media sosial video dari Lahore Pakistan menunjukkan ratusan lelaki menyerang seorang gadis di monumen nasional Minar e Paki...
Hiburan Kuiz Selebriti Yang Akan Menemani Anda Pada Sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke 64 Secara Virtual

Hiburan Kuiz Selebriti Yang Akan Menemani Anda Pada Sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke 64 Secara Virtual

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 275 hits
Kalau sebelum negara dilanda wabak COVID 19 rasanya mesti sekarang ini ramai yang tidak sabar untuk keluar melihat bunga api besar besaran tepat jam 12 malam pada 31 Ogos di KLCC kan ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementSelain itu perarakan di Da...
Bulan Kemerdekaan Tiba Cara Pemasangan Bendera Yang Betul

Bulan Kemerdekaan Tiba Cara Pemasangan Bendera Yang Betul

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 783 hits
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat sahabat Naim doakan semua sihat belaka dan di dalam rahmat Ilahi Insha Allah Tinggal empat hari lagi kita semua akan menyambut Hari Kemerdekaan di musim Pendemik Covid 19 Tema Kemerdeka...
Misi Kemerdekaan Ziyad Di Paralimpik Tokyo

Misi Kemerdekaan Ziyad Di Paralimpik Tokyo

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 192 hits
Jaguh olahraga para kebangsaan Muhammad Ziyad Zolkefli mempunyai misi istimewa untuk dilunaskan buat negara tercinta Sukan Paralimpik Tokyo kali ini Selain mempertahankan pingat dimenanginya di Rio 2016 Muhammad Ziyad yang bersaing dalam ac...
1 Buku 1 Inspirasi Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia

1 Buku 1 Inspirasi Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 264 hits
Kita semua adalah rakyat Malaysia Inilah ikatan yang menyatukan kita Marilah kita selalu ingat bahawa perpaduan adalah kekuatan asas kita sebagai rakyat dan sebagai Bangsa Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri pertama Mala...
Jom Semarakkan Semangat Kemerdekaan Di Kediaman Kita

Jom Semarakkan Semangat Kemerdekaan Di Kediaman Kita

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 396 hits
Assalamualaikum Hi korang Dah gantung bendera Tak lama lagi kita nak sambut Merdeka kan Bangun pagi SA dah keluar depan rumah tengok apa yang patut eh x perasan Pak Zain dah gantung bendera tahun ni lorang rumah SA ni x meriah sambutan loro...
Sambut Kemerdekaan Dengan Neratif Baru Usah Kisahkan Komunis Lagi

Sambut Kemerdekaan Dengan Neratif Baru Usah Kisahkan Komunis Lagi

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 123 hits
PROF DATUK DR MOHAMAD AGUS YUSUFFMengapakah setiap tahun kita menyambut hari kemerdekaan dengan membincangkan soal komunis Apakah komunis yang menjajah kita Kita dijajah oleh British bukannya komunis Jadi apa kaitannya komunis dengan kemerd...
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 64 Tahun

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 64 Tahun

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 297 hits
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 64 TAHUN pada tahun ini Sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini walaupun disambut dengan SOP The post appeared first on
Kuiz Kemerdekaan Jom Uji Pengetahuan Tentang Malaysia Dengan Jawab Soalan

Kuiz Kemerdekaan Jom Uji Pengetahuan Tentang Malaysia Dengan Jawab Soalan

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 858 hits
Sejauh mana pengetahuan anda tentang Malaysia dan kemerdekaan Malaysia yang mendatang ini Jom uji sendiri dengan jawab kuiz di bawah Antara soalan yang dikemukakan untuk anda menjawab Terdapat 25 soalan kesemuanya di akhir kuiz boleh nilai ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan