Hatiku Hancur Memikirkan Antara Isteri Dan Kekasih


 




``BAGAIMANA agaknya saya hendak memulakan kisah hidup saya ini kerana saya bukanlah seorang penulis mahupun pengarang. Lebih-lebih lagi insan seperti saya ini yang bernama lelaki kebiasaannya kita sering membaca kisah penderitaan seorang perempuan atau wanita. Namun kisah saya ini agak lain daripada yang lain kerana saya seorang lelaki yang membuat hal dan menyebabkan derita seorang isteri.'' Demikian cerita Amran dalam e-mel yang dihantar kepada penulis.

``Walaupun saya lelaki, tetapi Di Celah-Celah Kehidupan (DCCK) ini merupakan antara tatapan kegemaran saya setiap pagi Ahad. Dari situ saya dapat banyak pengalaman dan tidak kurang juga terkejut dengan apa yang berlaku dalam masyarakat kita di Malaysia ini. Dan saya kadang-kadang mentertawakan kisah-kisah dalam ruangan ini kerana rasa-rasanya tidak terfikir kejadian yang diceritakan itu akan berlaku dalam masyarakat kita, malangnya kini ia terjadi jua dalam hidup saya. Tidak saya sangka.
``Seperkara lagi saya tak cerewet fasal makan, saya telan apa saja yang Julia masak. Dan saya tak pernah meminta dia masak makanan kegemaran saya, sebab saya kesiankan dia yang terpaksa bekerja dan memasak bila balik rumah. Kerana tak cerewet inilah juga saya jadi kesayangan ibu mentua saya. Dia suka saya tak memilih makanan, apa dia masak semua saya kata sedap. Sebab memang sedap pun.``Keluarga saya pun menerima Julia dengan tangan terbuka dan tiada masalah dan Julia juga pandai menjaga hati ibu saya hinggakan ibu saya sanggup tinggal bersama kami untuk menjaga anak kami semasa kami bekerja. Begitu baik Julia kepada ibu saya.

``Malangnya dalam pada bahagia itu ribut tetap datang menguji cinta kami. Segala-galanya bermula dua tahun lepas apabila saya menyambung pelajaran di sebuah IPTA di utara tanah air. Pada awalnya kami sama-sama menerima tawaran melanjutkan pelajaran, namun demi anak, Julia sanggup berkorban menolak tawaran tersebut. Sebaliknya dia menggalakkan saya supaya belajar demi masa depan keluarga kami juga. Dan katanya, kalau ada kelapangan dia akan menyambung belajar secara luar kampus pada hujung minggu tanpa meninggalkan kerja dan anak.

``Katanya, kalau kami sama-sama belajar tentu menyulitkan hidup kami kerana ekonomi kami akan goyang. Semasa belajar Julia berkorban wang ringgit, tenaga dan masa serta menjaga anak-anak sendirian, saya cuma pulang hujung minggu atau dua minggu sekali.``Kerana jarak perjalanan yang jauh Julia sanggup membelikan saya sebuah kereta untuk memudahkan saya belajar. Segala-galanya berjalan lancar walaupun Julia sering disogokkan dengan cerita-cerita kurang baik bila suami melanjutkan pelajaran oleh teman-teman pejabatnya. Namun saya juga meyakinkan Julia selama berada di IPTA tidak pernah pun saya lihat anak-anak dara terhegeh-hegehkan saya, senyum pada saya pun tak pernah. Sebab mereka tahu saya dah kahwin dan waktu itu dah ada dua orang anak.``Entah macam mana dalam diam-diam saya tertarik dengan seorang pelajar perempuan, dia cantik, menarik, pandai bergaya, Norlie namanya, dia menjadi rebutan ramai lelaki, bukan sahaja di kalangan pelajar malah pensyarah dan businessman pun tertarik padanya. Tapi tak seorang pun yang dilayannya. Mungkin dia sedar dia memiliki semuanya maka dia tak perlu lelaki lain. Lebih menarik lagi masih belajar dia pakai kereta mewah.

``Satu hari Norlie menegur saya katanya, berapa orang anak saya, dalam tergamam saya terus kata, dua orang. Dari jelingan matanya saya tahu dia sukakan saya bukan pelajar bujang yang tergila-gilakannya. Sejak itu kami sering berada dalam satu kelas yang sama. Dan saya boleh tahu tudungnya jenis apa, warna apa, begitu juga pakaian, kasut dan pen yang digunakannya. Bila saya tanya, mengapa tak pakai tudung yang dipakainya seminggu lalu, dia terkejut, kerana saya tahu semuanya.

``Persahabatan kami menjadi lebih erat. Dan boleh dikatakan kami sering juga keluar makan bersama. Walaupun baru berkawan rapat, tetapi saya rasa macam kami sudah lama kenal. Dalam pertemuan itulah baru terbongkar cerita bahawa Norlie sebenarnya ibu tunggal beranak satu, anaknya dah berusia empat tahun dan perkahwinannya tidak dapat bertahan lama. Dia bercerai apabila anaknya berusia setahun. Sebab itu dia melanjutkan pelajarannya ke universiti.``Katanya, penceraiannya kerana campur tangan ibu mentuanya kerana itu hingga kini dia masih berbaik dengan bekas suaminya. Dan masing-masing tak kahwin walaupun sudah tiga tahun berlalu. Mendengarkan kisahnya saya bersedia menjadi orang tengah untuk menjodohkan mereka kembali. Tapi yang saya hairan bentuk badannya tak menunjukkan dia pernah kahwin, malah nampak muda daripada usianya. ``Sejak berbaik saya sering keluar makan malam dengannya, dan setiap hujung minggu saya akan pulang menemui isteri dan anak saya, semakin saya rapat dengan Norlie semakin kerap saya pulang ke rumah. Entah kenapa.``Tetapi semakin kerap saya balik, semakin rasa bersalah dan berdosa saya kepada Julia semakin menjadi-jadi. Saya sentiasa mengharapkan hubungan kami tidak serius sebab saya rasa berdosa dengan pengorbanan yang dicurahkan oleh Julia kepada saya selama ini. Semakin saya rasa terlalu sayang kepada Julia, perasaan kasih saya terhadap Norlie juga menjadi-jadi hebatnya.

``Bila saya ceritakan kepada Norlie saya jadi lebih terkejut bila dia beritahu dia sanggup menjadi isteri kedua saya. Dan sudah pastilah saya tidak akan melepaskan peluang itu, saya takkan turn-back dan dia pun begitu juga sanggup menghadapi apa juga halangan bersama. Dan saya percaya lelaki lain di tempat saya pun akan buat perkara yang sama.``Selepas enam bulan bercinta, rahsia saya terbongkar. Julia dapat kesan hubungan kami, maka berlakulah perang besar antara kami. Tapi Norlie semakin tegas sanggup bermadu. Dan dia tak salahkan Julia, sudah tentulah Julia akan pertahankan haknya. Kedua-dua belah keluarga kami tidak berani campur kerana mereka terkejut dengan apa yang berlaku. Mereka tak sangka saya sanggup musnahkan rumah tangga sendiri.

``Dalam pada itu setiap kali saya balik ke rumah, saya nampak wajah Julia menghadapi penderitaan yang amat teruk, dia kecewa kerana kesetiaan, cinta, kasih sayang dan pengorbanannya selama ini telah saya khianati. Pernah berhari-hari dia tak makan. Setelah puas menangis dan hampir seminggu lebih tidak menjamah nasi, dia mula agak normal kembali biarpun hati telah punah-ranah.

``Julia merayu saya agar memikirkan rumah tangga dan anak-anak kami. Dan dia juga merayu supaya saya fikirkan niat saya nak berpoligami kerana dia tak sanggup, sebaliknya dia sanggup bersendirian dengan anak-anak daripada berpoligami.

``Dalam pada itu tanpa diketahui Julia telah menghubungi Norlie dan berbincang, dia merayu Norlie supaya lupakan saya. Norlie menjawab dia akan fikirkan. Tetapi bila sampai di kampus tentu anda boleh fikirkan apa yang kami lakukan.``Julia percaya dengan janji Norlie tetapi cinta antara kami begitu kuat dan kami tidak boleh melupakannya terus. Julia kecewa dan sentiasa mencari salahnya, saya katakan bahawa dia tak bersalah, yang salah adalah saya sebab telah berlaku curang.

``Masalah bertambah parah apabila Norlie pula membuat keputusan tidak mahu berkongsi dan sanggup terima saya dan anak-anak jika saya bercerai dengan Julia. Bertambah gelap fikiran saya memikirkannya tetapi saya sudah menjangkakan ia akan berlaku. Dalam pada itu keluarga Norlie menasihatkan saya berundur, kerana saya tidak ada masalah dengan Julia. Keluarganya boleh terima anaknya bermadu sekiranya saya benar ada masalah dengan isteri saya dan tidak mempunyai anak.

``Sebelum cuti semester baru-baru ini, Norlie sekali lagi memberi kata dua kepada saya bahawa dia bersedia berkahwin dengan saya tapi bukan bermadu. Saya betul-betul tertekan. Di rumah Julia sudah mula dapat menerima saya kerana tidak menampakkan ikatan saya dengan Norlie. Hasilnya rumah tangga kami kembali bersinar lebih-lebih lagi menjelang Adilfitri lalu, mana ada insan yang ingin menderita di Aidilfitri. Tapi sebenarnya hati saya amat menderita kasihkan isteri tapi hati terpaut pada yang satu lagi.

``Tambah menyakitkan hati selepas memberi kata dua, Norlie terus tidak dapat dihubungi mungkin dia menukar nombor telefonnya. Mungkin juga dia telah dibrainwash oleh keluarganya untuk melupakan saya. Entahlah! Kalau betul Norlie mengikut kata keluarganya dia boleh berterus terang, saya boleh lupakan dia walaupun hati ini terseksa. Dia tahu saya sengsara tanpa dia.

``Kesimpulannya, biar apa pun yang akan berlaku, pasti ada tiga hati yang kecewa. Norlie, Julia dan saya. Hati Julia lebih hancur kerana saya mengkhianatinya, tak tahulah bila akan terubat mungkin sampai mati dan yang pasti hati saya sendiri juga hancur kerana tidak dapat memiliki Norlie kerana saya tidak sanggup berpisah dengan Julia. Pada saya semua ini akan selesai sekiranya saya berpoligami tetapi hanya hati saya saja yang terubat dan tidak mungkin pada hati Julia dan hati Norlie dan saya juga percaya perkara itu tidak akan terjadi biarpun saya amat mendambakannya. 

``Kesudahannya saya juga akan kecewa selama-lamanya kerana saya amat menyintai Norlie dan tetap menyintai isteri saya. Dan saya akan mati terkilan tidak dapat memiliki kedua-duanya. Namun terpulanglah kepada pembaca untuk menilainya dan bagi saya cinta itu terlalu agung. Tak bolehkah saya menyintai dua orang wanita pada waktu yang sama? ``Saya tidak boleh menipu diri saya. Apakah saya ini tamak? Adakah cinta yang suci itu tidak boleh bersatu? Saya pun tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini terhadap rumah tangga dan hubungan cinta saya. Mungkin ada jalan penyelesaiannya yang terbaik daripada anda semua untuk membantu saya. 

``Tapi yang jelas saya sayang dan amat kasihkan kedua-dua wanita ini. Saya akan menderita jika hanya dapat hidup dengan salah seorang daripada mereka saja.'' Demikian cerita Amran tentang cinta tiga segi yang dilaluinya.

Sebenarnya inilah yang sering dilalui oleh suami yang ingin bercinta lagi. Bukan Amran seorang saja. Namun Amran harus ingat dalam hidup ini kita tidak boleh dapat semua yang kita cita-citakan kalau target 10 dapat lima pun dah cukup baik. Dan dalam kes anda kalau dah merosakkan dua hati, anda terpaksalah membuat pilihan dengan lebih bijak. Namun pembaca mungkin ada pandangan lain. - Maimunah.

Kredit : Utusan Malaysia

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/04/hatiku-hancur-memikirkan-antara-isteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Remy Ishak Pertahankan Isteri Bila Dibuli Netizen Puas Hati Lakonan Dalam Jangan Menangis Cinta

Remy Ishak Pertahankan Isteri Bila Dibuli Netizen Puas Hati Lakonan Dalam Jangan Menangis Cinta

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 212 hits
Meskipun konflik antara mereka pada awalnya terjadi namun netizen semakin puas hati melihatkan kedua dua watak tersebut yang akhirnya bahagia dengan dunia sendiri Namun begitu netizen semakin emosi dengan pihak keluarga Zafran yang membuli ...
Selepas Isteri Tmj Pula Bersuara Untuk Adik Bella

Selepas Isteri Tmj Pula Bersuara Untuk Adik Bella

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 211 hits
Sebelum ini isteri TMJ sudah pun bersuara mengenai kes melibatkan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun yang didakwa telah mengabaikan serta menganiaya remaja Down Syndrome iaitu Bella hari ini Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris pula bersuar...
Angkara Cemburu Lelaki Belasah Isteri Guna Kayu

Angkara Cemburu Lelaki Belasah Isteri Guna Kayu

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 125 hits
Polis berkata susulan serangan itu mangsa cedera di bahagian kepala dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Enche Hajjah Khalsom PETALING JAYA Angkara cemburu seorang lelaki tergamak membelasah isterinya dengan batang kayu sehingga men...
Saya Akan Lakukan Dengan Kuasa Isteri Tmj Mahu Bantu Bella Tuntut Keadiian

Saya Akan Lakukan Dengan Kuasa Isteri Tmj Mahu Bantu Bella Tuntut Keadiian

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 222 hits
Perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun menjadi semakin panas apabila salah seorang barisan peguambela memuat naik sekeping foto bersama anak guamnya itu di laman Twitter Foto tersebut membuatkan warganet kurang senang apatah lagi ...
Seronok Sambut Ramadan Pertama Sebagai Suami Haqiem Rusli Masuk Dapur Memasak Dengan Isteri

Seronok Sambut Ramadan Pertama Sebagai Suami Haqiem Rusli Masuk Dapur Memasak Dengan Isteri

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 359 hits
PERTAMA kali menyambut Ramadan sebagai suami penyanyi Haqiem Rusli mengakui teruja kerana dapat menunaikan ibadah puasa bersama isteri tercinta iaitu Wan Anis Sofea Wan Zamzuri Menurut Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli dia me...
Syukur Isteri Kandungan Sihat Baru Reda Apendiks Uyaina Alami Keradangan Dinding Rahim Pula

Syukur Isteri Kandungan Sihat Baru Reda Apendiks Uyaina Alami Keradangan Dinding Rahim Pula

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 139 hits
Selepas selesai pembedahan apendiks disebuah pusat perubatan di Shah Alam pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berdepan masalah keradangan pada dinding rahimnya pula Bagi menghilangkan rasa sakit itu kata Uyaina di Insta Storynya dia terpaks...
Lepas Beberapa Hari Nikah Suami Dilaporkan Hilang Isteri Kedua Mengaku Bunuh Suami Tanam Bawah Katil

Lepas Beberapa Hari Nikah Suami Dilaporkan Hilang Isteri Kedua Mengaku Bunuh Suami Tanam Bawah Katil

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 142 hits
Misteri kehilangan seorang lelaki dari Iran akhirnya terjawab selepas pihak polis menemui mayat manusia yang ditanam di bawah katil Lebih mengejutkan apabila mengetahui mangsa yang dilaporkan hilang selama setahun itu sebenarnya telah dibun...
Demi Isteri Minat Bintang K Pop Si Suami Sanggup Pasang Sepanduk Video

Demi Isteri Minat Bintang K Pop Si Suami Sanggup Pasang Sepanduk Video

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 146 hits
Demi Isteri Minat Bintang K Pop Si Suami Sanggup Pasang Sepanduk VIDEO JAKARTA Seorang suami di Indonesia mendapat pujian ramai apabila menyokong minat si isteri yang begitu meminati penyanyi K pop dengan memasang sepanduk khas di halaman r...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas