Hati Seorang Doktor


Hati Seorang Doktor Berdepan Dengan Pesakit Covid 19 
Dr Ahmad Luqman Bukhari

"Doktor, tolonglah. Saya merayu sangat sangat ni. Benarkan saya balik dulu. Kalau susah nafas lagi saya janji saya datang balik."

Pesakit depan aku ni datang ke bahagian kecemasan sebab sukar bernafas.

Awal tadi dia maklumkan dadanya terasa sempit, seolah olah dia sedang berada di kawasan aras tinggi yang mana kandungan oksigen dalam udaranya makin menipis.

Selepas dipakaikan 'face mask oxygen' menutupi hidung dan mulutnya, barulah pernafasannya terasa lancar.

Detail sejarah pesakit diambil, physical examination, blood investigation dan juga pemeriksaan xray dada dilakukan.

Hasilnya setelah perbincangan dengan pakar perubatan, kami memutuskan lelaki awal 40 an ini kemungkinan besar antara yang dijangkiti penyakit Covid19.

Dia perlu ditahan untuk pemeriksaan lanjut dan mesti dimasukkan ke wad isolasi khas bagi penyakit berjangkit untuk proses rawatan.

Sebaik saja keputusan tu dimaklumkan kepadanya, terus dia merayu-rayu mohon supaya tak dimasukkan ke wad.

"Saya ada isteri dan anak anak di rumah. Paling kecil baru je umur 6 bulan. Dah 2 minggu saya tak kerja doktor. Saya kena usaha lagi carikan makanan untuk family saya.

Saya tak boleh duduk kat sini doktor. Tolonglah faham."

Matanya dah berkaca. Aku tahu dia sedang berusaha menahan tangisan.

Serius aku pun jadi sebak sama. Mujur pakai face shield. Bolehlah cover sikit.

Aku faham sangat apa yang dia nak sampaikan.

Dia ketua keluarga sama macam aku.

Benda paling utama yang berlegar di fikiran kami ialah bagaimana nak pastikan ahli keluarga terus survive pada saat saat sukar begini.

Bagaimana nak pastikan ada sedikit makanan dapat diletak atas meja makan di rumah sana.

Bagaimana nak pastikan semua ahli keluarga terus kekal selamat di dalam rumah.

Malangnya permintaan tu tak dapat aku tunaikan. Pesakit ni wajib ditahan terlebih dulu demi kebaikan masyarakat yang lebih besar di luar.

Pahit untuk ditelan tapi itulah realiti yang sedang berlaku ketika ini.

Hampir semua pesakit yang datang ke hospital waktu kritikal ni bukan atas kemahuan. Mereka terdesak kerana benar benar perlukan bantuan.

Namun kerapkali ia berakhir dengan sebuah perpisahan.

Antara ketua keluarga dengan ahli keluarga yang lain.

Antara ibu dengan anak.

Antara suami dengan isteri.

Dan jika penyiasatan lanjut menunjukkan keputusan positif, maka perpisahan itu hanya akan berakhir melalui 2 cara sahaja.

Pesakit sembuh sepenuhnya lalu berpeluang untuk kembali memeluk semua kesayangannya.

Atau ianya berakhir dengan sebuah kematian yang menatijahkan perpisahan kekal buat selamanya.

Sebab itu suka atau tak, kita sebenarnya kena terima hakikat bahawa dah tak ada jalan lain yang terbentang di depan melainkan kita semua wajib menangi peperangan ini.

Kawan-kawan,

Kalian mesti terus kuat.

Usahalah untuk terus kekal bertahan di balik dinding rumah dan kami akan cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik di baris depan.

InsyaAllah.

Dr Ahmad Luqman Bukhari,
Kita wajib menang!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mimbarkata.blogspot.com/2020/04/hati-seorang-doktor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekeluarga Positif Covid 19 Ini Luahan Hati Doktor Pakar Kecemasan Buat Ramai Sayu

Sekeluarga Positif Covid 19 Ini Luahan Hati Doktor Pakar Kecemasan Buat Ramai Sayu

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 224 hits
KETIKA rakan setugas mengerah keringat sebagai petugas di barisan hadapan Dr Samsu Ambia Ismail pula tidak dapat turut serta kerana dikuarantin di wad Hospital Teluk Intan Perak selepas disahkan positif jangkitan wabak koronavirus baharu Se...
7 Doktor Kemalangan Dalam Perjalanan Tugas Covid 19 Seorang Maut Bersama Bayi

7 Doktor Kemalangan Dalam Perjalanan Tugas Covid 19 Seorang Maut Bersama Bayi

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 388 hits
Seorang doktor bersama anaknya berusia sembilan bulan maut manakala tujuh yang lain cedera apabila van dinaiki terbabas di Kilometer 11 Jalan Gua Musang Kuala Krai dekat Kampung Renok Baru Gua Musang Menurut laporan Harian Metro kejadian be...
Pusat Kuarantin Luahan Hati Seorang Pegawai Daerah

Pusat Kuarantin Luahan Hati Seorang Pegawai Daerah

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 214 hits
SAYA terdetik menulis catatan ini apabila melihat video bagaimana kerajaan India mengendalikan warganegara Malaysia di stesen kuarantin negara India Dalam masa yang sama saya pula menimba pengalaman baru mengetuai operasi Stesen Kuarantin d...
Berjam Jam Pakai Berbalut Macam Lepat Pisang Kau Banggakan Aku Luahan Abang Seorang Doktor

Berjam Jam Pakai Berbalut Macam Lepat Pisang Kau Banggakan Aku Luahan Abang Seorang Doktor

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 276 hits
Sedihnya bila baca pengakuan ini Dari seorang abang untuk adiknya yang merupakan seorang doktor Yang kini sedang bertugas memerangi wabak koronavirus Dari awalnya si abang menceritakan kisah mereka semasa kecil sehingga adiknya berjaya mela...
Mesej Pesanan Larangan Pergi Ke Pasar Seksyen 6 Oleh Para Doktor Hsa Adalah Palsu

Mesej Pesanan Larangan Pergi Ke Pasar Seksyen 6 Oleh Para Doktor Hsa Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 259 hits
SEBENARNYA Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia pesanan mesej tersebut adalah palsu SUMBER Facebook Rasmi KKM MAINKAN PERANAN ANDA Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang mel
Doktor Unjur 1 6 Juta Rakyat Perancis Mungkin Dijangkiti Covid 19

Doktor Unjur 1 6 Juta Rakyat Perancis Mungkin Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 228 hits
Lebih 1 6 juta daripada 67 juta rakyat Perancis mungkin sudah dijangkiti Covid 19 sehingga kini unjuran yang dibuat kesatuan pengamal perubatan MG France berdasarkan laporan doktor Kesatuan itu dalam satu kenyataan berkata seramai 2 048 ahl...
Belum Selesai Virus Corona Muncul Hantavirus Di China Seorang Pria Dilaporkan Meninggal Dunia

Belum Selesai Virus Corona Muncul Hantavirus Di China Seorang Pria Dilaporkan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 452 hits
Belum selesai virus corona atau Covid 19 muncul wabah Hantavirus di China Diketahui Hantavirus menewaskan seorang pria asal Yunnan di China Di tengah pandemi pembunuh koronavirus yang menciptakan ketakutan dunia virus mematikan lain Hantavi...
Siasati Pandemi Unkris Gelar Ujian Kandidat Doktor Secara Daring

Siasati Pandemi Unkris Gelar Ujian Kandidat Doktor Secara Daring

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 166 hits
Ujian Hasil Penelitian dilaksanakan tepat jam 11 00 Wib dengan terlebih dulu diminta kandidat doktor untuk memaparkan naskah disertasinya dan untuk selanjutnya dikakukan proses ujian tanya jawab oleh para penguji
Pentingnya Ketua Sekolah Yang Hebat Tanda Ingatan Buat Seorang Pengetua

Pentingnya Ketua Sekolah Yang Hebat Tanda Ingatan Buat Seorang Pengetua

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 365 hits
Hari nih keluar throwback di Facebook tentang satu artikel yang saya pernah tulis pada Mac 2016 Iaitu hari terakhir Pengetua ketiga saya di SMK Jerlun Puan Rogayah Talib yang kini bergelar Datin Saya tulis kerana saya rasa banyak pengajaran...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner