Hati Perlahan Terhiris


Hati Perlahan Terhiris

Percayakah kamu bahawa puisi adalah cermin yang menghiris-hiris hati?
Apalah yang ada dalam sebuah nukil puisi - hanya bahasa dan kata-kata. Tak ada lakar atau warna. Tak ada suara atau denyut bunyi. Tak ada lenggok gerak atau nyanyi dikir indah. Tetapi puisi sebenarnya segala itu. Ada gerak ada kata ada tari lenggok indah dan dikir nyanyi. Ada gelap dan terang warna. Gumpal cahaya dan terik emosi - berladung dalam puisi.

Kerana itulah bila SN Usman Awang menulis bahasanya mengalir perlahan. Kata-katanya merayap dan mencengkam dengan guris dan cakar emosi. Tiada kata yang terbiar tanpa makna dan kerlip kata yang menghujam seret emosi. Setiap kali membaca puisi SN Usman Awang setiap detik emosi kita tercabar dan rasa terpikat akan memikat perlahan-lahan. Kita tidak bisa tembus dari kepung bahasa yang menghujahkan kata-kata dan emosi segar.
Akhirnya hari perlahan terhiris ....Itulah warna dari puisi-puisi Usman Awang

Barangkali ramai yang merasakan sukarnya memahami puisi dan payahnya meneroka ke dalam laut dan gelora kata-kata terhidang. Tetapi tidak begitu bagi SN Usman Awang beliau tidak memaksa kita memahami puisinya tetapi secara perlahan-lahan mengusik kita untuk menjejaki kata-kata yang dihidangkan. Terlalu santun dan indah bahasanya serta terlalu sederhana mengocak makna tapi meninggalkan kesan emosi yang  mendalam.

Baca saja puisi ini. Mata Ayah. Sebuah nukil karya yang bercermin tentang manusia dan kehidupan. Ia adalah milik semua kerana setiap kita ada seorang ayah atau kita menjadi ayah kepada seorang anak. SN Usman Awang sebenarnya mahu kita memerhati diri kita sendiri dan menatap mata kita sendiri. Mengerti emosi dan batin sendiri sebelum melurus dan membelai emosi orang lain. Ia mengajak kita menjadi anak, menjadi ayah  dan bertukar peranan semahu diri kita tetapi di penghujungnya kita akan dirempuh oleh kebanjiran rasa terhiris dan gundah yang sangat mengitari hati

Mata Ayah 
Kujabat mesra tangan ayahUrat-urat daging-daging tua keras terasaMataku tersenyum, matanya menyapaAnak yang pulang disambut mesra.
Tapi matanya, mata yang menatapkuKolam-kolam derita dan pudar bulan pagiGaris-garis putih lesu melingkungi hitam-suramSuatu kelesauan yang tak pernah dipancarkan dulu.
Kelibat senyum matanya masih jua ramahAkan menutup padaku kelesuan hidup sendiriBagai dalam suratnya dengan kata-kata siangMemintaku pulang menikmati beras baru.
Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulahmerasakan kepedihan yang tercermin di mataMeski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wudukDan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.
~Usman Awang\
Bermula dengan pertemuan yang dianggap hanya biasa antara ayah dan anak. Pertemuan pada mulanya begitu biasa dan sederhana bagi sang anak tetapi ia sudah menjadi satu detik rangkuman emosi yang begitu sarat dan hiba bagi seorang ayah. Segala yang membingkas dalam emosi sang ayah tidak terlihat pada garis wajah dan mata ayah kerana itu bagi sang anak kepulangan ini biasa dan dapat bertemu ayah. Bagi sang ayah pertemuan ini adalah dakap utuh seoranag ayah terhadap sang anak. Sambutan yang mesra dirasakan oleh seorang anak sebenarnya sambutan yang sangat menekan emosi dan lubuk kalbu sang ayah. Tiada cerita gundah dibibir ayah. Tiada kata kesal dan hiba yang berlegar. Tiada getar emosi yang terlahir dari ungkap tetapi dalam tatap mata ayahnya tersimpan segumpal emosi yang amat mendalam dan menggelora. Menghadapi ketuaan dalam daif dan kesendirian tanpa sebarang sapa dan bantu sang anak. Hidup dalam usia tua menahan sepi dan gelisah tanpa siapa memberi perhatian. Segala itu mula meledak dalam tatap ayah dan sang anak mula merasa suatu yang semakin mengheret jiwanya.

Tapi matanya, mata yang menatapkuKolam-kolam derita dan pudar bulan pagiGaris-garis putih lesu melingkungi hitam-suramSuatu kelesauan yang tak pernah dipancarkan dulu.
Semua itu mencampakkan sang anak ke sudut jiwa yang sangat menghiris. Bayangkanlah jika kita siu anak itu atau kita si ayah citu bagaimana rasa beban jiwa yang menghuni batin. Bahasa SN Usman Awang cukup halus memaut kita untuk lebih terhiris.

Anaknya mula memahami akan kelesuan hidup, kesepian, kehilangan dan kesendirian yang dialami sang ayahnya. Tiada lain cara untuk memanggil anaknya pulang hanya dengan berharap anaknya dapat merasakan beras baru. Tetapi sang anak mula mengerti kepulanmgan ini bukan untuk beras baru tetapi panggilan jiwa sang ayah agar anaknya kembali dan melihat sendiri sang ayah yang dibiarkan merana dan hidup sendiri. Merasai jiwa dan hati bagaimana kehidupan mamaut sunyi sambil menghabiskan usia tua itu. Melihat sendiri akan kekosongan hidup selain sawah dan beras baru. Sekali lagi kita akan dihimpit kepiluan akan disamabar kepedihan dengan nasib dan  warna jiwa sang ayah. Kita mula merasa serba salah gelisah dan hiba kerana setiap dari kita mungkin anak itu atau mungkin juga ayah itu

Puisi adalah bahasa yanag bernyanyi. Nyanyi puisi SN Usman Awang mengocak rasa meledak tangkai emosi. apa lagi apabila puisi ini diakhirkan dengan sang ayah masih meletakkan segala sulit dan sukar hidup ini sebagai nasib dirinya :

Meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wudukDan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.

Luka dan pilu yang dialami adalah nasib dirinya. Ia sudah menjadi sebahagian dari dirinya./ Bukan silap sang anak yang tidak pulang atau memerhati nasibnya tetapi sang ayah menerima takdir bahawa segala pilu itu memang menjadi miliknya.

Demikianlah bahasa sebuah puisi dalam tajam makna dan lakar kata
hatri perlahan terhiris






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mimbarkata.blogspot.com/2019/12/hati-perlahan-terhiris.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masuk 6 Bulan Anak Kurang Menyusu Ibu Jangan Susah Hati Nutrisi Masih Cukup

Masuk 6 Bulan Anak Kurang Menyusu Ibu Jangan Susah Hati Nutrisi Masih Cukup

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 526 hits
Bayi akan menyusu sepenuhnya dengan susu ibu sepanjang tempoh tumbesarannya selama enam bulan Selepas itu dia akan diperkenalkan dengan makanan lain seperti puri dan bubur Keperluan nutrisi bayi kini tidak hanya bergantung kepada susu ibu t...
Aduh Aduh Laki Aku Reaksi Eyra Hazali Suami Dibentes Atas Padang Cuit Hati Netizen

Aduh Aduh Laki Aku Reaksi Eyra Hazali Suami Dibentes Atas Padang Cuit Hati Netizen

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 475 hits
Eyra Hazali dan penjaga gol skuad bola sepak bawah 23 tahun Muhammad Haziq Nadzli telah selamat diijabkabulkan pada 1 November yang lalu Namun pasangan ini terpaksa menangguhkan bulan madu kerana Haziq terpaksa bermain untuk Sukan Sea mewak...
Kami Tak Tahan Dengan Mak Suruh Bini Kau Je La Jaga Tanpa Suami Sedar Isterinya Makan Hati Mula Berubah

Kami Tak Tahan Dengan Mak Suruh Bini Kau Je La Jaga Tanpa Suami Sedar Isterinya Makan Hati Mula Berubah

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 599 hits
Di Klinik Psikiatri Wanita ini sudah beberapa kali saya jumpa Masih muda bertudung bawal berkulit putih dia memang sedap mata memandang Kali ini dia hadir dengan suaminya Kurus tinggi berkulit sawo matang rambut ikal dan gigi depan berluban...
Bila Benci Hati Ustaz Pun Celaru

Bila Benci Hati Ustaz Pun Celaru

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 218 hits
OLEH FAHMI HAZIZANBila hati dah BENCI title ustaz pun belum tentu boleh buat pertimbangan yang betul bukan nak aibkan ustaz selebriti nie tapi nak tunjukkan pasal HATI kat korang Masa tahun 2013 ustaz ada kat mana erk
Hati Hati Dengan 3 Perkara Ini Terutama Pada 3 Bulan Pertama Kehamilan

Hati Hati Dengan 3 Perkara Ini Terutama Pada 3 Bulan Pertama Kehamilan

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 353 hits
Trimester pertama fasa kehamilan bermula daripada saat persenyawaan sperma dan ovum sehingga minggu ke 12 Pada ketika ini perkembangan embriologi sedang berlaku bagi membentuk fetus yang sihat Kebiasaannya si ibu akan mengalami simptom awal...
Tersentuh Hati Dengan Ucapan Seorang Bekas Suami

Tersentuh Hati Dengan Ucapan Seorang Bekas Suami

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 578 hits
sampai meleleh airmata makcik Semoga keluarga ini akan terus berada dalam rahmat dan kasih Ilahi InsyaAllah Aamiin
Bumil Hobi Konsumsi Teh Hati Hati Ternyata Ada Dampak Berbahaya Jika Berlebihan Porsinya

Bumil Hobi Konsumsi Teh Hati Hati Ternyata Ada Dampak Berbahaya Jika Berlebihan Porsinya

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 246 hits
Padahal tiap pagi minum teh Makan di luar pun seringnya ketemu es teh atau teh hangat Apa nih bahayanya saat hamil
10 Kalimat Ajakan Nakal Yang Kerap Dilontarkan Cowok Hati Hati Jadi Dewasa Lo

10 Kalimat Ajakan Nakal Yang Kerap Dilontarkan Cowok Hati Hati Jadi Dewasa Lo

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 519 hits
Hmmm tipu muslihatnya oke banget nih Lengah bisa kebablasan sampai mantap mantap
Viral Aksi Tak Sporting Pemain Filipina Selepas Tamat Perlawanan Bikin Pemain Malaysia Tak Puas Hati

Viral Aksi Tak Sporting Pemain Filipina Selepas Tamat Perlawanan Bikin Pemain Malaysia Tak Puas Hati

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 505 hits
Perlawanan bola sepak di antara Malaysia dan Filipina yang berlangsung di Stadium Rizal Memorial Manila dalam aksi kedua Kumpulan A Sukan SEA 2019 berakhir dengan kekalahan tipis sebanyak 1 0 di tangan tuan rumah Sungguhpun perlawanan terse...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever