Hasnul Sokong Usul Umno Perak Bersatu Tunggu Bukti



Keanggotaan Adun Titi Serong di Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, dalam parti barunya mungkin tidak bertahan lama jika dia terbukti bersama parti lain mengundi untuk mengetepikan timbalan presidennya sendiri pada 4 Dis lalu.
Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkata keanggotaan Hasnul Zulkarnain akan tergugur secara automatik andainya bekas ketua Pemuda Amanah itu mengundi tidak percaya Ahmad Faizal Azumu.
“Kita tak perlu ambil tindakan dan sekiranya terbukti apa yang dilakukannya (sokong usul itu) itu, maka ianya akan tergugur mengikut perlembagaan parti,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
Menteri Dalam Negeri itu ditemui media selepas menyampaikan bantuan Bakul Kasih Amanah Ikhtiar Malaysia di Selama, Perak hari ini.
Hasnul Zulkarnain didakwa tidak menyertai Adun Bersatu Perak mempertahankan Ahmad Faizal sebagai menteri besar dalam undian pada 4 Dis lalu.
Dia juga didakwa menandatangani perakuan berkanun untuk menyokong Pengerusi Umno Perak Saarani Mohammad menjadi menteri besar yang baru.
Sokong Saarani Sebagai MB, Hasnul Bakal Dipecat Dari Bersatu?

Ketika Adun Bersatu lain tidak menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, di Istana Kinta Hasnul Zulkarnain muncul dan mengadakan pertemuan dengan baginda pada 8 Dis.
Hamzah yang dipetik Bernama pula berkata mungkin Umno Perak akan menghantar bukti-bukti berkaitan kepada Bersatu selepas ini.
“Tindakan sama seperti yang kita pernah lakukan di peringkat nasional, tidak boleh bezakan bahagian atau negeri,” katanya.
Pada 4 Dis lalu, Ahmad Faizal yang juga Adun Chenderiang disingkirkan daripada jawatan menteri besar Perak selepas gagal mendapat sokongan majoriti daripada Adun negeri itu dalam undian percaya yang diusulkan oleh Adun Pengkalan Baru, Abdul Manaf Hashim
Sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya. Manakala satu undi rosak atau berkecuali.
Media sebelum ini melaporkan Bersatu sedang membuat pertimbangan bagi mengambil tindakan ke atas Hasnul Zulkarnain termasuk memecatnya.
Untuk rekod, Hasnul Zulkarnain merupakan bekas ketua Pemuda Amanah yang meninggalkan partinya untuk menjadi Adun bebas menjelang kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Perak. Dia kemudian menyertai Bersatu.
Bekas Ketua Pemuda Amanah Nasional sertai Bersatu

 
The post Hasnul sokong usul Umno Perak, Bersatu ‘tunggu’ bukti appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/13/hasnul-sokong-usul-umno-perak-bersatu-tunggu-bukti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Timbang Pecat Adun Didakwa Sokong Usul Umno Perak Laporan

Bersatu Timbang Pecat Adun Didakwa Sokong Usul Umno Perak Laporan

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 394 hits
CYBERJAYA Parti Pribumi Bersatu Malaysia dilaporkan sedang mempertimbangkan tindakan memecat seorang Ahli Dewan Undangan Negeri parti itu yang didakwa menyokong usul percaya yang dikemukakan UMNO Perak minggu lalu Biro Politik Bersatu pada ...
Bersatu Kesal Dengan Tindakan Adun Umno Tak Sokong Usul Percaya Terhadap Mb Perak

Bersatu Kesal Dengan Tindakan Adun Umno Tak Sokong Usul Percaya Terhadap Mb Perak

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 301 hits
KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia kesal atas tindakan ADUN UMNO yang tidak menyokong usul percaya terhadap Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sekaligus memaksa Timbalan Presiden parti itu berundur sebagai Menteri Besar Perak Setiausaha...
Isu Perak Pn Letak Syarat Sokong Umno Kata Sumber

Isu Perak Pn Letak Syarat Sokong Umno Kata Sumber

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 339 hits
B Nantha KumarDi sebalik pengumuman daripada pemimpin Umno dan PH yang memberi bayangan kemungkinan kerajaan baru ditubuhkan melibatkan kerjasama kedua dua pihak nampaknya gabungan PN masih sedia berunding dengan Umno untuk mengekalkan kera...
Politik Perak Kj Harap Rundingan Umno Dengan Pas Bersatu Disegera

Politik Perak Kj Harap Rundingan Umno Dengan Pas Bersatu Disegera

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 336 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berharap rundingan membabitkan UMNO Pas dan Bersatu dapat disegerakan bagi merungkai kemelut politik di Perak Beliau berkata rundingan berkenaan penting dalam usaha memastikan kelancaran p...
Politik Perak Umno Patut Sembunyi Sifat Tamak Tunggu Pru15

Politik Perak Umno Patut Sembunyi Sifat Tamak Tunggu Pru15

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 293 hits
ismaweb netOleh Ainul Illia Meor SuzurudinTak mustahil PH ambil kesempatan ambil alih kerajaan negeri PerakBANGI 19 Rabiulakhir 1442H Sabtu Barisan pemimpin parti parti Melayu iaitu UMNO PAS dan Bersatu di Perak sepatutnya jelas dengan perj...
Pn Belum Pasti Sokong Umno Di Perak

Pn Belum Pasti Sokong Umno Di Perak

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 364 hits
Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia hari ini yang dipengerusikan oleh Presiden BERSATU YAB Tan Sri Dato Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin menzahirkan rasa kesal terhadap Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap Y...
Kemelut Politik Perak Pimpinan Bersatu Pas Perak Sokong Keputusan Pusat Angkat Saarani

Kemelut Politik Perak Pimpinan Bersatu Pas Perak Sokong Keputusan Pusat Angkat Saarani

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 491 hits
IPOH Ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan PAS mengambil pendirian bersama dan menyokong ketetapan yang diputuskan kepemimpinan tertinggi parti Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata sokongan kepada Menter...
Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Man City Bergaya Bedal Juventus

Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Kata Kata Nasihat Hari Jumaat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Autoimmune Disease

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual