Hasil Treatment Di Hannan Medispa
Assalamualaikum..
Seperti di janjikan di entri lepas,selepas hampir seminggu ina membuat treatment SULAM KOREA di Hannan Medispa.Ini lah hasilnya..
Erm..walau tak seperti yang di janjikan iaitu menyamaratakan tona kulit,liang pori tak mengecil.Tetapi boleh lah treatment ni.Kemungkinan treatment ni tidak bersesuaian dengan ina.Tetapi ada sedikit lah perubahahan pada muka kan? Nampak sedikit muda.Hikhiks!
Selepas Treatment
Pertama sekali selepas treatment Sulam Korea,muka ada lah sedikit gatal-gatal pada keesokan harinya.Tak pasti samada alergik atau ape.Tetapi setahu ina,ina memang takde sebarang alergik dengan suntikan.
Tetapi dalam hati ketika itu kuat mengatakan bahawa,ohh..Itu mungkin serum foundation sedang bertindak.Gatal dia menginyit ke dalam kulit.Mungkin juga sebab proses roll on alatan semasa proses sulam korea di lakukan.
Sudah tanya ke bahagian spa tersebut.Tetapi macam biasa.Kena berjumpa dengan doktor di spa.Tapi ina nak jawapan segera.. hmm.
Berkesan Treatment di Spa
Selepas treatment,hari ke 3 atau 4.Alhamdulillah,ada sedikit perubahan ketika itu.Pipi sudah naik sedikit.Hiikhiks! Suka sangat tau. Kedutan bawah mata pun pun sudah berkurangan.Kulit nampak bersih.. glowing seperti yang di nyatakan itu.
Tiada bimbingan dari Staff
Sedikit ralat dengan pihak pengurusan Hannan Medispa.Selepas treatment di lakukan.Kebetulan ina booking slot jam 5 petang.Tak pasti sama ada last customer atau pun apa.Tetapi staff di sana tidak memberitahu apa yang patut di elakkan selepas treatment.Ermm,seperti ina sendiri.Jujur ina katakan,ini adalah pertama kali lakukan treatment di spa.Sepatutnya,kena lah guide customer.
Pakej yang ina ambil ni bukannya murah..RM 350 dan dapat free Cleopatra facial pada next appointment.Hihihihi..
Selepas ini,plan nak buang jeragat pula.Carbon peel..menarik juga treatment ni tau.Tunggu duit tabung penuh dahulu..hihihi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ehbelogaku.com/2018/11/hasil-treatment-di-hannan-medispa.html