Hasil Belajar Membaca 32 Hari
Pandai membaca dengan tidak tahu membaca langsung, baik risau awal untuk ke arah paling tidak tahu membaca dari tahu sikit-sikit. Sejarah Abg Qi buat aku risau, ye prestasi setiap anak memang berbeza, tak semestinya bergantung pada jantina, tetapi pendedahan dia dengan persekitaran pembelajaran juga salah satu faktor juga.
Pernah sekali, beberapa bulan lepas aku bawa dia ke Giant. Bukan tak pernah beli buku-buku latihan, cuma aku alpa bab untuk menguji dia membaca. Boleh kata aku biar guru tadika yang mengolah dia dari sudut itu, tapi aku terdetik di hati untuk beli cerita-cerita pendek melalui buku yang di jual macam cerita Nabi dan cerita kartun dalam bahasa Melayu.
Lagi sekali aku terpanah. Sebelum beli aku buka helaian pertama cerita pendek. Dia pandang aku, dia kemam mulut, aku suruh dia baca di situ...ya disitu...dia tak terkata. Aku lagi lah tak terkata, maksudnya dia tak tahu membaca langsung, cuma sebut huruf satu persatu...tiada sebut 2 suku kata mahupun 3 suku kata langsung!
Tu baru nak masuk 6 tahun...Aku tak salahkan sesiapa dalam hal ini termasuk guru tadika ye, aku tahu aku kena tolong anak aku sorang ni, aku nak dia at least merangkak membaca pun tak apa...ini langsung tak ada...tak ada.
Aku terus ajukan hal ini pada partner, dia setuju sama-sama nak bawa dia tuisyen belajar membaca. Ada lagi 3 bulan sebelum nak masuk Darjah 1. Kami tempah awal bulan Oktober 2018.
Ada pakej :1-2 bulan (Tapi kena seminggu gak datang tusiyen, kesian plak dekat anak tak ada rehat)2-3 bulan (4 kali dalam seminggu 1 jam 30 minit setiap malam, kami setuju ambil pakej ni)3 bulan ke atas (kelas 2 kali seminggu rasanya, aku rasa pakej ni buat anak aku cepat lupa)
Hari Pertama: Kelas tuisyen malam
Siangnya tadika sampai petang, malam struggle kelas membaca, memang kena harung cabaran 3 bulan, motivasi selalu Abg Qi. You can do it!
32 hari bersamaan lebih kurang 2 bulan.Nampak dia tak pernah ponteng langsung kelas tuisyen membaca. Alhamdulilah, berkat Allah beri dia kesihatan baik dapat dia hadiri kelas setiap malam tanpa gagal. Walaupun aku sibuk di pejabat dari pagi sampai malam terkadang aku call untuk bagi dia sokongan moral dan motivasi, Abg Qi ni memang suka nilai motivasi terus dia setiap hari update dapat bintang atau markah A, urusan semua walid dia uruskan (unsung heroes tak terbalas jasa dia urus anak tika aku dilanda musim sibuk).
Perlukah anak pandai membaca?Bagi kami sangat perlu paling tidak dia tahu membaca...dia terkadang tanya kenapa dia kena pandai membaca, ini yang aku kata padanya:Membaca - kita tahu nilai baik dan buruk.Membaca - tahu membaca petikan soalan dalam pembelajaran.Membaca - mudah nilai orang tipu kita ke tidak.Membaca - diri selesa dalam persekitaran yang penuh dengan tulisan.Untuk umur 6 tahun 3 bulan seperti Abg Qi, aku rasa penjelasan itu sudah cukup buat dia faham kenapa setiap malam dia perlu latihan intensif. Instint aku cakap dia mesti pandai membaca penghujung bulan December 2018 nanti. Lagi 2 buku sahaja nak khatam, tak sabarnya. Aku yakin insya-Allah.
Hasil bacaan 32 hari kelas
Ini hasilnya, walaupun masih tatih, tapi aku sebagai ibu aku tersenyum lihat perkembangan baik dia. Dari tiada sepatah kata, jadi kata-kata tau. Perkembangan ini aku rakam untuk semakan bulan depan. Aku kata padanya, kalau Abg Qi membaca lancar dan elok, umi nak bagi hadiah apa sahaja, janji tidak mahal sangat lah haha terus buat dia semangat tau.
Malam tadi dia cakap 5 muka surat dia belajar membaca dan semua helaian dapat A. Hebat anak umi, malam ini banyakkan lagi tau, cepat khatam lagi cepat persediaan masuk Darjah 1. Amin.
Nanti julia update kisah ini lagi ye, selepas dia khatam. Doakan dia. Terima kasih semua.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.juliajohari.com/2018/11/hasil-belajar-membaca-32-hari.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WithJulia+%28With+Julia...%29