Hasanah Saman Sprm Kerana Beku Akaun Bank


Bernama 
   
Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mencabar tindakan suruhanjaya itu membekukan akaun banknya sejak September tahun lalu

Saman pemula itu difailkan Hasanah selaku pemohon pada 28 Mac lepas menerusi Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co dengan menamakan SPRM dan kerajaan Malaysia sebagai responden pertama dan kedua.

Dalam saman itu, Hasanah, 61, memohon perintah deklarasi bahawa perintah larangan ke atas akaun bank berkenaan bertarikh 3 Sept 2018 yang dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM adalah terbatal dan tidak sah.

Beliau turut memohon perintah deklarasi bahawa perintah larangan terhadap akaun berkenaan yang dibuat mengikut Seksyen 37(1) Akta SPRM adalah bertentangan atau bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Menerusi afidavit sokongan difailkan bersama saman itu, Hasanah mendakwa pihak SPRM tidak pernah memaklumkan kepadanya berkaitan perintah larangan ke atas akaun banknya sepanjang beliau direman pada 29 Ogos 2018 dan dibebaskan daripada tahanan reman pada 3 Sept 2018.

Bagaimanapun, katanya, beliau mendapati urusan perbankannya gagal ketika berurusan pada keesokannya (4 Sept 2018).

Menurut Hasanah, beliau kemudiannya menghubungi pegawai penyiasat SPRM bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai akaun bank itu dan pegawai berkenaan menyatakan bahawa akaun bank hanya dibekukan sementara mengikut prosedur siasatan biasa oleh pihak SPRM.

Katanya, sebanyak lima pucuk surat telah dihantar kepada pihak SPRM antara 9 Okt dan 18 Dis 2018 bagi memohon pelepasan pembekuan akaun bank itu.

Bagaimanapun, pada 6 Dis tahun sama, Bahagian Siasatan SPRM menjawab permohonan untuk pelepasan akaun berkenaan dengan mengatakan ia tidak dapat dipertimbangkan, katanya dalam afidavit tersebut.

Hasanah mendakwa beliau mengalami kesukaran untuk menyara kehidupannya yang bergantung sepenuhnya kepada duit pencen yang dimasukkan ke dalam akaun bank berkenaan selain tidak mempunyai sumber pendapatan lain melainkan wang gaji dan wang pencen tersebut.

Sementara itu, peguam Nur Aifaa Mohd Zin, yang mewakili Hasanah, ketika ditemui pemberita, berkata kes saman berkenaan ditetapkan hari ini untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Idamasliza Maarof, yang kemudiannya menetapkan 17 Mei ini untuk pengurusan kes selanjutnya.

Prosiding dalam kamar itu turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad dan Muhamad Asyraf Md Kamal bertindak bagi pihak SPRM.

Pada 25 Okt 2018, Hasanah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan.- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/hasanah-saman-sprm-kerana-beku-akaun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beku Tujuh Akaun Bapa Jho Low Tuduh Pm Salah Guna Kuasa

Beku Tujuh Akaun Bapa Jho Low Tuduh Pm Salah Guna Kuasa

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 316 hits
Foto oleh FMTLow Taek Jho menuduh kerajaan menyalah guna kuasa selepas membekukan tujuh akaun bank bapanya yang didakwa terlibat dalam kes pengubahan wang haram Ahli perniagaan yang lebih dikenali Jho Low melalui jurucakapnya berkata keraja...
Pesan Peguam Ini Ada Sebab Kena Amalkan Kerap Semak Baki Akaun Bank

Pesan Peguam Ini Ada Sebab Kena Amalkan Kerap Semak Baki Akaun Bank

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 445 hits
PESAN PEGUAM INI ADA SEBAB KENA AMALKAN KERAP SEMAK BAKI AKAUN BANK Bayangkan duit simpanan yang selama ini disimpan bertahun tahun hilang sekelip mata Memang ralat apatah lagi jika kita tak perasan pun duit itu hilang sekian lama Bukan apa...
Duit Simpanan Hilang Dalam Akaun Bank Dipercayai Taktik Kad Klon

Duit Simpanan Hilang Dalam Akaun Bank Dipercayai Taktik Kad Klon

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 1051 hits
Lagi kes duit simpanan hilang dalam akaun bank yang dikatakan semakin kerap berlaku Terbaru seorang pengguna Facebook turut berkongsi tentang kehilangan sejumlah wang dalam akaun simpanan miliknya sebanyak RM4K tanpa tahu ke mana ia dibelan...
Malaysia Akaun Bank Bapa Dibeku Jho Low Salahkan Pm

Malaysia Akaun Bank Bapa Dibeku Jho Low Salahkan Pm

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 351 hits
Jho Low mendakwa PM Dr Mahathir menggunakan politik untuk mengenakan dirinya dalam kes 1MDB Foto KhalifahMailOnlineKUALA LUMPUR Jho Low atau Low Taek Jho mendakwa langkah kerajaan membekukan akaun bank bapanya adalah bukti bahawa dia sendir...
Cara Cara Untuk Link Kad Atm Bank Anda Ke Akaun Tabung Haji

Cara Cara Untuk Link Kad Atm Bank Anda Ke Akaun Tabung Haji

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 1555 hits
Di sini saya akan tunjukkan kepada anda cara cara bagaimana untuk hubungkan atau link Kad ATM Bank anda ke akaun Tabung Haji Di sini saya akan sertakan cara bagi 4 buah jenis Bank iaitu Maybank CIMB Bank Islam dan Bank Rakyat Melalui perhub...
Bnm Serbu Cawangan Ambank Untuk Dapatkan Maklumat Akaun Bank Peribadi Najib

Bnm Serbu Cawangan Ambank Untuk Dapatkan Maklumat Akaun Bank Peribadi Najib

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 442 hits
BANK Negara Malaysia telah menyerbu sebuah cawangan AmBank dalam tahun 2015 untuk mendapatkan butiran akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak dedah seorang pegawai dari bank pusat itu hari ini di mahkamah push Serbuan itu dilakukan sebel...
Awas Penggodam Ancam Serang Website Kerajaan Bank Dan Sekolah Pada 16 Hingga 23 April Ini

Awas Penggodam Ancam Serang Website Kerajaan Bank Dan Sekolah Pada 16 Hingga 23 April Ini

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 784 hits
Awas Penggodam ancam serang website kerajaan bank dan sekolah pada 16 hingga 23 April iniPenggodam dari negara jiran dipercayai sedang merancang untuk melakukan serangan besar besaran terhadap laman sesawang kerajaan bermula minggu depan me...
Jokowi Bentuk Badan Pengembangan Syariah Prabowo Ingin Bank Syariah Terbesar Asean

Jokowi Bentuk Badan Pengembangan Syariah Prabowo Ingin Bank Syariah Terbesar Asean

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 285 hits
Cawapres Ma ruf Amin mengatakan akan mendorong industri halal yang nantinya tidak hanya untuk produk dalam negeri tetapi juga berasal dari luar negeri Sebab menurut Ma ruf Amin standar halal di Indonesia saat ini sudah menjadi acuan dunia y...
Bank Rakyat Agih 13 Peratus Diveden Tahun 2018

Bank Rakyat Agih 13 Peratus Diveden Tahun 2018

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 363 hits
Bank Rakyat telah mengumumkan agihan dividen sebanyak 13 peratus bagi tahun kewangan 31 Disember 2018 Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof berkata pembayaran dividen itu melibatkan jumlah sebanyak RM379 juta kepada semua anggo...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa