Harumanis Subur Di Negeri Terengganu


Foto:Google
SETIU, 13 Jun- Percaya atau tidak, mangga harumanis sebenarnya sudah subur di Terengganu sejak 40 tahun lepas.

Mungkin ramai yang beranggapan jika berbuah sekalipun, saiz dan rasanya tidak akan mampu mencapai kualiti yang sama seperti mana ada di pasaran serta tidak mampu di eksport ke pasaran luar negara.

Jika itu tekaannya, ia sebenarnya meleset sama sekali kerana buah yang telah dipetik di kawasan Pusat Pembangunan Komoditi Rhu Tapai, di sini didapati mencapai gred premium dan tahap kemanisan sehingga 22 peratus brix.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, Dr Azman Ibrahim, berkata tanaman yang telah bermula sejak November 2016 itu diusahakan Jabatan Pertanian Terengganu bagi menyelidik kesesuaian tanah bris (tanah berpasir) di kawasan itu.

"Apabila melihat kejayaan Jabatan Pertanian, saya telah mengarahkan mereka melakukan bancian di beberapa daerah yang mempunyai tanah bris dan akhirnya, menemui pokok harumanis yang sudah lama ditanam oleh orang kampung.

"Daerah yang telah selesai dibanci ialah di Marang, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Di setiap daerah itu kita temui kira-kira 100 pokok harumanis yang telah berusia antara 30 hingga 40 tahun serta berbuah tiga kali setahun," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Dr Azman berkata, oleh kerana masyarakat di Terengganu tidak begitu mahir dalam mengesan kualiti buah itu, akhirnya buah itu gugur dan terbiar begitu sahaja, malah ada yang menganggap ia kategori mangga biasa dan mas itam.

Projek permulaan di kawasan Rhu Tapai telah melalui proses penjagaan yang teratur hinggalah mampu mengeluarkan hasil pertama tiga tahun lepas dengan kualiti sepertimana ditanam di kawasan utara tanahair.

Ketika ditanya mengenai sasaran kerajaan negeri, beliau berkata sudah tentunya sehingga buah berkualiti tinggi itu mampu dipasarkan ke luar negara, kerana ia bukan sahaja mempelbagaikan hasil keluaran petani tetapi juga membawa pulangan berlipat ganda.

"Terengganu telah merangka Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019 hingga 2023 dan apa yang berlaku pada ketika ini adalah sebahagian daripada perancangan kerajaan negeri.

"Pihak jabatan kini turut bersama-sama dengan pelbagai pihak mengumpul mereka yang berminat untuk mengusahakan tanaman harumanis.

"Pertanian ini adalah satu kerjaya, jadi anak muda Terengganu bolehlah tampil untuk mendapatkan kursus yang dianjurkan. Saya tidak mahu ada program bagai 'tangkap muat' tetapi biarlah melalui proses awal hingga akhir dengan pemantauan teratur supaya semua pihak dapat melihat hasilnya," kata beliau.

Dr Azman berkata, Terengganu mempunyai sekitar 68,000 hektar tanah bris dan masih banyak yang terbiar.

Justeru, pihaknya akan berusaha menjejak mereka yang berminat untuk meneruskan hasrat kerajaan dengan memberi bimbangan dan bantuan dari sudut pasaran.

Sementara itu, pegawai pertanian Nurul Ameera Mohammad yang bertanggungjawab menguruskan tanaman harumanis atau nama saintifiknya, 'Mangifera indica Linn' di Rhu Tapai, berkata pada peringkat awal, beliau juga bagai tidak percaya bahawa pokok di situ mampu berbuah dan mempunyai keharuman serta rasa terbaik.

"Pada peringkat awal, hanya 30 batang pokok telah ditanam, kini kawasan seluas dua hektar telah ditanam dengan lebih 200 pokok harumanis.

"Berdasarkan rekod tanaman jenis ini, jika dijaga dengan baik ia akan terus mengeluarkan hasil setiap tahun walaupun setelah berusia 20 tahun.

"Faktor tanaman ini tentunya memerlukan iklim yang panas, namun tinjauaan kami juga mendapati pokok mangga jenis ini tumbuh dengan baik di kawasan berpasir dengan cuaca panas sekitar empat hingga lima bulan.

Tambah Nurul Ameera, mangga harumanis itu amat sesuai ditanam di sekitar Terengganu dengan pengeluaran hasil lebih daripada sekali setahun, malah pihaknya kini giat memberi tunjuk ajar kepada orang kampung supaya menjaga pokok sedia ada agar mencapai kualiti terbaik. – BERNAMA

Sumber: teganukita.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/06/harumanis-subur-di-negeri-terengganu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Terengganu Perlis Dan Pulau Pinang Masih Kekal Negeri Zon Hijau Covid 19 Setakat 30 Mei Kkm

Hanya Terengganu Perlis Dan Pulau Pinang Masih Kekal Negeri Zon Hijau Covid 19 Setakat 30 Mei Kkm

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 473 hits
By Amira on Mei 31 2020Putrajaya 31 Mei Kementerian Kesihatan mengesahkan hanya tiga buah negeri kekal status sebagai zon hijau COVID 19 iaitu Terengganu Perlis dan Pulau Pinang setakat 30 Mei Dalam kemaskini terbaru KKM di laman Twitter ke...
Terengganu Buka Semula Aktiviti Pelancongan Negeri

Terengganu Buka Semula Aktiviti Pelancongan Negeri

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 548 hits
KUALA TERENGGANU Kerajaan Terengganu akan membuka semula aktiviti dan lokasi pelancongan negeri ini secara berperingkat bagi menggerakkan semula sektor pelancongan Terengganu bermula hari ini Exco Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklum...
Rusuhan Kaum As Besar Besaran Beberapa Negeri Resahkan Pelajat M Sia

Rusuhan Kaum As Besar Besaran Beberapa Negeri Resahkan Pelajat M Sia

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 664 hits
Rusuhan di Detroit Michigan pada 31 Mei yang menyaksikan beberapa penunjuk perasaan ditahan dan polis menggunakan gas pemedih mata berikutan kematian George Floyd dalam tahanan polis Minneapolis Foto AFPBerkurung di rumah elak bertembung pe...
Rentas Negeri Dari Semenanjung Ke Sabah Sarawak Untuk Suami Isteri Terpisah Perlu Kebenaran Polis

Rentas Negeri Dari Semenanjung Ke Sabah Sarawak Untuk Suami Isteri Terpisah Perlu Kebenaran Polis

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 513 hits
PUTRAJAYA 1 Jun Suami atau isteri yang perlu merentas negeri dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak atau sebaliknya untuk berjumpa pasangan dan keluarga masing masing perlu mendapatkan kebenaran daripada polis terlebih dulu kata Menteri Kana...
Rentas Negeri Untuk Akad Nikah Dibenarkan Ismail Sabri

Rentas Negeri Untuk Akad Nikah Dibenarkan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 484 hits
Kerajaan membenarkan urusan rentas negeri bagi tujuan akad nikah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka hanya perlu memohon kebenaran perjalanan daripada pihak poli...
Swearing In Of New Malacca Yang Dipertua Negeri On Friday

Swearing In Of New Malacca Yang Dipertua Negeri On Friday

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 239 hits
The swearing in of the new Yang Dipertua Negeri of Malacca will be held at Balai Istiadat Seri Negeri Complex in Ayer Keroh at 10am on Friday Malacca Chief Minister s Department said in a statement to Bernama today that it will be followed ...
Senarai Dokumen Rentas Negeri

Senarai Dokumen Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 615 hits
SENARAI DOKUMEN RENTAS NEGERI Satu demi satu berita gembira yang rakyat Malaysia terima sejak akhir akhir ini Antaranya adalah permohonan merentas negeri dibuka 24 jam dan orang ramai yang ingin membuat permohonan dinasihatkan supaya membua...
Sudah Boleh Rentas Negeri Untuk Bernikah Kata Menteri

Sudah Boleh Rentas Negeri Untuk Bernikah Kata Menteri

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 423 hits
BERITA baik buat pasangan berbeza negeri yang ingin melangsungkan pernikahan kerana kerajaan telah membenarkan rentas negeri bagi tujuan akad nikah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Menteri Kanan Ismail
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Nasi Goreng Dan Bab Manusia Jadi Monyet


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu

Baki Akaun Menyusut Hutang Puluhan Ribu Masih Tertangguh