Harta Raja Thailand Bernilai Rm257 Bilion


 

Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn yang mencetuskan kontroversi sejak menaiki takhta kini dilaporkan antara pemerintah paling kaya di dunia.


Ia menimbulkan tanda tanya ramai pihak berhubung sumber kekayaan itu.


Ini kerana raja berusia 68 tahun itu sudah berkahwin sebanyak empat kali dan mempunyai seorang gundik diraja lebih banyak menghabiskan masa di Jerman berbanding berada di negara sendiri.


Kekayaan Vajiralongkorn, menurut LA Times dipercayai mengatasi Raja Arab Saudi, Sultan Brunei dan keluarga diraja Britain.






Ia mengundang demonstrasi di negaranya sendiri apabila rakyat menuntut penjelasan bagaimana pewaris monarki itu dapat mengumpulkan kekayaan luar biasa.


Selain itu, rakyat juga meminta supaya perubahan dalam sistem monarki di Thailand termasuk berhubung pembiayaan kehidupan mewah raja mereka di luar negara.


Pada 2017, kerajaan meluluskan satu undang-undang baharu yang memberi Vajiralongkorn penguasaan penuh terhadap aset diraja yang dianggarkan bernilai berbilion dolar.


Ia membolehkan pemilikan harta yang sebelum ini diletakkan di bawah kawalan Biro Hartanah Diraja (CPB) dipindahkan kepada raja berkenaan.




Undang-undang itu dianggap langkah terbaharu Vajiralongkorn untuk meluaskan kuasanya dan mewarisi peninggalan harta susulan kematian bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej pada 2016.


Keluarga diraja Thailand diketahui umum dilindungi menerusi undang-undang menghina raja yang ketat dan tidak diwajibkan untuk mengisytiharkan harta.


Penganalisis menganggarkan harta pewaris dinasti Chakri itu antara AS$30 bilion (RM128 bilion) dan AS$60 bilion (RM257 bilion) merangkumi pemilikan hartanah dan pelaburan di syarikat utama dunia.


Pelaburan terbesar CPB merangkumi Siam Commercial Bank dan Siam Cement Group di mana konglomerat itu menguasai 34 peratus saham dengan kedua-duanya bernilai AS$8 bilion (kira-kira RM33 bilion) pada akhir tahun lalu.


Biarpun terjejas akibat pandemik Covid-19, dividen daripada dua entiti berkenaan memberikan sejumlah AS$342 juta (kira-kira RM1.41 bilion) kepada Vajiralongkorn pada 2019.


Menurut jurnal yang ditulis seorang ahli akademik Thailand Porphant Quyyanont, pemerintah itu mempunyai beberapa aset.


Antaranya pemilikan tanah termasuk 5.5 juta batu persegi di lokasi yang mempunyai nilai sewa tinggi di Bangkok.


Katanya, tanah terbabit bernilai AS$32 juta (kira-kira RM134 juta) pada 2015 namun hanya sebahagian kecil daripadanya dipajak untuk tujuan komersial.


Vajiralongkorn juga mempunyai vila di tepi tasik di Munich dan menyewa hotel di Pergunungan Alps, lokasi pelancongan mewah di dunia.


Bagi banyak pihak, kehidupan baginda dilihat jauh berbeza berbanding bapanya yang dikenali sebagai raja yang begitu bersederhana dan disayangi rakyat.


Vajiralongkorn menerima pendidikan di sekolah berasrama di Britain dan menuntut di akademi tentera di Australia.


Selepas mewarisi takhta, baginda mengubah undang-undang yang membenarkan pentadbiran negara dilakukan dari luar negara atau lebih tepat lagi di Jerman. 


Sumber: Harian Metro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/11/harta-raja-thailand-bernilai-rm257.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Raja Thailand Paling Kaya Di Dunia Ini 5 Fakta Kekayaan Atasi Sultan Brunei Raja Arab Saudi

Raja Thailand Paling Kaya Di Dunia Ini 5 Fakta Kekayaan Atasi Sultan Brunei Raja Arab Saudi

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 609 hits
RAJA Thailand Maha Vajiralongkorn dilaporkan sebagai raja paling kaya di dunia mengatasi Sultan Brunei Raja Arab Saudi dan keluarga diraja Britain Raja yang berusia 68 tahun itu dikatakan bukan sahaja mempunyai kekayaan luar biasa bahkan Va...
Pas Bulanan Tanpa Had Bernilai Rm5 Untuk Pelajar Oku Diperkenal

Pas Bulanan Tanpa Had Bernilai Rm5 Untuk Pelajar Oku Diperkenal

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 334 hits
SHAH ALAM 6 NOV Kerajaan perkenal pas perjalanan bulanan tanpa had berharga RM5 untuk pelajar tahun satu hingga tingkatan enam termasuk orang kelainan upaya Menteri kewangan berkata pas itu digunakan bagi perkhidmatan tren komuter Lembah Kl...
Kastam Rampas Methamphetamine Bernilai Rm1 06 Juta

Kastam Rampas Methamphetamine Bernilai Rm1 06 Juta

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 253 hits
BUTTERWORTH Kastam merampas dadah jenis methamphetamine seberat 7 078 gram bernilai RM1 06 juta yang cuba diseludup dalam alat papan litar elektronik untuk dihantar ke negara Ocenia dan menahan dua ahli perniagaan dalam siri serbuan di Pula...
Tak Semua Air Mata Adalah Air Mata Ada Yang Bernilai Mutiara

Tak Semua Air Mata Adalah Air Mata Ada Yang Bernilai Mutiara

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 318 hits
Tak semua air mata adalah air mata Ada yang bernilai mutiara Ada kawan dalam group wasap Bos2 Bengkel Semalaysia share rakaman cctv di bengkel beliau siang tadi Kelihatan akak ni terharu bila kawan saya tidak kenakan sebarang bayaran lepas ...
Dah 40 Tahun Dalam Rumah Keluarga Ini Tak Sedar Cermin Dalam Tandas Rumah Bernilai Lebih Rm54 000

Dah 40 Tahun Dalam Rumah Keluarga Ini Tak Sedar Cermin Dalam Tandas Rumah Bernilai Lebih Rm54 000

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 263 hits
Siapa sangka cermin bilik air yang sebelumnya dianggap cermin antik biasa rupanya dipercayai milik bekas Permaisuri Perancis yang terakhir Marie Antoinette Menurut New York Post sebuah keluarga di Britain menyedari cermin di tandas rumah me...
Organ Diorang Bernilai Ibu Sengaja Lemaskan Dua Anak Perempuannya

Organ Diorang Bernilai Ibu Sengaja Lemaskan Dua Anak Perempuannya

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 226 hits
Seorang ibu tergamak melemaskan dua anak perempuannya dan kemudian mengatakan organ organ mereka amat bernilai demikian kata polis kepada media Amanda Jefferson 26 dituduh membuat kenyataan mengerikan itu selepas membunuh dua anak perempuan...
Buat Duit Online Dengan Ethereum Dan Bitcoin Aset Digital Yang Bernilai

Buat Duit Online Dengan Ethereum Dan Bitcoin Aset Digital Yang Bernilai

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 474 hits
Bisnes Matawang Digital Dengan Forsage Malaysia Peluang Kumpul Dan Gandakan Ethereum Dengan Cara Yang Paling Selamat Dari Meja Kerja Di RumahPaksu aka Zulkifli Harun012 7092198 September 7 2020 10 04 am forsage malaysiaAlhamdulillah hari in...
Eu Meningkatkan Belanjawan Sebanyak 16 Bilion

Eu Meningkatkan Belanjawan Sebanyak 16 Bilion

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 170 hits
Parlimen dan Majlis Mesyuarat Eropah mencapai kesepakatan akhir mengenai belanjawan jangka panjang Kesatuan Eropah dengan bersetuju untuk menambah sejumlah 16 bilion untuk kesihatan pendidikan dan keselamatan Dalam jumlah EU kini akan mempu...
Maqis Rasmi Johor Rampas Cili Dari China Bernilai Lebih Rm71 Ribu

Maqis Rasmi Johor Rampas Cili Dari China Bernilai Lebih Rm71 Ribu

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 222 hits
MAQIS JOHOR RAMPAS CILI DARI CHINA BERNILAI LEBIH RM71 RIBU ISKANDAR PUTERI 091020 Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia Johor merampas 17 000 kilogram cili besar dianggar bernilai RM71 243 di Pelabuhan Tanjung Pelepas Gel...
Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers

Indian Youth Ngo Condemns Racist Hawker S Sign In Sepang

Apa Itu Virus Hmpv Dan Gejalanya


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Pengertian Tawakal Dan Ayat Hadits Yang Menjelaskannya

Tissue Or Handkerchief Which Is Better

Guan Eng Akmal Call For Punishment Against Racist Corn Seller

Aide Accuses Steven Sim Of Backstabbing Guan Eng At Kit Siang S Appreciation Dinner

Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya