Harini Ada Tiga Berita Menarik Untuk Malaysia Jom
Najib Bakar
Satu.
Kedatangan Presiden Erdogan dari Turkiye untuk memantapkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Turkiye.
Presiden Turkiye sebut, keluar dari mulutnya sendiri, yang Turkiye berhasrat meningkatkan perdagangan dengan Malaysia daripada USD 5 billion kepada USD 10 billion.
Dari bidang teknologi semikonduktor, automotif, teknologi pesawat, ke simulator penerbangan awam.
Salah satu teknologi hebat yang Turkiye ada adalah drone Bayraktar yang cost effective untuk pertahanan negara.
Alhamdulillah, ngam!
Dua.
Kedatangan rombongan dari Arm Limited bertemu PMX Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Nak tau tak Arm Limited ni siapa?
Depa ni syarikat besar dari UK, player utama dalam industri semikonduktor.
Tapi awat tak pernah dengar nama depa?
Sebabnya depa ni fokus kepada chip design dan IP(Intellectual Property) licensing market.
Maksudnya depa reka dan cipta chip tertentu, kemudian jual IP chip tu kepada syarikat-syarikat besar dunia.
Syarikat yang guna chip design depa adalah seperti Apple, Samsung, Qualcomm, MediaTek.
Chip dari Arm meliputi 99% daripada chip smartphones dan tablet.
Untuk IoT, chip design depa control 70-90% market.
Padu gila weh.
Depa mai Malaysia dan bertemu PMX merupakan satu signal yang sangat baik.
Insya Allah, doakan satu berita baik antara Arm Limited dan Kerajaan Malaysia nanti.
Tiga.
Kadar pengangguran Malaysia pada Disember 2024 adalah yang terendah selama 10 tahun.
Maksudnya anak-anak muda kita sekarang ada lebih banyak peluang pekerjaan berbanding beberapa tahun kebelakangan ini.
Ya, mungkin orang akan cakap yang sesetengah pekerjaan yang diperolehi tu tak berpadanan dengan status pendidikan.
Perkara inilah yang sedang diteliti oleh Kerajaan secara serius.
Sebab itu, Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan yang dilancarkan PMX pada Mei 2024 antara salah satu kaedah penting mewujudkan peluang pekerjaan high value high demand.
Malaysia memang dah ada ekosistem semikonduktor selama ini, tapi kita cuma pasang dan bungkus.
Kali ini, Malaysia mahu fokus tentang reka cipta chip yang merupakan pekerjaan bernilai tinggi, bergaji tinggi.
Sebab itu ketiga-tiga berita penting harini saling berhubung kait antara satu sama lain dan penting untuk hala tuju serta masa depan negara.
Nampak dah kan kapal yang dibawa PMX ini nak ke mana?
Ini baru dua tahun, belum lagi cukup sepenggal. Bayangkan dua atau tiga penggal, insya Allah.
Yang penting, terus fokus buat kerja. Bila ada kuasa, buatlah sebaik mungkin.
Yang memekak tu akan terus memekak, tapi suara mereka akan pupus sedikit demi sedikit bila nikmat mula dirasa semua.
Najib Bakar
10 Februari 2025
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/02/harini-ada-tiga-berita-menarik-untuk.html