Harimau Malaya Menang Bergaya


KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya melunaskan dendam ke atas Myanmar apabila meraih kemenangan 3-0, pada aksi terakhir Kumpulan A, Piala AFF sekali gus menempah tiket ke separuh akhir.
Tiga mata yang cukup berharga diraih anak buah Tan Cheng Hoe di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi dapat memadam luka di Yangon dua tahun lalu apabila disingkirkan lawan yang sama di peringkat kumpulan.
Kemenangan ketiga itu meletakkan Malaysia yang juga juara 2010 di tangga kedua, dengan sembilan mata di belakang pendahulu Vietnam (10 mata) yang menewaskan Kemboja 3-0 dalam satu lagi aksi Kumpulan A.
Menyedari hanya kemenangan bakal membuka laluan ke separuh akhir, skuad negara mula mengatur gerakan sejak awal dalam usaha untuk memecahkan benteng pertahanan Myanmar.
Selepas percubaan kapten, Zaquan Adha Abd Radzak diselamatkan oleh penjaga gol, Kyaw Zin Htet pada minit ke-23, gol pertama pasukan tuan rumah hadir tiga minit selepas itu.
Sepakan pemain sayap naturalisasi, Mohamadou Sumareh terkena palang, namun penyerang, Norshahrul Idlan Talaha berada tepat pada masanya untuk menolak masuk bola lantunan itu ke dalam gawang untuk menggamatkan 80,000 penyokong Harimau Malaya.
Ia jaringan keempat Norshahrul atau dikenali sebagai Mat Yo selepas membantu Malaysia menewaskan Kemboja 1-0 dan Laos 3-1 sebelum ini.
Namun pintu gol negara cemas seketika apabila Myanmar kendalian jurulatih Jerman, Antoine Hey hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-42, namun Farizal Marlias yang menggantikan Khairul Fahmi Che Mat tangkas menyelamatkan sepakan Aung Thu.
Skuad Harimau Malaya menutup babak pertama dengan kedudukan 2-0, selepas pertahanan pasukan pelawat Lwin Moe Aung menjatuhkan Safawi Rasid di dalam kotak penalti.
Zaquan yang menggalas tugas untuk menyempurnakan sepakan penalti lega apabila bola sepakannya terkena kiri sebelum bergolek ke dalam gawang.
Malaysia terus menguasai permainan pada babak kedua, namun hanya berjaya menambah gol ketiga pada minit ke-87, apabila bola yang cuba dikeluarkan pertahanan Myanmar terkena kepala Zaquan sebelum masuk ke gawang.
Di peringkat separuh akhir yang bakal berlangsung secara timbal balik bermula 1 Disember ini, lawan Malaysia bakal ditentukan sama ada Thailand, Filipina atau Singapura yang kini merebut slot ke separuh akhir dalam Kumpulan B.
The post Harimau Malaya Menang Bergaya appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/harimau-malaya-menang-bergaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harimau Malaya Mara Bergaya Ke Separuh Akhir Piala Aff

Harimau Malaya Mara Bergaya Ke Separuh Akhir Piala Aff

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 552 hits
Harimau Malaya mara bergaya ke separuh akhir Piala AFFKUALA LUMPUR 24 Nov Skuad Harimau Malaya melangkah penuh bergaya ke separuh akhir Kejuaraan Piala AFF Suzuki 2018 selepas menewaskan Myanmar 3 0 pada perlawanan terakhir peringkat Kumpul...
Harimau Malaya Mampu Baham Myanmar Cheng Hoe

Harimau Malaya Mampu Baham Myanmar Cheng Hoe

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 277 hits
TAN Cheng Hoe NSTP Hazreen MohamadHarimau Malaya mampu baham Myanmar Cheng HoeKUALA LUMPUR Selepas menganalisa dan mengkaji kekuatan serta kelemahan pasukan Myanmar Tan Cheng Hoe tanpa berselindung mengakui skuad Harimau Malaya mampu melepa...
Naga Emas Lega Dapat Atasi Harimau Malaya

Naga Emas Lega Dapat Atasi Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 346 hits
KETUA Jurulatih Vietnam Park Sang heo ternyata lega selepas anak didiknya berjaya membenam Malaysia 2 0 pada aksi Kumpulan A Piala AFF di Stadium Nasional My Dinh kelmarin Biarpun menyaksikan pelawat lebih dominasi perlawanan pengendali kel...
Cheng Hoe Pertahan Aksi Harimau Malaya

Cheng Hoe Pertahan Aksi Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 357 hits
JURULATIH Tan Cheng Hoe NSTP Azhar RamliCheng Hoe pertahan aksi Harimau MalayaMESKIPUN situasi agak kritikal buat Malaysia untuk melepasi halangan Kumpulan A Piala AFF namun jurulatih Tan Cheng Hoe mengakui tidak akan mengubah cara permaina...
Tiket Online Separuh Akhir Pertama Harimau Malaya Gajah Perang Habis 20 000 Keping

Tiket Online Separuh Akhir Pertama Harimau Malaya Gajah Perang Habis 20 000 Keping

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 363 hits
PENJUALAN tiket online bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Sabtu ini yang bermula pagi tadi mendapat sambutan sehingga terpaksa dihentikan sebentar tadi selepas mencecah jumlah 20...
Kelibat Eki Mampu Beri Kelebihan Kepada Harimau Malaya Berdepan Thailand

Kelibat Eki Mampu Beri Kelebihan Kepada Harimau Malaya Berdepan Thailand

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 334 hits
Baca Juga Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi KUALA LUMPUR 26 Nov Penyerang negara Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi mampu memainkan peranan penting dalam skuad Harimau Malaya yang akan turun menentang Thailand pada aksi separuh akhir Piala AFF S...
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Hiburan Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh Polis Sahkan Terima Laporan

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Can Schools Build Karakter

Anggota Polis Antara Didakwa Terlibat Pemerdagangan Orang

Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Polis Siasat 5 Wanita Bergaduh Akibat Selisih Faham


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bakar Sofa Buruk

Bungled Pc Leaves Fam Red Faced The Absolvement Of Blame Lawyered Up And Search For Elusive Culprit

Muhammad Shah Firdaus Nurul Izzah Dinobat Pelumba Terbaik Malaysia 2025

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Kembali Beraksi

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn