Harimau Malaya Kalah Lagi


Oleh ROZAIDI ZULKIFLI PETALING JAYA: Dua gol masing-masing menerusi Ali Mabkbout dan Fabio Lima membantu Emiriah Arab Bersatu (UAE) membenam Malaysia 4-0 dalam aksi kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Zabeel, Dubai, sebentar tadi.
Malah, hilang tumpuan menuju ke penghujung permainan menyebabkan Harimau Malaya dihukum dengan tiga gol dalam tempoh 10 minit terakhir, sekali gus memilih jalan penuh ranjau untuk meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya.
Kehadiran dua pemain naturalisasi baharu, Guilherme de Paula dan Liridon Krisniqi tidak banyak memberi impak, malah anak-anak buah Tan Cheng Hoe mempamer aksi jauh lebih buruk berbanding ketika tewas tipis 1-2 pada pertemuan pertama kedua-dua pasukan di Bukit Jalil, September 2019.
Beraksi di hadapan penyokong sendiri, UAE memulakan permainan dengan cukup bersemangat dan tenang mengawal bola.
Penguasaan bola itu menunjukkan perbezaan dari segi ranking UAE yang berada di kedudukan ke-73 dunia manakala Malaysia ke-153, jelas dapat dilihat di atas padang.
Serangan pertama yang dilancarkan UAE pada minit ketujuh hampir membuka tirai jaringan namun rembatan penyerang berbisa, Ali Mabkbout berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Harimau Malaya, Farizal Marlias.
Kesabaran anak buah Bert van Marwijk mengawal bola, melakukan hantaran tepat dan bijak membuka ruang jelas menunjukkan perbezaan ketara tahap permainan kedua-dua pasukan yang menyaksikan pemain pasukan negara lebih banyak mengejar bola.

Asakan demi asakan dilakukan UAE akhirnya membuah hasil menerusi hantaran jauh pemain tengah, Abdullah Ramadan yang tepat ke kaki Ali dan mudah disudahkannya untuk membuka gol pertama tuan rumah pada minit ke-19.
Memasuki minit ke-29, skuad negara akhirnya mula menemui rentak permainan apabila dapat mengawal bola lebih lama, selain mula mengatur serangan namun gagal untuk mencari gol penyamaan.
Kemasukan Syafiq Ahmad pada babak kedua merubah permainan Malaysia menjadi lebih agresif dan memberi lebih tekanan kepada tuan rumah, namun jentera tengah negara masih gagal berfungsi seperti diharapkan.
Gawang skuad negara hampir dibolosi kali kedua namun ketangkasan Farizal berjaya menafikan percubaan deras Fabio Lima pada minit ke-63.
Tersentak dengan serangan itu, skuad negara kembali mengatur gerakan serangan dan hampir memperolehi gol penyamaan pada minit ke-70 namun percubaan Syafiq sedikit tersasar melewati tiang gol tuan rumah.
Begitupun, Farizal terus dipaksa bekerja keras menangkis percubaan bertali arus barisan serangan pasukan tuan rumah sehingga memaksa pemain negara berkampung di kawasan sendiri.
Usaha Fabio mencari gol akhirnya berhasil menerusi rembatan lencong pada minit ke-83 untuk gol kedua UAE.
Kelemahan barisan pertahanan negara sekali lagi dihukum Ali pada minit ke-89 sebelum Fabio menutup malam bergaya buat UAE menerusi jaringan keempat tuan rumah pada minit terakhir perlawanan. UTUSAN



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/harimau-malaya-kalah-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalah Kepada Uae Pemain Pemain Kacukan Harimau Malaya Akhirnya Bersuara

Kalah Kepada Uae Pemain Pemain Kacukan Harimau Malaya Akhirnya Bersuara

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 358 hits
Beberapa pemain kacukan Harimau Malaya dilihat memohon para penyokong untuk terus bersama mereka selepas kekalahan kepada UAE dalam aksi kelayakan Malaysia tumpas 0 4 kepada UAE dalam aksi ke 6 Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022 Piala As...
Datuk Hamidin Beri Bayangan Pemain Ke 26 Bakal Sertai Harimau Malaya Hari Ini

Datuk Hamidin Beri Bayangan Pemain Ke 26 Bakal Sertai Harimau Malaya Hari Ini

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 288 hits
Adakah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin memberikan bayangan bahawa pemain kacukan Belgium Malaysia Dion Cools akan menyertai skuad Harimau Malaya di Dubai dalam masa terdekat Pasukan negara baharu...
5 Perlawanan Harimau Malaya Pesta Gol Baham Lawan

5 Perlawanan Harimau Malaya Pesta Gol Baham Lawan

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 374 hits
Harimau Malaya pernah merekodkan kemenangan terbesar iaitu di Sukan Asia 1974 di Tehran Iran di mana Malaysia berpesta gol ke atas jiran Asia Tenggara Filipina dengan keputusan 11 0 Selain dua perlawanan tersebut berikut merupakan senarai 5...
Analisis 5 Isu Dihadapi Harimau Malaya Perlu Diselesaikan Segera Oleh Tan Cheng Hoe

Analisis 5 Isu Dihadapi Harimau Malaya Perlu Diselesaikan Segera Oleh Tan Cheng Hoe

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 307 hits
Skuad Harimau Malaya dilihat memiliki peluang cerah untuk layak ke Piala Asia secara merit Malaysia kini berada di kedudukan kedua Kumpulan G dengan baki tiga perlawanan Malaysia mengumpul sembilan mata dua mata di belakang Vietnam dan deng...
Pemain Harimau Malaya Buat Hal Di Bahrain Safawi Dengan Sumareh Bergadvh Masa Tengah Makan Punca Sebenar Dided4hkan

Pemain Harimau Malaya Buat Hal Di Bahrain Safawi Dengan Sumareh Bergadvh Masa Tengah Makan Punca Sebenar Dided4hkan

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 271 hits
Kuala Lumpur Skuad Harimau Malaya dike jutkan ins iden perg aduhan antara dua tonggak sayap Mohamadou Sumareh dan Safawi Rasid ketika pasukan sedang menikm4ti makanan tengahari di hotel penginapan di Manama Bahrain hari ini
Mengenang Kembali Taktikal Genius Dollah Salleh Bantu Harimau Malaya Benam Vietnam

Mengenang Kembali Taktikal Genius Dollah Salleh Bantu Harimau Malaya Benam Vietnam

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 249 hits
Benarlah kata orang penyerang yang bagus memberi anda kemenangan pertahanan yang bagus memberikan anda kejuaraan Ramai mengatakan Vietnam yang dahulu berbeza dengan Vietnam yang sekarang N
5 Sebab Harimau Malaya Harus Optimis Mampu Raih Keputusan Positif

5 Sebab Harimau Malaya Harus Optimis Mampu Raih Keputusan Positif

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 263 hits
Dua perlawanan persahabatan diharungi pasukan Harimau Malaya menjelang pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 Piala Asia 2023 di UAE pada Jun ini kedua duanya berakhir dengan kekalahan Malaysia tewas kepada Kuwait dengan jaringan 4 1 dal...
Skuad Harimau Malaya Kena Banyak Cipta Penetrating Pass

Skuad Harimau Malaya Kena Banyak Cipta Penetrating Pass

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 437 hits
Bekas pengendali skuad kebangsaan Wan Jamak Wan Hassan berpendapat skuad Harimau Malaya perlu membuat lebih banyak penetrating pass dalam aksi selepas ini Hanya itu kekurangan yang mengganggu rentak permainan skuad negara ketika cuba memasu...
Uae Belasah Harimau Malaya 4 0

Uae Belasah Harimau Malaya 4 0

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 390 hits
UAE Belasah Harimau Malaya 4 0 Lemah longlai dan lesu kesimpulan yang boleh dibuat ke atas aksi pasuka kebangsaan selepas dibenam 4 0 oleh pasukan UAE awal pagi tadi UAE Belasah Harimau Malaya 4 0 Dua gol masing masing menerusi Ali Mabkbout...
Lirik Lagu Dalam Diam Mojack Hafiz

Cerita Di Sebalik Lagu Dalam Diam

Legal Loopholes Big Tech And The Politicians Who Let Them Thrive

Ibu Saman Ladang Tenusu Dakwa Susu Mentah Punca Bayi Maut Dalam Kandungan

Jiwa Guna Line Internet Umobile

Sambal Tumis Ikan Masin Lauk Mudah Cepat Siap Confirm Tambah Nasi

Makan Makan Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru

Guan Eng S Defence Team Tears Into Statement On Witness Attack


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Weekend That Brought Us Back To Simple Joy

Tax Responsibilities For Startups

Tauhu Bergedil

Presbyond Laser Explained The Science Behind Age Related Vision Correction

Bahagia Lepas Kahwin Sufian Suhaimi Akui Rezeki Makin Murah Jiwa Pun Makin Tenang

Pemilik Akhirnya Tinggalkan Rumah Di Tengah Lebuh Raya Tidak Tahan Bunyi Bising Utusan Malaysia