Hari Pertama Persekolahan Sekarang Dah Tak Sama Macam Zaman Dahulu
Hari pertama persekolahan sekarang dah tak sama macam zaman dahulu| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini merupakan hari pertama persekolahan. Tahun ini, musim persekolahan bermula agak lewat dek kerana wabak covid-19 yang masih melanda negara kita dan dunia. Pelajar SPM tahun lepas juga baru mengambil peperiksaan tahun ini. Namun bukan itu yang ingin aku kongsikan sebaliknya “suasana” hari pertama persekolahan.
Kalau sebelum ini, hari pertama merupakan hari yang paling di tunggu-tunggu samada oleh pelajar mahupun ibubapa. Namun, hari pertama persekolahan tahun 2021 tidaklah semeriah dahulu. Bagi sekolah anak aku, ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah sebaliknya hanya menghantar anak masing-masing sehingga ke pintu pagar sekolah sahaja.
Kalau dulu, kita boleh masuk sampai dalam kelas kan. Tengok suasana kelas, teringat zaman kita di bangku persekolahan dulu. Tengok rakan-rakan anak kita di dalam kelas. Kemudian guru masuk dan menyapa anak murid, kemudian pasti ada ibubapa yang menyahut. Seronok betul waktu itu.
Tapi kini, ibubapa Cuma boleh hantar anak sampai depan pintu pagar sahaja. Jadinya, awal pagi tadi, macam-macam gelagat juga yang dapat dilihat. Anak-anak yang tak mahu masuk kesekolah. Ibubapa yang tak mahu lepas anak-anak, eh, macam-macam.
Macam aku, anak aku tahun ini dah masuk darjah 2. Jadinya “keghairahan” tu dah kurang sedikit, tak sama macam sewaktu daftar darjah 1 dulu. Anak aku sampai kesekolah, berbaris, kemudian check suhu, register dan berjalan sendiri masuk ke sekolah dan cari kelas. Sedikit pun dia tak toleh pandang aku! haish!
Apa pun, hari pertama persekolahan tahun 2021 tidaklah semeriah tahun-tahun sebelum. Semoga wabak ini cepat habis dengan adanya vaksin dan kita semua akan kembali hidup seperti biasa semula, insyaAllah, aminnn.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2021/03/hari-pertama-persekolahan-sekarang-dah.html