Hari Pertama Percutian Di Pulau Langkawi


Hari Pertama Percutian Di Pulau Langkawi | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Agak lama Sha tidak menyimpan kenangan bercuti bersama keluarga kecil Sha. Jadi kali ini sempena cuti akhir tahun 2023 dan cuti persekolahan selama lebih kurang dua minggu ini Sha dan suami membawa anak-anak berjalan ke tempat yang mereka belum pernah jejaki bersama.
Kali ini Sha memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi. Sebenarnya ini bukan pertama kali Sha usulkan kepada suami untuk bercuti ke Langkawi, tetapi Alhamdulillah kali ini suami bersetuju.
Maklumlah sahajalah kos ke Pulau Langkawi agak tinggi bagi kami berbanding ke tempat lain.
Oleh sebab itu Sha cuba mencari aktiviti yang berpatutan untuk kami kunjungi di Pulau Langkawi selama 3 hari 2 malam.




Percutian 3 hari 2 malam Ke Langkawi Untuk Kami Empat Beranak

Sebelum ke Pulau Langkawi, Sha sediakan beberapa tempat untuk dikunjung dengan kos tiket supaya memudahkan membuat bajet perbelanjaan ketika di sana. Untuk langkah penjimatan, kami ke Pulau Langkawi melalui Jeti Kuala Kedah.
Kami berada di Langkawi dari 20 Disember 2023 hingga 22 Disember 2023. Walaubagaimanapun pada petang 19 Disember 2023 kami sudah bergerak ke Kedah menuju ke rumah kakak ipar Sha. Kakak ipar sudah bersetuju untuk menghantar kami ke jeti keesokan harinya, jadi malam itu kami tidur di rumah kakak ipar terlebih dahulu.
Untuk tiket kami sudah membuat tempahan tiket ke Langkawi secara atas talian iaitu tiket pergi dan balik. 


Harga Tiket Feri Ke LangkawiTerdapat dua jeti yang disediakan untuk ke Pulau Langkawi iaitu Jeti Kuala Kedah dan Jeti Kuala Perlis.
Tiket Feri Kuala Kedah Ke Langkawi
Dewasa Dengan MyKad - RM 26.50
Kanak-kanak Dengan MyKad - RM 20.50
Dewasa Tanpa MyKad - RM 34.50
Kanak-kanak Tanpa MyKad - RM 25.50


Tiket Feri Kuala Perlis Ke Langkawi
Dewasa Dengan MyKad - RM 21.00
Kanak-kanak Dengan MyKad - RM 16.00
Dewasa Tanpa MyKad - RM 27.00
Kanak-kanak Tanpa MyKad - RM 19.50


Oleh kerana kami memilih Jeti Kuala Kedah kena bayar lebih lah. Puncanya tak nak tinggal kereta di tempat parking. Kami minta tolong kakak yang hantarkan ke jeti dan ambil nanti kami balik.


Hari Pertama Di Pulau Langkawi

Selepas perbincangan, kami telah menempah tiket pergi pada pukul 10.30 pagi. Bukan apa seeloknya satu jam sebelum bergerak dah kena ada di jeti.
Tempoh perjalanan menaiki feri dari Jeti Kuala Kedah Ke Langkawi adalah mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Alhamdulillah perjalanan lancar dan Sha sempatlah tidur sekejap, yelaah nak buat apa lagi kan. Nak tengok telefon bimbit macam pening-pening..huhu
Memandangkan kami sampai lebih kurang pukul 12.05 minit ke jeti, jadi memang agak awal untuk terus bergerak ke hotel.
Bila sampai suami Sha terus menghubungi pihak kereta sewa untuk memaklumkan kami sudah sampai di jeti. Kami menyewa sebuah kereta Perodua Axia dengan kos RM 180.00. Tapi agak lama jugak urusan dengan yang sewakan kereta tu termasuk tunggu dia datang dekat kami.
Lepas selesai urusan sewa kereta, kami terus bergerak ke hotel dengan harapan bilik sudah sedia. Tak salah kan cuba nasib? huhuhu... tapi itulah, terlalu awal jadi bilik belum siap dibersihkan.


Naik Kereta Kabel Pulau LangkawiDisebabkan bilik belum siap dan cuaca pun cantik kami mengambil keputusan untuk memulakan hari kami di Pulau Langkawi dengan menaiki kereta kabel atau SkyCab Langkawi. Maklumlah cuaca sekarang tidak menentu, hari esok belum tentu tidak hujan kan.



Kami terus ke stesen kereta kabel yang terletak di kaki Gunung Machincang yang mana terletak lebih kurang 29 km dari resort yang kami bakal inap.
Bila tengok aplikasi maps masa perjalanan dari Kuah ke SkyCab ini adalah dalam masa 46 minit. Masa dalam perjalanan kami singgah isi minyak kereta sebanyak RM 30 untuk bekalan kami sepanjang 3 hari 2 malam di Langkawi.
Untuk menaiki kereta kabel kami dapatkan tiket kaunter tiket sahaja. Asalnya nak beli online yang lebih murah tapi suami cakap malas nak belek-belek, nak pilih jadi kami terus beli di kaunter sahaja tambah pula kaunter tidak ada orang beratur.

Harga Tiket Kereta Kabel Langkawi Tahun 2023Tiket untuk kereta kabel yang Sha ambik adalah termasuk akses masuk ke SkyDome, SkyRex dan 3D Art Langkawi.
Ini adalah harga yang Sha bayar di kaunter tiket SkyCab Langkawi
Harga Tiket SkyCab Langkawi
Dewasa Dengan MyKad - RM 43.00
Kanak-kanak Dengan MyKad - RM 33.00
Dewasa Tanpa MyKad - RM 85.00
Kanak-kanak Tanpa MyKad - RM 65.00


Jumlah harga tiket yang Sha perlu bayar di kaunter adalah sebanyak RM 152.00. Fuhh.. Selepas beli tiket di kaunter kami terus beratur, memang panjang tapi tidak terlalu lama sangat menunggu. Bila dah naik kereta kabel, kami singgah terlebih dahulu dulu di Eagle's Nest Skywalk Langkawi.






Sebenarnya tak perlu pun turun di sini, tapi terturun pulak.. ahahaha... Sampai sini mungkin sebab mula lapar, jadi Sha beli satu cawan Sweetcorn berharga RM5, 1 tin air berharga berharga RM4. Jadilah buat rasa-rasa isi perut.
Duduk tak lama pun, terus beratur untuk naik cabel car balik untuk terus ke SkyBridge

Ok, bila sampai dekat atas kita kena beli tiket lagi kalau nak ke Skybridge atau nak lepak situ sahaja pun boleh. Untuk ke skybridge boleh pilih sama ada nak turun ke situ menaiki SkyGlide atau jalan kaki melalui laluan yang disediakan

Nak jimat kami pilih untuk jalan kaki sahaja, tambah pula untuk naik SkyGlide perlu tunggu lebih kurang satu jam. Harga untuk ke SkyBridge adalah RM6.00 untuk dewasa, manakala kanak-kanak RM4.00 berbanding SkyGlide RM16 untuk dewasa dan kanak-kanak RM11.00

Jadi kos ke SkyBridge adalah RM20.00


Makan Tengah HariSelepas selesai turun dari kereta kabel, masuk Skydome, Skyrex dan 3D Art Langkawi perut memang lapar gila sebab kami sarapan pukul 9.00 pagi sahaja. Tapi kami tahan lapar sebab tiket dah beli, rugi pulak kalau tak guna sepenuhnya.




Alhamdulillah, dapat makan di kedai makan murah Langkawi. Kami tak rancang pun, hanya singgah mana kedai yang ada di sepanjang jalan ke hotel. Nama kedai makan yang Sha sekeluarga singgah itu adalah Warung Ekonomi.
Bagi kami sangat murah lah tambah sedap pula.
Nasi goreng ayam 3, nasi goreng pattaya, Teh Ais 1, Teh 0 Ais 3 dan Teh 0 panas berjumlah RM34.00 kesemuanya.
Selesai makan kami terus ke hotel yang kami sudah tempah satu minggu awal iaitu di De Baron Resort.


Check In De Baron Resort LangkawiLebih kurang 6.30 petang baru kami sampai ke resort. Tapi bila masuk bilik, kami minta tukar bilik lain disebabkan bunyi penghawa dingin agak kuat dan tidak mungkin memberi keselesaan kepada kami sekeluarga.


Pada mulanya pihak resort usahakan untuk baiki, tapi tidak berjaya jadi kami diberi bilik lain di tingkat yang sama. Alhamdulillah, akhirnya dapatlah kami bersihkan diri dan berehat.
Harga bilik De Baron Resort Langkawi melalui tempahan di booking.com adalah sebanyak RM352.00 secara kad debit dan perlu tambah RM6.00 secara tunai untuk cukai pelancongan. Jadi jumlah semua RM358.00, harga ini untuk 3 hari 2 malam termasuk sarapan.


Pasar Malam Pekan KuahOrang kata jika ke Langkawi wajib kena pergi ke Pasar Malam Langkawi, kebetulan pula malam itu pasar malam hanya berdekatan dengan resort kami jadi bila masing-masing dah rehat kami pergilah sekejap ke pasar malam.
Habislah modal beli air dengan makanan RM20.00..huhu.. oklah, tak ada yang menarik sangat, mungkin sebab kenyang.


Pusing-Pusing KuahAkhir sekali selepas pergi pasar malam, kami pusing-pusing Pekan Kuah dengan kereta sahaja. Menikmati malam dari jeti feri dan balik semula ke resort.
Masing-masing pun dah penat sangat berjalan, macam nak tercabut rasa kaki Sha. Jadi ambil gambar apa yang cantik di mata dari dalam kereta sahaja sebab dah tak sabar nak masuk bilik.


KesimpulanBegitulah kami bila bercuti, hanya senaraikan tempat yang nak pergi kemudian bab masa kadang tidak ikut sangat sebab bergantung pada keadaan dan cuaca yang bersesuaian. Ok, selesai hari pertama kami di Pulau Langkawi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2024/02/hari-pertama-percutian-di-pulau-langkawi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skuad Berbasikal Trek Lelaki Dan Wanita Rangkul Perak Hari Pertama Kejohanan Asia 2024

Skuad Berbasikal Trek Lelaki Dan Wanita Rangkul Perak Hari Pertama Kejohanan Asia 2024

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 271 hits
NEW DELHI Kem Malaysia bermula dengan langkah kanan pada hari pertama Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2024 yang berlangsung di New Delhi Biarpun tanpa kelibat jaguh utama Datuk Azizulhasni Awang skuad negara masih mampu menampilkan aksi memb...
Ketek Aplikasi Pengantaran Pertama Berbahasa Iban Diluncurkan Hari Ini

Ketek Aplikasi Pengantaran Pertama Berbahasa Iban Diluncurkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/2/2024 - jumlah : 259 hits
Aplikasi pesan antar makanan Ketek milik Sarawak telah diluncurkan hari ini tidak hanya tersedia dalam bahasa Inggris dan Melayu tetapi juga dalam bahasa Cina dan Iban CEO nya Suhardy Yakop mengatakan aplikasi ponsel pintar tersebut memulai...
Hari Pertama Kerja Menteri Atr Ahy Bpn Minta Waktu Bertemu Airlangga Bahlil Hingga Basuki Hadimuljono

Hari Pertama Kerja Menteri Atr Ahy Bpn Minta Waktu Bertemu Airlangga Bahlil Hingga Basuki Hadimuljono

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 171 hits
Menteri Agraria dan Tata Ruang Kepala Badan Pertanahan Nasional Agus Harimurti Yudhoyono langsung tancap gas di hari pertama kerja
Prakiraan Cuaca Pekan Pertama Puasa Ramadan 2024

Prakiraan Cuaca Pekan Pertama Puasa Ramadan 2024

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 156 hits
Kepala BMKG Dwikorita Karnawati mengatakan cuaca saat ini sudah memasuki tahap transisi dari musim hujan menuju musim kemarau
Komisi Iii Puji Keputusan Polri Jadi Yang Pertama Rekrut Kelompok Disabilitas

Komisi Iii Puji Keputusan Polri Jadi Yang Pertama Rekrut Kelompok Disabilitas

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 296 hits
Dua dari tiga peserta disabilitas lolos hingga tahap akhir rekrutmen Sekolah Inspektur Polisi Sumber Sarjana lolos hingga tahap akhir
Filem Pertama Selepas 10 Tahun Song Hyekyo Mula Penggambaran The Black Nuns

Filem Pertama Selepas 10 Tahun Song Hyekyo Mula Penggambaran The Black Nuns

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 169 hits
Selepas 10 tahun Song Hye kyo akhirnya kembali berlakon dengan filem barunya ARTIKEL BERKAITAN Pada 28 Februari Song Hye kyo telah memuat naik foto buku skrip untuk filem barunya akan datang berjudul The Black Nuns Untuk pengetahuan The Bla...
Ucapkan Selamat Hari Pers Nasional Cak Imin Semoga Semakin Profesional Dan Berkualitas

Ucapkan Selamat Hari Pers Nasional Cak Imin Semoga Semakin Profesional Dan Berkualitas

papar berkaitan - pada 10/2/2024 - jumlah : 159 hits
Ucapkan Selamat Hari Pers Nasional Cak Imin Semoga Semakin Profesional dan Berkualitas
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti

Jangan Sokong Pas Dan Bersatu Mereka Sedang Karam Denagn Adu Domba Dan Fitnah

Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready