Hari Pertama Jual Roti John Laku 3 Biji Je Luahan Sayu Lelaki Ini



"Hari Pertama Jual Roti John, Laku 3 Biji Je.." - Luahan Sayu Lelaki Ini - Ya, hari pertama aku mula berniaga Roti John di bazaar Ramadhan, cuma terjual 3 biji sahaja. 

2 biji abah aku yang beli, dan bila balik rumah aku lah yang makan Roti John yang aku sendiri jual petang tadi. Maknanya kalau abah aku tak datang bazar hari itu, sebiji sajalah yang terjual.

"Hari Pertama Jual Roti John, Laku 3 Biji Je.." - Luahan Sayu Lelaki Ini

Malam tu lepas solat terawih aku termenung. Esok nak berniaga ke tak.
Masa itu masih bujang, baru lepas grad. Ada masa sebulan lebih sementara tunggu panggilan interview dari syarikat oil and gas. Kebetulan pula tiba bulan Ramadhan. Aku buat keputusan untuk jual Roti John di bazar dengan niat; nak belajar berniaga, memerhati perangai manusia, dan cari duit modal untuk bayar sewa rumah & duit makan sebelum dapat gaji pertama bila mula bekerja nanti.

Hasil untung berniaga online dan berniaga di kampus, aku buat modal untuk beli kuali burger, dan bahan-bahan mentah. Dapur tungku, meja lipat, tong gas; ambil yang sedia ada di rumah.
Tapak gerai –tumpang lot gerai nasi kerabu sepupu aku << dia ni bekas Chef di PELANTAR MINYAK, dan pakar buat FRUITS CRAVING. Kau nak ukir muka Najib pun boleh.

[ Kalau sesiapa berminat nak tempah untuk KENDURI KAHWIN, atau mana-mana SYARIKAT CATERING yang nak join venture untuk masukkan dalam pakage kahwin, boleh tekan hashtag ini: #fruitscarvingalahkadar ]
Esoknya, hasil daripada merenung renung, aku pun ubah strategi sikit:
+ [Harga] Dari RM2.50 (harga standard untuk Roti John pendek) >> Turun jadi RM2.00 (bazar depan HUSM, ramai pelajar universiti. Harga sesuai dengan market Kelantan)

+ [Signboard] Tulis dengan pen atas kertas minyak – kecil >> Print tulisan hitam atas kertas putih – besar
+ [Tagline] Tak ada >> Tulis dalam signboard “Maghi try skali” (Datang cuba sekali)
+ [Promosi] Tak ada - senyap >> Bila orang lalu, buat macam lelong barang
Alhamdulillah, pada hari-hari seterusnya, tak kurang 50 biji sehari. Ada masa 70 biji. Ada masa boleh balik awal sebab stok habis. Ada masa, berbuka puasa dengan peniaga-peniaga lain di bazar dan bertukar-tukar makanan yang tak habis dijual.

Ok lah masa tu. Belum ada anak bini nak tanggung.
Ada satu hari di penghujung Ramadhan, hujan + ribut melanda bazar. Ada khemah yang senget, terbang. Ada kuali berisi minyak terbalik. Ada makanan yang kebasahan. Aku turunkan payung untuk lindung kuali dan semua barang-barang mentah. Lepas ribut berhenti, payung naik semula dan hari itu stok Roti John aku habis walaupun peniaga lain terpaksa balik awal.
--
$ Kenapa ada orang jual kek laku 15 biji sehari. Tapi jualan kek Anis Chocolate Moist Cake di outlets Mydin saja lebih 47,000 pcs (rekod jualan 2014: Sumber dari blog http://anischocmoistcakeofficial.blogspot.my).
$ Makcik Minah jual nasi kerabu laku 60 bungkus sehari di tepi jalan. Tapi Nasi Berlauk Air Dingin terjual berapa ribu bungkus sehari di seluruh negeri Kelantan? Mereka ada pekerja lebih dari 10 orang, dan pagi-pagi buta terus export melalui kapal terbang untuk dibuat sarapan oleh pekerja di KL / Selangor.
*
Hukum sunnatullah – berniaga dengan strategi yang betul akan menjadi asbab kepada kejayaan. Kita mungkin tak akan dapat untung RM1 juta dengan menjual pen berharga RM1.50 sebatang di pasar malam. Tapi kalau jual pen berharga RM4,000 sebatang kepada 1,000 orang yang tandatangannya bernilai RM50,000 sekali toreh?

Sambil jual Roti John, aku belajar banyak faktor yang menjadi asbab kepada masuknya duit ke dalam poket kita (Duit yang kita dapat tak semestinya menjadi rezeki kita. Contohnya untung berniaga RM100; kena curi RM90, atau bagi sedekah/zakat kepada orang lain RM80).
Asbab makanan yang dijual laku keras:

+ Sedap – resepi bagus, bahan berkualiti (ayam fresh, tak busuk)
+ Servis bagus – cara melayan pelanggan, bahasa yang digunakan, servis after-sale tiptop
+ Lokasi betul – tempat laluan orang, mudah parking, lokasi mudah dijumpai
+ Harga berpatutan – tak ‘sembelih’ pelanggan, harga setimpal dengan kualiti servis
+ Marketing – promosi meluas, tepat kepada sasaran, guna tools yang betul
+ Branding – bina imej, tingkatkan keyakinan pelanggan, profesionalism
+ Packaging – menarik, kemas, lain daripada yang lain, bersih dan selamat
+ Selesaikan masalah pelanggan (Contoh: Roti John sesuai untuk orang yang bosan makan nasi, tak nak makan berat tapi mengenyangkan)
+ Strategi berniaga – banyakkan channel, ejen, gerila marketing
+ Dan banyak lagi faktor lain
Semasa aku berniaga Roti John, ada seorang dewasa (aku agak berumur 40-an) berniaga air dan kerepek. Mungkin dia jadi peniaga jalanan sejak muda. Disebabkan aku datang berniaga untuk belajar, aku kerap memerhati sekeliling dan dapati tak ramai pengunjung bazar yang beli air dari gerai dia.
Kenapa? Mungkin…
- Warna air hambar, tak menarik.
- Tak ada signboard/label air perisa apa dan harga
- Promosi tak ‘gila-gila’ macam orang muda jual air di gerai lain
Ada satu masa anaknya (aku rasa, umur dalam lingkungan sekolah menengah) datang dengan motosikal, minta duit (nak isi minyak kot). Bayangkan macam mana orang kampung berniaga, pakai van uzur, untung tak berapa banyak (apa yang aku perhatikan), dan anak pula datang minta duit. Tengok wajah dia pun… << Kisah ini aku tak boleh tulis banyak sebab nanti mata aku banjir.
Tapi…
Masuk waktu Asar, dia terus naik pasaraya di sebelah bazar untuk pergi solat. Aku pernah jumpa dia di masjid, dan di Medan Ilmu KB (tempat kuliah tafsir Tok Guru Nik Abdul Aziz).
*
Berniaga – betul betul bergantung kepada rezeki dari Allah – jiwa lebih dekat kepada Allah.
Orang berniaga (terutama peniaga jalanan), setiap hari, setiap masa akan berdoa supaya Allah murahkan rezeki dan gerakkan hati orang yang lalu lalang supaya membeli makanan / barangannya. Kerana itulah sumber rezeki mereka untuk menyuap nasi ke mulut isteri dan anak-anak.
+ Orang berniaga, LEBIH DEKAT kepada Allah = Power
+ Orang berniaga yang untung banyak, LEBIH-LEBIH-LEBIH DEKAT kepada Allah = Power Gila
- Orang berniaga, JAUH daripada Allah = Rugi
- Orang berniaga yang untung banyak, SEMAKIN JAUH daripada Allah = Rugi
Berniaga – ada masa naik dan masa turun. Berniaga – boleh jadi ASBAB untuk iman kita terus naik dan naik. Semoga perniagaan, menjadi asbab untuk kita menjadi hamba yang semakin dekat kepada Tuhan nya.
P/s:
Orang makan gaji dalam syarikat swasta pun hakikatnya berada dalam kitaran perniagaan. Cuma kerjanya ialah memastikan perniagaan tokey nya berjalan lancar.
SHARE dan TAG kawan-kawan anda yang berniaga. Semoga kita dimurahkan rezeki di zaman gawat ini.
___________
Caption gambar:
Satu-satunya gambar yang ada.
Gambar dirakam oleh Almarhum Saeed Bin Mohamed Saeeddov, kawan se-universiti yang berasal dari Somalia, menetap di Mekah, kahwin dengan orang Kelantan. Dia dan isteri meninggal dunia dalam satu kemalangan bas semasa dalam perjalanan balik ke Kelantan.
Pakai kopiah tu bukan sebab alim ke apa. Tapi memang syarat berniaga makanan kena tutup kepala.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaomg.blogspot.com/2017/06/hari-pertama-jual-roti-john-laku-3-biji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambutan Hari Lahir Ke 33 Dengan Menonton Sarkas Buat Pertama Kalinya

Sambutan Hari Lahir Ke 33 Dengan Menonton Sarkas Buat Pertama Kalinya

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 330 hits
Circus On Ice Di Ipoh Perak Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah 7 mac 2020 yang lalu genaplah umur Sha 33 tahun Jadi selaku birthday girl hari itu suami Sha pun melayan Sha seharian di Ipoh memandangkan hari lahir Sha jatuh pa...
Mengigil Badan Bila Tahu Abah Kena Covid 19 Luahan Sayu Si Anak Bila Abah Dijemput Ambulans

Mengigil Badan Bila Tahu Abah Kena Covid 19 Luahan Sayu Si Anak Bila Abah Dijemput Ambulans

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 327 hits
Hampir seluruh masyarakat dunia tertumpu dengan isu virus koronavirus atau Covid 19 yang kini melanda dunia Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan virus tersebut sebagai pandemik yang bermaksud wabak penyakit berkenaan tersebar ke sel...
Sekeluarga Positif Covid 19 Ini Luahan Hati Doktor Pakar Kecemasan Buat Ramai Sayu

Sekeluarga Positif Covid 19 Ini Luahan Hati Doktor Pakar Kecemasan Buat Ramai Sayu

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 220 hits
KETIKA rakan setugas mengerah keringat sebagai petugas di barisan hadapan Dr Samsu Ambia Ismail pula tidak dapat turut serta kerana dikuarantin di wad Hospital Teluk Intan Perak selepas disahkan positif jangkitan wabak koronavirus baharu Se...
Hari Pertama Rapid Test Di Depok Tenaga Medis Di Puskesmas Limo Negatif Corona

Hari Pertama Rapid Test Di Depok Tenaga Medis Di Puskesmas Limo Negatif Corona

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 267 hits
Hari ini rapid test Covid 19 digelar di Kota Depok Jawa Barat Pada hari pertama rapid test digelar di Puskesmas Limo Tenaga medis yang berkontak dengan orang dalam pemantauan dan pasien dalam pengawasan pun ikut menjalani rapid test
Hari Pertama Perintah Kawalan Pergerakan

Hari Pertama Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 423 hits
Pada 18 Mac 2020 bermulalah perintah kawalan pergerakan di seluruh Malaysia akibat penularan virus Covid 19 Bagi anda yang tidak terlibat dengan perkhidmatan penting harus mengikut perintah kawalan pergerakan ini dan saya adalah salah seora...
Hari Pertama Pkp Covid 19 Di Cameron Highlands Hari Pertama

Hari Pertama Pkp Covid 19 Di Cameron Highlands Hari Pertama

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 561 hits
Hari pertama Perintah Pergerakkan Terhad suasana di Tanah Rata dan Ringlet dan Bertam Valley pagi tadi masa masuk kerja Pekan Tanah Rata tidaklah terlalu lengang Masih ada kereta ke sana sini Tanah Rata rata2 kedai biasa tutup Kedai makan M...
Jangkitan Tempatan Pertama Selepas Tiga Hari

Jangkitan Tempatan Pertama Selepas Tiga Hari

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 198 hits
Beijing China merekodkan kes jangkitan tempatan Covid 19 pertama dalam tempoh tiga hari Bagaimanapun kes membabitkan pelancong dari luar negara terus mendominasi jumlah keseluruhan kes terbaharu Suruhanjaya Kesihatan Nasional China berkata ...
Tiup Lilin Atas Roti Saja Aliff Syukri Sambut Hari Lahir Seorang Diri Tanpa Anak Isteri Di Sisi

Tiup Lilin Atas Roti Saja Aliff Syukri Sambut Hari Lahir Seorang Diri Tanpa Anak Isteri Di Sisi

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 359 hits
SpekuIasi tentang rumah tangga Aliff Syukri dan isteri hangat diperkatakan Difahamkan ketika ini pasangan itu sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu Tiup Lilin Atas Roti Saja Aliff Syukri Sambut Hari Lahir Seorang Diri Tanp...
Estimated Assessments And Penalties On The Way For Non Filers

Head East For A Discrimination Free Life Young Man

Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah

Tunas Usahawan Belia Bumiputera Syarat Cara Mohon

Tripadvisor We Re Matching Donations To World Central Kitchen

Alga Sebagai Penunjuk Biologi Kesihatan Ekosistem Akuatik

Mihun Goreng

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Project Overhaul Perdana V6 6a12 Overhaul 2

Project Overhaul Perdana V6 6a12 Overhaul 3

Program Gema Syukur 2025 31 Disember 2024 Hingga 1 Januari 2025

Do You Know About Mah Meri Wood Carving

Do You Know About Penang S Baobab Tree

A Guide To Cosmetic Surgery Practice Valuation What You Need To Know