Hari Perbarisan Tamat Latihan Asas Kepolisan Di Pulapol


Hari Perbarisan Tamat Latihan Asas Kepolisan di PULAPOL | Awal bulan ni sepupu perempuan aku tamat latihan polis bagi program bagi PLAK Konstable (W) Bil. 73 Siri 8/2024 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuching, Sarawak. Rasanya dua bulan sebelum lagi kami dah berbincang dan ajak mengajak untuk memeriahkan lagi majlis tapi akhirnya aku tak join sebab kena keluar belanja untuk urusan penting di tempat lain bulan depan.
Sebenarnya Februari tahun lepas aku dah attend majlis sama menemankan kawan yang anaknya tamat latihan. Disebabkan aku kaki jalan 😄dia dan anaknya minta aku temankan. Lagipun Kuching adalah tempat jatuh lagi dikenang, membesar sehingga darjah enam di sana. Kamek masih boleh kelakar Sarawak bah!

Hari kejadian tu sebelum Subuh kami dah bertolak dari Abel Hotel di tengah bandaraya Kuching. Aku pilih hotel ni sebab 270 meter je ke Top Spot Food Court, nak ke jeti Sungai Sarawak pun dekat senang nak ke kedai kek seberang sana atau makan di kedai Pak Lah. Anak aku kata kita kena pergi pukul 4 pagi! Aje giler...ayam pun belum bangun dia suruh pergi dah. Mak hang dah berapa kali pergi sanalah nak oii...Rasanya kami bertolak setengah jam sebelum Subuh dan jalanraya takdelah sibuk mana pun sebab hari Sabtu. Walau gelap boleh nampak ramai orang menjual jambangan bunga di tepi jalan sebelum sampai Pulapol. Selesai parkir kereta kami terus ke bilik solat.  Orang pompuan leceh sikit sebab kena beratur di bilik air, jemaah lelaki boleh berwuduk di tempat terbuka je. Sesaklah bilik solat tu, dengan yang tak sudah2 mekap lagi kemahen lama lahai..
Oh ya, setiap tetamu diberikan pas masuk yang diedarkan semasa di Lapangan Terbang Kuching lagi. Pas yang diedarkan sama dengan jumlah tetamu yang didaftarkan. Menguruskan majlis besar kena teliti supaya majlis teratur lebih lebih lagi majlis pasukan beruniform.
Anak kawan - si A- dah pesan untuk kami duduk di khemah kedua.  Kami pula lupa nak tanya khemah kedua tu dari kiri ke kanan? hahahah... Sampai sahaja di khemah banyak tempat yang dah di 'cop'. Hek eleh.. dapat jugalah tempat duduk baris ke tiga di hujung sana. Yang aku geram tu tetamu punyalah ramai tapi ada orang yang takde common sense, beg dibiar atas kerusi tetamu lain dibiar berdiri tanpa rasa bersalah. Panas hati aku weh! Aku bukan boleh tengok perangai hodoh camtu. Bila hujan semakin lebat dan orang yang di tebing dekat khemah VIP pun terpaksa masuk ke khemah tetamu aku tak boleh sabar dah. Aku tanya kat brother berdekatan dengan muka serius, sini ada orang ke?
Bro    : Takde. Nak letak beg, lantai basah.
Aku    : (😡😠😟c*7! Acik hang! beg PLASTIK Sogo je pun - tapi dalam hati je lah). Hujan lebat, ramai orang nak duduk!
Dia pun dengan keberatan angkat beg dan aku panggil sorang makcik tu duduk. Aku nampak ada orang lain pun alihkan beg. Eh bangangnya masing masing otak tertinggal kat rumah. Selfish!
Dalam majlis indah tu tua muda makcik pakcik atok nenek datang nak tengok ahli keluarga memasing berjaya menghabiskan latihan keras untuk jadi polis. Ada dari Kedah Kelantan Kuala Lumpur dan Sarawak sendiri. Ada yang sebak. Ada yang tersenyum puas. Fikirlah kebajikan orang lain sikit. Haishhh..geram aku. 
Maka dapatlah kami menonton perbarisan tamat latihan tersebut dalam hujan lebat. Kesian pelatih basah kuyup. 
Walaupun yang tamat latihan ni bukan anak sendiri tapi aku tetap bangga mereka jadi manusia yang bakal berbakti kepada negara. Kalau tak silap dalam Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Bil 53 Siri 6/2022 ini enam orang ada ijazah dan beberapa orang lagi ada diploma. Mereka kejar masa sebab ambilan untuk inspektor tak ramai dan mereka kena memohon sebelum umur tertentu. Ada isteri datang bawa bayi, sebak aku tengok. Si bapak lagilah sebak tak berhenti cium anak selepas berbulan tak dibenarkan jumpa anak isteri.
Keesokannya kami ke sana sekali lagi untuk makan tengahari bersama. Keluarlah cerita lucu sedih stress dan lucu semua selama berlatih di sini. Sebelum para pelatih 'dibebaskan' mereka akan diberikan tempat bertugas. Hanya segelintir akan dihantar ke PGA. Semoga semuanya akan bekerja dengan jujur dan amanah.
"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"


Mak dan anak melepas rindu selepas berbulan-bulan tak jumpa.
Kebanggaan mak. Semoga bertugas dengan cemerlang jujur dan amanah.



Bukti hadir 😀
Duduk asrama reramai spenda pun boleh hilang weh.
Kamek 💖Pulapol atau Saya 💖 Pulapol. Kelam kabut ambil gambar kat sini sebab hujan dan sebenarnya tak boleh parkir tepi jalan tu.
Dah sampai tempat orang kita wajib jalan jalan


Lawatan Ke Semenggoh Wildlife CentrePusat rehabilitasi orang utan di Semenggoh tak jauh pun dari PULAPOL, 5.8 km je. Pusat yang ditubuhkan sejak 1975 ini menjaga binatang liar yang cedera, yatim ataupun yang dahulunya dipelihara secara haram tetapi SWC lebih terkenal dengan kejayaan memulihara orang utan. Kiranya kalau ke Kuching wajib datang sini walaupun Matang Wildlife Centre telah dibuka untuk menampung pertambahan orang utan. Nisbah orang utan dengan keluasan hutan mesti bersesuaian

Kami sewa Myvi semasa di Kuching untuk mudah bergerak ke tempat-tempat yang dah disenaraikan. Tak pasti ada bas ke tidak ke sini. Kereta pelawat tak dibenarkan dibawa masuk. Oleh kerana kami sangat bersemangat nak exercise pepagi tu kami pun berjalan kaki sejauh 1.6km ke feeding centre. Gigih mat sebab tak nak beli tiket buggy

Sebenarnya dapat ke tidak berjumpa dengan orang utan bergantung kepada nasib semata-mata sebab binatang tu lepas bebas di hutan belantara. Paling penting kita datang sebelum waktu diberi makan dan sentiasa senyap. Binatang pun tak suka suasana bising yang menakutkan. Penjaga akan melaung memanggil mereka berkali-kali dan menyiapkan buah-buahan. Kalau ada rezeki orang utan akan ke platform atau beramai-ramai di depan pejabat. Penjaga akan mengingatkan kita agar menjaga jarak, jangan excited nau nak beramas mesra. Always remember, wild animals behaviour are unpredictable

Setiap kali ke sana aku akan datang pagi sebab kalau orang utan tak keluar pagi tu kita boleh datang lagi sebelah petang. Ada lebih peluang. Penting untuk kita simpan tiket untuk masuk kali kedua di hari yang sama. Hari tu pagi petang orang utan tak muncul. Menurut kata penjaga, waktu tu adalah musim buah jadi orang utan cari sendiri makanan di hutan
  Kalau nak join program anak angkat orang utan (bukan bela di rumah) boleh baca syarat dan bayaran di website Sarawak Forestry di sini


Orang utan sebenar takde jadi kita ambil gambar dengan yang palsu je.
Waktu lawatan:8:00 - 10: 00 pagi, 2:00 – 4:00 petang (Isnin - Ahad)
Waktu beri makan orang utan (feeding time):9:00 - 10: 00, 3:00  – 4:00 petang
Harga tiket masuk ke Semenggoh Wildlife Centre

Alamat:Semenggoh Wildlife CentreKM 20, Borneo Highland Road93250 KuchingSarawak

Jalan-Jalan Di Kuching WaterfontPergi Kuching tapi tak naik bot penambang menyeberang sungai macam tak lengkap sesi lawatan. Dari jeti kita boleh nampak satu kedai kek lapis popular di seberang sana. Sebenarnya ada beberapa kedai kek di sana dan banyak di bandar Kuching. Aku ni bukan jenis membeli kedai viral tapi lebih suka masuk memana kedai je. Harga kek dah naik. Dulu kek yang bermacam corak tu RM12 je sepotong tapi sekarang yang doblas inggit corak simple sangat. Kebanyakannya dijual RM15 keatas, yang RM18 baru dapat yang meriah coraknya

Bercakap fasal bot penambang, aku dah naik sejak tambangnya 20 sen lagi. Indahnya kenangan masa tu... ke sana sini ikut cikgu Tadika Perpaduan aku. Menurut kata kawan, orang tempatan masih bayar 50 sen sehala tapi kita bayarlah seringgit. Anggap je lah sedekah sekiranya benar terlebih. Bot penambang masih menjadi nadi pengangkutan awam penting untuk mengangkut pelajar dan golongan pekerja


Kapten bot penambang di menyeberangi Sungai Sarawak.
Kek lapis Sarawak. Yang harga mur mur sepotong tu tak gunakan mentega (butter).
Di Kuching, banyak kedai menjual kraftangan unik dari pelbagai suku dan daerah. Kali ni untuk diri sendiri aku cuma beli dua helai kain corak pua kumbu je, dah pakai pun masa ke Taj Mahal hari tu. Kain murah upah mahal. Mahal tali dari beruk

Malam tu kami berjalan kaki di tepi sungai hingga naik ke jambatan Darul Hana. Ada masanya jambatan tu rasa bergegar sikit (ke aku je terasa?). Nak bergambar dengan clean background payah amat sebab ramai sangat pengunjung

Dari jambatan ke hotel dalam 1.5km. Aku ajak anak dan kawan jalan kaki selo selo tapi anak aku tak nak. Penatlah....katanya..halah halah.. sanggup dia order Grab 😀😀. Tak sempat panas dah sampai apoo..

Kraftangan Sarawak yang unik kerana banyaknya suku kaum di sana. Bagus dijadikan cenderahati.
Jambatan Darul Hana.
Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di tebing Sungai Sarawak, berdekatan istana Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak.
Hari terakhir di sana sempat jugalah aku menziarahi bekas cikgu tadika, Cikgu Latipah, di Batu Kawa. Kami dulu memang rapat, bapanya mengajar ngaji sehinggakan bila kami pindah ke Kem Penrissen almarhum masih datang mengajar. Semoga Allah ampunkan semua dosanya dan dimasukkan ke syurga. Disebabkan beliau dan usaha mak abah aku pandai mengaji. Aku juga selalu ikut cikgu Tipah dan Cikgu Salmah ke sana sini dan biasa tidur di rumah mereka. Kalau aku nampak mereka lalu depan rumah sewa kami di Kampung Haji Baki tu mesti aku melalak nak ikut hahahhahah.... sampai sekarang jadi bahan hahahah..
Aku rasa dah habis dah kisah travel 2023. Gigih aku update semua supaya kekal dalam ingatan bila buka balik blog ni. Yang belum selesai update di instagram je. Terpaksalah aku spam gambar untuk bersihkan galeri sebelum trip awal tahun 2025 nanti. 
Bye!



















© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2024/12/hari-perbarisan-tamat-latihan-asas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Khairul Aming Tamatkan Misi Bantuan Banjir Di Kelantan Hari Ini Buat Terharu

Punca Khairul Aming Tamatkan Misi Bantuan Banjir Di Kelantan Hari Ini Buat Terharu

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 69 hits
Misi bantuan banjir yang dikelola oleh pempengaruh dan usahawan terkenal Khairul Aming bakal ditamatkan hari ini iaitu pada Rabu 4 Disember di atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan Khairul Aming menerusi sesi siaran langsung di platfo...
The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Menghadiri Majlis Walimah

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Menghadiri Majlis Walimah

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 112 hits
The Colours of Life PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Menghadiri Majlis Walimah Daripada Ibnu Umar dia berkata Rasulullah SAW bersabda Apabila kamu dijemput ke majlis kenduri perkahwinan maka hadirilah Status Hadis SahihPengajaran 1 Ulama bersepak...
Suami Zahnita Direman 2 Hari Positif Dadah

Suami Zahnita Direman 2 Hari Positif Dadah

papar berkaitan - pada 7/12/2024 - jumlah : 109 hits
Siapa sangka kan masa muda dulu zahnita antara selebriti yang top Tapi dihujung jadi begini Ingat ini bukan pengakhiran hidup Setiap yang berlaku ada sebab yang allah berikan dan mahu kita melihat merasa dan memperbetul segala kesilapan kep...
Penduduk 5 Negeri Hati Hati Hujan Berterusan Dijangka Bermula Hari Ini Hingga Rabu

Penduduk 5 Negeri Hati Hati Hujan Berterusan Dijangka Bermula Hari Ini Hingga Rabu

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 96 hits
HarapandailyDecember 8 2024Penduduk di lima buah negeri disaran untuk berhati hati selepas Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan bermula hari ini sehingga Rabu depan 11 Disember Negeri yang terkesan termasuklah t...
Lunch Hari Ini Pak Zain Berselera Makan Kari Itik

Lunch Hari Ini Pak Zain Berselera Makan Kari Itik

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 97 hits
Assalamualaikum Bukan main berselera PZ makan tengahari ni 2 kali tambah nasi sedap betul selera dia makan senang hati SA Tapi tu la x lekang la dari mulut dia sebut arwah Mak Pah see dia memang betul betul rasa kehilangan SA sampai aje kat...
Bapa Buta Sebelah Mata Berjalan Kaki 14 Hari Cari Anak

Bapa Buta Sebelah Mata Berjalan Kaki 14 Hari Cari Anak

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 67 hits
KOSMO LUNG LEK berjalan kaki untuk mencari anak sulungnya Foto MatichonBANGKOK Seorang warga emas dari Thailand yang buta sebelah mata berazam untuk mencari anak lelakinya yang telah lama hilang dengan memulakan perjalanan selama 14 hari da...
Titah Adendum Inflasi Kos Perubatan Tumpuan Hari Ini

Titah Adendum Inflasi Kos Perubatan Tumpuan Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 103 hits
PARLIMEN Inflasi kos perubatan negara serta kewujudan titah adendum berkaitan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kali ke 61 merupakan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Suhaizan Kaiat bertany...
Pengalaman Berucap Pada Hari Terakhir Di Tempat Kerja Yang Sukar Untuk Dilupakan

Pengalaman Berucap Pada Hari Terakhir Di Tempat Kerja Yang Sukar Untuk Dilupakan

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 357 hits
Bagi anda yang makan gaji terutamanya di syarikat swasta tentu dah pernah bekerja dan berhenti di lebih dari satu majikan nbsp Tiap kali nak pindah tempat kerja dan berkhidmat kepada majikan baru anda perlu terlebih dahulu letak jawatan seb...
Kids Health Camp At Kgsc A Fun Filled Family Day Out In Iskandar Puteri

Police Record Papagomo S Statement Over Defamatory Remarks Against Igp Police

Agc Must Seriously Pursue Appeal Of Rosmah S Acquittal

Keluang Man Sinopsis Barisan Pelakon Keluang Man Cinematic Universe

Software Supply Chain Attacks Strategies To Detect And Mitigate Risks

Cara Meningkatkan Penghasilan Adsense Blog

Benefits Of Playing Free Slot Login Gacor123

Why New Hampshire S 24 Inch Shwt Rule Is Redefining Septic System Efficiency


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam


Abu Dzar Al Ghifari Zuhudnya Seperti Nabi Isa

Masak Lemak Kacang Buncis Dan Udang

Atmosfera Doremon Chord

Two Crows Coming Home From Guantanamo

Will Malaysia Ever Learn From The French Gritting Political Will To Nail Corrupters

Gambling