Hari Orentasi Pra Sekolah Airis Safiya
Akhirnya selesai sudah Hari Orentasi Pra Sekolah
Airis. Sekolah buat Hari Jumaat. Setengah hari berada di sekolah rasa waktu berlalu lama sangat.
Alhamdulillah Airis baik-baik sahaja dan sangat
teruja dapat ke sekolah. Pagi tu waktu tengah bersiap, dia kata dia tak sangka
akhirnya dia boleh ke sekolah.
Menjadi yang terakhir dalam keluarga mestilah
teruja bila tengok kakak dan abang ke sekolah. Kakak masuk Darjah Dua, abang
dia pula bakal melangkah ke Tingkatan Satu.
Majlis Orentasi macam tahun-tahun yang sudah,
cikgu mengalu-alukan kedatangan ibu bapa untuk turun padang.
Hari Orentasi Pra Sekolah – Airis Safiya
Penting supaya ibu bapa cakna dengan
perkembangan sekolah. Boleh juga intai-intai mana kekurangan pihak sekolah dan
salurkan sumbangan yang perlu.
Sekolah pun bukan harapkan sumbangan berbentuk
wang ringgit semata-mata, tapi terbuka juga untuk sumbangan idea, mencari dana,
kemahiran dan lain-lain.
Asalkan dapat bantu sekolah, anak-anak dan guru-guru
pon sudah memadai. Alhamdulillah, masuk penggal kedua menjadi AJK PIBG, banyak
pendedahan Diah terima.
Banyak sangat ruang antara sekolah dan ibu bapa
boleh dirapatkan. Punca utama sekolah asyik lah mendapat aduan adalah kerana
kurangnya penglibatan ibu bapa dalam aktiviti PIBG.
Kalau mesyuarat pun tak datang macamana nak
tahu keadaan semasa murid. Sebab tu wujud je golongan yang asyik nak
membangkang inisiatif sekolah ambil.
Taklimat Hari Orentasi Untuk Ibu Bapa
Majlis ringkas je tapi panjangnya ucapan
disebabkan banyak informasi perlu diberitahu kepada ibu bapa terutama yang anak
pertama kali masuk sekolah.
Perasmian dilakukan oleh YDP PIBG kemudian ada
ucapan aluan dari Guru Besar, disusuli oleh GPK HEM.
Biasalah kan ulang balik peraturan, pantang
larang dan perkara ibu bapa perlu tahu. Waktu kami dengar taklimat anak-anak
dah masuk kelas.
Nak biasakan anak dengan suasana bilik darjah. Selesai
taklimat umum, ibu bapa kena masuk untuk taklimat Pra Sekolah pula.
Tahun ni sedikit berbeza sebab sekolah nak
masukkan Pra Sekolah ke dalam PIBG. Ada juga lantikan pewaris. Siap semua undian
tadi berjalan dengan lancar.
Yuran Bayaran Pra Sekolah – Pembelian Keperluan
/ Alatan
Cikgu juga memaklumkan tentang jumlah yuran bayaran
setahun untuk Pra Sekolah ialah sebanyak RM 200. Bayaran merangkumi keperluan
seperti:
Tag nama sulam 4 keping - RM10.00
Graduasi / Sukaneka / Program – RM50.00
Sesi Fotografi + Sewa Jubah – RM50.00
Buku Kalam / Buku Bacaan – RM30.00
Peralatan / Bahan PdPc – RM60.00
Jika dibandingkan dengan yuran bayaran di Taska
/ Tadika swasta memang Bagai langit dengan bumi. Syukur sangat rezeki anak
masuk ke Pra Sekolah.
Waktu perbincangan ada juga ibu bapa yang minta
tempoh masa untuk pembayaran yuran. Peritnya situasi begitu.
Diah faham, pernah melalui saat itu waktu kecil
dulu sebab jarak umur kami adik beradik tak jauh. Jadi duit belanja akan keluar
banyak dalam satu masa yang sama.
Ini pula buka sekolah kemudian nak masuk bulan
Puasa dan kemudian raya. Tahun ni kami seperti sebelumnya, utamakan mana yang
penting.
Kesimpulan
Selesai taklimat terus menuju ke bilik darjah
Pra Sekolah. Tersenyum simpul Airis bila mata kami bertentang. Mulut tak
berhenti bercerita seronok ke sekolah.
Kalau ikut pengalaman kakak dia - Raudah sekolah Pra dulu memang meriah aktiviti kanak-kanak Pra.
Harapnya semangat tu menebal sampai habis sesi
sekolah lah ye dik. Ini baru hari pertama, sesi pengenalan. Dalam ramai-ramai
tadi sorang murid lelaki yang menangis. Biasalah hero memang menangis dulu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2024/05/hari-orentasi-pra-sekolah-airis-safiya.html