Hari Malaysia Keretapi Sarong 2023 Umum Lokasi Pertemuan Rahsia Di Dataran Merdeka


HARI MALAYSIA: KERETAPI SARONG 2023 UMUM LOKASI PERTEMUAN RAHSIA DI DATARAN MERDEKA | Assalammualaikum semua! Tiada lagi RAHSIA! Keretapi Sarong 2023 mengumumkan lokasi pertemuan utama di Dataran Merdeka. Ya Dataran Merdeka. Acara Keretapi Sarong mula dianjurkan oleh komuniti Random Alphabet sejak tahun 2012, sebelum dikelolai secara rasmi oleh Local Companian (LOCCO), sebuah komuniti sosial dan budaya sejak tahun 2017

Sejak viral aktiviti komuniti Keretapi Sarong yang diadakan di luar negara oleh pelajar/rakyat Malaysia, ia mula secara rasmi diadakan di Malaysia pada tahun 2017 lelalui LOCCO. Ramai telah hadir memeriahkan aktiviti ini. Cuma, program ini terhenti selama dua tahun iaitu 2020 dan 2021 kerana pandemik COVID-19 telah melanda dunia. 
HARI MALAYSIA: KERETAPI SARONG 2023 UMUM LOKASI PERTEMUAN RAHSIA DI DATARAN MERDEKA


Acara Keretapi Sarong telah memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk berkumpul bersama-sama meraikan Hari Malaysia dengan cara tradisional. Malah banyak penglibatan pelbagai jenama terkemuka sebagai penganjur semakin meriah. Tahniah LOCCO dan semua penganjur. 
Memandangkan hebahan pengumuman lokasi pertemuan telah dimaklumkan. Jangan kita skip budaya Keretapi Sarong okay? Naik LRT, MRT dari stesen yang telah ditetapkan. Seterusnya berkumpul di stesen pada 8:30 pagi menuju ke Dataran Merdeka. Boleh kita nyanyi bersama dan meraikan Hari Malaysia yang ke 60 tahun dengan memakai Sarong. 


Siap sedia untuk acara tahunan sambutan Hari Malaysia di lokasi rahsia untuk momen yang lebih bermakna tahun ini #KeretapiSarong2023. Menjelang berlangsungya acara Keretapi Sarong 2023 (KS2023) dalam lima hari sahaja lagi, LOCCO - sebuah organisasi yang membantu mempromosikan aktiviti kebudayaan menerusi penganjuran Keretapi Sarong sejak 2017 inimengumumkan lokasi rahsia untuk acara tahunan itu hari ini!
Bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni, dan Kebudayaan (MOTAC), Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN), dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), KS2023 tahun ini turut mendapat sokongan Rakan Kerjasama Utama iaitu Rapid KL -- syarikat sistem pengangkutan awam yang dimiliki oleh Prasarana Malaysia Berhad dan dioperasikan oleh anak-anak syarikatnya, Rapid Rail dan Rapid Bus

Seramai 200 sukarelawan akan membantu peserta dan bantuan mereka dari segi audio visual dan sepanjang perjalan kita ke Dataran Merdeka. Kali ini target 10,000 penyertaan. Pastikan anda semua dapatkan MyCity Pass RapidKL tau. Semoga perjalanan kita semua lancar. 
LOCCO menyediakan Sijil Penghargaan kepada semua sukarelawan di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang Keretapi Sarong berlangsung. Penyertaan pelajar universiti menyertai pelbagai aktiviti kebudayaan amatlah dihargai bagi memperkasa seni dan budaya Malaysia

Persiapan keseluruhan bagi pihak LOCCO bermula sejak awal tahun. Keretapi Sarong merupakan aktiviti komuniti. Menariknya tahun ini adalah ada progeam Ikat Tepi by Keretapi Sarong anjuran Media Prima merupakan aktiviti ilmiah yang melibatkan lima komponen utama:
1. Sejarah Sarong oleh Encik Khairol2. Sarong Serantau Negara Asean oleh Jurucakap dari Singapura3. Sarong Masa Kini4. Wakuk/Perasap Sarong Cara Tok Nenek Moyang di Bengkel Sarong5. Chit Chat Sarong
Program ini akan diadakan di belakang Bangunan Sultan Abdul Samad. Selain Ikat Tepi by Keretapi Sarong, persembahan selebriti, persembahan gamelan, meet n greet DOH, tayangan drama, makanan kuih muih tradisional dan Kopi Wonda akan dihidangkan sepanjang aktiviti ini




Pengarah Program KS2023, Shamsul Bahrin Zainuzzaman  berkata, "Pada 16 September, rakyat Malaysia bersama-sama pelancong luar negara yang terlibat secara tidak langsung akan memulakan perjalanan keretapi mereka dalam suasana ‘flash mob’ menikmatinpandangan kota di sekitar Lembah Klang

"Kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa lokasi rahsia tahun ini adalah di tempat yang paling ikonik dan bersejarah di negara ini - Dataran Merdeka! Pemilihan lokasi dibuat berikutan luas kawasan yang boleh dihadiri lebih ramai pengunjung, sekaligus dapat juga hadir Festival Permainan Malaysia, anjuran JKKN yang berlangsung serentak



FESTIVAL PERMAINAN MALAYSIA15 -17 SEPTEMBER 20237.00 Pagi - 12.00 MalamDATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR

"Ia akan menjadi saat yang benar benar bersejarah bagi semua untuk berkumpul di Dataran Merdeka tahun ini selepas perjalanan keretapi yang berlepas dari stesen-stesen terpilih. Memandangkan kita menjangkakan jumlah orang yang hadir yang lebih ramai tahun ini, kita meramalkan 'flash mob' dengan pakaian Sarong dan etnik juga akan lebih meriah

"Acara ini terlaksana melalui jalinan kerjasama rakyat Malaysia yang bersemangat dan cintakan budaya, bersama-sama barisan penaja kami yang percaya pada kuasa perpaduan melalui semangat Hari Malaysia." jelas beliau





Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Amir Hamdan berkata, "Saya berharap Rapid KL akan berpeluang untuk meneruskan kerjasama dengan LOCCO untuk acara Keretapi Sarong yang akan datang. Kami akan memberikan sokongan pada acara Sabtu ini dengan memastikan perjalanan yang lancar, selesa dan selamat buat peserta – peserta Keretapi Sarong 2023.
Persiapan Prasarana akan melibatkan tiga perkara iaitu kelancaran frekuensi perjalanan keretapi agar lebih bersedia, jentera pegawai awam untuk mengawal orang ramai di stesen yang telah dimaklumkan dan hebahan informasi di media sosial dan notis-notis." jelas beliau.





Wakil Wonda, selaku penaja utama KS2023 berkata, “Selaku jenama yang meraikan kepelbagaian budaya dan etnik di Malaysia, KSS2023 bekerjasama dengan Wonda Coffee untuk tahun ini sebagai penaja utama. Bukanlah suatu perkara asing menyatukan rakyat Malaysia dengan Malaysian Original Taste minuman Wonda Kopi Tarik. Wonda Malaysia akan bekerjasama dengan KS2023 untuk meraikan Hari Malaysia.
Wonda juga akan menerima Malaysia Book of Records untuk penyertaan ramai Wonda Kopi Tarik. Jom meriahkan Hari Malaysia 2023. Happy Malaysia Day everyone!”, jelas beliau.


Dengan tema “Etnik” tahun ini, dianggarkan lebih kurang 10,000 orang dari budaya dan komuniti akan menyertai KS2023 yang turut mempamerkan persembahan budaya yang memukau, termasuk tarian tradisional, muzik, dan sesi penceritaan untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang identiti negara yang berbilang budaya dan bangsa

Sambutan unik dan bertenaga ini akan berlangsung pada 16 September di pelbagai bandar dan stesen yang terlibat termasuk Putrajaya Sentral (KLIA Transit), Subang Jaya (LRT), Bandar Utama (MRT), Ampang (LRT), Gombak (LRT), Kajang (MRT) dan KL Sentral (LRT), menjanjikan hari yang penuh dengan budaya, perpaduan, dan keseronokan


'Flash mob' ini terdiri daripada lebih daripada 20 kumpulan dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk Baba Nyonya Selangor, United Malaysia Hindu Voice, Mandarin Jer, Anak Teater Malaysia, Malaysia Fashion Creative Award, KL Sketch Nation, Street Meet, UITM Shah Alam, dan DBP.
Tahun ini, acara 'flash mob' juga akan berlangsung serentak di bandar bandar utama seperti Johor Baharu (sepanjang Sungai Segget), Ipoh (KTMB Ipoh), dan Kuala Terengganu (Kampung Budaya Terengganu), serta di London, United Kingdom (Battersea Power Station sebagai destinasi akhir)

Photo Copyright: © Charlie JH Round-Turner, 2019
Penganjuran KS2023 juga ditaja bersama oleh Bulan Bintang, AirAsia, Kahf, Wardah, Emina, Mr D.I.Y, Momo's Kuala Lumpur, The Chow Kit (sebuah hotel Ormond), GoCar, M&Ms, KLIA Transit, Kedey Kamek, Santa Grand Signature, dan Grand Classic, Kuala Lumpur.

LAGU DAN IRAMA KERETAPI SARONG
Budaya Kereta Sarong paling dirindui adalah menyanyi beramai-ramai di dalam LRT, MRT, sepanjang berjalan dan semasa berkumpul. Paling teruja adalah boleh dikatakan semua rakyat Malaysia berbilang bangsa tahu lagu patriotik kita. Bangga! 

KERETAPI SARONG SEJAK 2017, 2018, 2019, 2022

MENGENAI LOCCO
LOCCO adalah kumpulan komuniti yang menyokong aktiviti komuniti di Malaysia, menerusi budaya kepada manusia yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan budaya. 
Mereka membawa pelbagai pengalaman, bermula dengan Keretapi Sarong dan pelbagai projek komuniti di sekitar Kuala Lumpur yang memperkasakan warisan dan budaya tempatan. Melalui komuniti yang menjadi tulang belakang acara & kempen, mereka dapat melaksanakan pengalaman yang unik dan juga tidak dapat dilupakan untuk semua

Untuk maklumat lanjut mengenai Keretapi Sarong, ikuti dan dapatkan lebih banyak maklumat dengan mengikuti kemas kini media sosial kami seperti berikut:
LOCCO | FACEBOOK | INSTAGRAM | TWITTER

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/09/hari-malaysia-keretapi-sarong-2023-umum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keretapi Sarong 2023 Kembali Sempena Hari Malaysia

Keretapi Sarong 2023 Kembali Sempena Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 402 hits
Hai pembaca kesayangan Masih ingat akan program Keretapi Sarong anjuran LOCCO dimana rakyat Malaysia memakai pakaian bertemakan sarong menaiki keretapi bagi memeriahkan sambutan Hari Malaysia sejak tujuh tahun yang lalu Sabtu ini guys 16 Se...
Free 16 September Ini Jom Meriahkan Keretapi Sarong 2023 Lokasi Lagu Tema Aktiviti Menarik

Free 16 September Ini Jom Meriahkan Keretapi Sarong 2023 Lokasi Lagu Tema Aktiviti Menarik

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 330 hits
KERETAPI SARONG is BACK Jom korang Sabtu ni kita beramai ramai pakai SARONG naik kereta api sempena HARI MALAYSIA Ada geng takde geng jangan risau Kita semua GENG SARONG KERETAPI SARONG Program Keretapi Sarong merupakan program flash mob at...
Keretapi Sarong 2023 Lokasi Senarai Aktiviti Dan Senarai Lagu

Keretapi Sarong 2023 Lokasi Senarai Aktiviti Dan Senarai Lagu

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 338 hits
Keretapi sarong 2023 dengan KeretapiSarong2023 kembali lagi pada tahun ini sempena sambutan Sabtu ini Keretapi Sarong merupakan acara tahunan sambutan Hari Malaysia dimana lokasi rahsianya telah pun diumumkan KERETAPI SARONG Program Keretap...
Logo Team Hari Merdeka Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2023

Logo Team Hari Merdeka Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 430 hits
Setiap tahun Malaysia akan menyambut Hari Merdeka atau Hari Kebangsaan pada 31 Ogos secara meriah dan gilang gemilang Dalam masa yang sama juga turut diperkenalkan logo dan tema rasmi yang digunakan sepanjang bulan Kemerdekaan tersebut Oleh...
Senarai Lokasi Perarakan Dan Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Ke 66 Tahun 2023 Peringkat Negeri Seluruh Malaysia

Senarai Lokasi Perarakan Dan Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Ke 66 Tahun 2023 Peringkat Negeri Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 325 hits
Acara sambutan ambang Merdeka 2023 akan disambut pada malam 30 Ogos 2023 di 9 buah negeri seluruh negeri Hari Kebangsaan Kemerdekaan Ke 66 tahun 2023 peringkat kebangsaan akan disambut di Dataran Putrajaya Presint 3 dimana acara perarakan d...
Hari Merdeka 2023 Malaysia Dengan Tema Yang Penuh Bermakna

Hari Merdeka 2023 Malaysia Dengan Tema Yang Penuh Bermakna

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 314 hits
Selamat hari Kebangsaan yang Ke 66 buat Malaysia Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan yang ke 66 dengan Tema Hari Merdeka 2023 penuh The post appeared first on
Keretapi Sarong Kota Bharu Kelantan 2023

Keretapi Sarong Kota Bharu Kelantan 2023

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 280 hits
Wow Keretapi Sarong kini di Bandar Kota Bharu pada 16 September ni Seronoknya nanti ramai ramai kita pakai baju tradisional dihiasi Sarong Tapi kali ni lain sikit lah sebab tiada keretapi yang akan digunakan kita meet up di beberapa checkpo...
Selamat Hari Merdeka Ke 66 Malaysia

Selamat Hari Merdeka Ke 66 Malaysia

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 216 hits
Selamat Hari Merdeka Ke 66 Malaysia Buat pertama kali Kerajaan Perpaduan gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional meneraju Malaysia menyambut ketibaan Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos 2023 dengan membawakan Logo dan Tema Malaysia ...
Keretapi Sarong 2023

Keretapi Sarong 2023

papar berkaitan - pada 2/9/2023 - jumlah : 370 hits
Dah sediakah nak berkain batik dan berkain pelekat naik keretapi semua Ayuh hias diri cantik cantik dan klasik di Hari Malaysia nanti Untuk update boleh lihat di Laluan dan stesen pemula Tema Keretapi Sarong 2023 kali ini Nak join tapi tak ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui