Hari Malaysia


Bismillahirrahmanirrahim...




Keamanan dan kemerdekaan sebuah negara adalah antara nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia. Ia bukan sekadar kebahagiaan yang perlu dinikmati, bahkan ia menuntut kita melahirkan rasa syukur dengan benar-benar menghambakan diri kepada Allah SWT. Semua nikmat itu hendaklah kita renungkan dan syukuri terutamanya dalam selalunya kita meraikan ulang tahun pembentukan negara Malaysia sejak dari 1964 yang lalu.
16 September setiap tahun adalah hari ulang tahun pembentukan negara kita sebagai Malaysia. Ia menggabungkan semenanjung Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak. Dengan itu, kawasan wilayah tanah air kita juga menjadi lebih luas. 



Dengan itu juga, jumlah penduduk menjadi bertambah ramai. Bahkan ras bangsa juga menjadi lebih pelbagai. Sejak detik itu, warganegara ini adalah terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Dayak, Orang Asal, Baba Nyonya, Bajau, Murut, Siam dan lain-lain. Inilah ketentuan Allah dan bukannya pilihan bagi setiap manusia.
Apa yang dipilih oleh manusia dalam hidupnya adalah menentukan amalan dan ketakwaan serta akhlak dan tingkah laku. Justeru itu, Tuhan hanya menilai manusia berasaskan kepada faktor itu, iaitu faktor yang boleh dipilih dan ditingkatkan oleh manusia. Mereka boleh berusaha dan membaikinya. Manusia bukan dinilai pada jenis bangsa dan keturunannya mereka kerana mereka tidak dapat menentukan dan memilihnya.
Hadis daripada Abu Nadhrah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:Wahai manusia, Sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu, dan sesungguhnya bapa asal kamu adalah sama. Ketahuilah, tiada kelebihan bagi bangsa Arab melebihi orang 'Ajam (yang bukan Arab), tiada juga kelebihan bagi orang bukan Arab melebihi orang Arab, tiada juga kelebihan bagi yang berkulit merah melebihi yang berkulit hitam, tiada juga kelebihan yang berkulit hitam melebihi yang berkulit merak; kecuali dengan taqwa.[Riwayat Ahmad dan Baihaqi]
Inilah sikap bertaqwa dan bersyukur yang sepatutnya ada dalam diri kita. Sikap yang melihat manusia hanya dinilai berdasarkan taqwa kepada Allah SWT. Sikap dan pegangan inilah yang menjadikan manusia dapat hidup sesama mereka dalam keadaan aman dan makmur. Tiada jaminan bahawa nikmat keamanan dan kemakmuran ini akan kekal jika kita tidak memelihara sikap dan tingkah laku kita.
Hayatilah firman Allah SWT dalam surah al-Anfal, ayat 53:




Kemerdekaan dan kemakmuran yang kita rasai dalam negara Malaysia ini adalah satu nikmat besar yang dikurniakan Allah SWT kepada kita. Keamanan dan perpaduan rakyat hendaklah kita pertahankan dengan memahami ajaran Islam tentang hubungan antara kaum. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada menjadi pencetus ketegangan antara mana-mana kumpulan manusia dengan menyalakan api perkauman. 
Janganlah kita merendahkan manusia lain kerana soal bangsa dan keturunannya. Islam mengajar kita bersikap terbuka menerima manusia lain seadanya kerana Islam adalah rahmat untuk semua dan rahmat untuk sekalian alam.
Sebenarnya, yang mengajar kita memainkan sentimen bangsa dan keturunan adalah syaitan. Dia mahu kita bergaduh hanya kerana faktor keturunan, iaitu suatu ketentuan yang tidak dapat dipilih manusia. Lalu ia mengajar manusia bahawa bangsanya lebih baik daripada bangsa lain. Syaitan adalah musuh utama manusia, makan sebagai umat Islam hendaklah menjauhkan diri dari sifat dan bisikan-bisikan syaitan tersebut.




Sesungguhnya, Islam telah menjadikan seruannya disampai dan didengar oleh seluruh manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan. Sejak awal perutusan baginda Rasulullah SAW, sudah ada pelbagai bangsa yang menjadi pengikut baginda. 

Ada Bilal bin Rabah, seorang berbangsa Negro berketurunan Habsyah. Ada Suhaib al-Rumi yang berbangsa Rom atau Eropah. Ada Salman al-Farisi, seorang berbangsa Parsi atau Iran. Kemudian ada Abdullah bin Salam dan beberapa rakannya yang berketurunan Yahudi. Sedangkan ramai sahabat yang berbangsa Arab. 

Inilah hakikat masyarakat dan negara Islam pertama yang dibentuk oleh Rasulullah SAW. Jesteru, apa yang lebih penting adalah seluruh warganegara sama-sama mempertahankan kedaulatan, keamanan dan ketenteraman hidup bersama seperti yang terkandung dalam piagam Madinah.
Sikap keterbukaan Islam itulah yang memudahkan Islam berkembang dan diterima oleh pelbagai bangsa di dunia selepas itu. Para sahabat tidak pernah mewujudkan sebarang tembok bangsa yang menghalang manusia untuk menerima Islam. Sama ada mereka menerima Islam sebagai agama mereka yang sempurna atau mereka menerima Islam sebagai sistem hidup mereka dalam bernegara sahaja. Islam itulah yang menjadi rahmat untuk semua.
Sebagai kesimpulan, 
Marilah kita membuang sifat perkauman dan taksub kepada kumpulan yang masih terpendam dalam diri kita.Kita hendaklah berkenalan dengan semua bangsa di dunia sebagai makhluk yang berasal dari keturunan dan bapa yang satu iaitu Adam AS.Kita hendaklah jadikan semua bangsa sebagai sasaran seruan keimanan dan kemanusiaan. Agar semua bangsa dapat hidup dengan aman dan berpeluang membuat pilihan untuk mentaati Tuhan.Semua rakyat pelbagai bangsa diseru kepada asas keadilan yang berhak dirasai oleh semua manusia.Lihat bagaimana contoh yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab dalam melaksanakan keadilan itu.Marilah kita mengambil iktibar dari peristiwa atau sirah Nabi SAW dalam penubuhan negara Islam Madinah yang berlaku adil kepada sesiapa sahaja, walaupun berada kepada musuh atau orang yang telah melakukan kezaliman.Janganlah kita menghukum dan membalas secara melampau sehingga orang lain membenci kepada Islam.Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah bersatu pada dalam memelihara kemerdekaan negara kita Malaysia.

Dalam surah al-Maidah ayat 8 Allah SWT berfirman:



(sumber: Jabatan Agama Islam Selangor)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kelanamuslim.blogspot.com/2013/09/hari-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Hari Malaysia Salam Perpaduan

Selamat Hari Malaysia Salam Perpaduan

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 223 hits
Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang bangsa dan keturunan Kita sering mencanangkan negara kita merupakan sebuah negara yang harmoni aman dan damai Semua bangsa dapat bekerjasama secara kolektif dan...
Hari Osteoporosis Sedunia 9 Daripada 10 Warga Pertengahan Usia Malaysia Berasa Bimbang Akan Kesihatan Tulang Mereka

Hari Osteoporosis Sedunia 9 Daripada 10 Warga Pertengahan Usia Malaysia Berasa Bimbang Akan Kesihatan Tulang Mereka

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 254 hits
Bagaimana ia mungkin mempengaruhi kekuatan dan pergerakan ketika usia emas merekaAnlene menyeru warga Malaysia agar mengambil langkah proaktif dalam penjagaan tulang sempena Hari Osteoporosis SeduniaDalam tinjauan terbaru yang dijalankan di...
Sarapan Pagi Hari Malaysia Penuh Sejarah

Sarapan Pagi Hari Malaysia Penuh Sejarah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 221 hits
Assalamualaikum dan Selamat Malam Hai Pembaca semua Selamat Hari Malaysia Anda sarapan apa pagi tadi Semalam Bonde beli Ubi Kayu dengan kawan pejabat Bonde pula teringin nak makan pelbagai This is a content summary only Visit my website for...
Senarai Penuh Menteri Kabinet Timbalan Menteri Baru Malaysia 2020

Senarai Penuh Menteri Kabinet Timbalan Menteri Baru Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 232 hits
Sebelum anggota kabinet dilantik dibentuk Yang di Pertuan Agong terlebih dahulu akan melantik Perdana Menteri daripada anggota anggota Dewan Rakyat menurut budi bicara baginda dan baginda kemudiannya akan melantik menteri menteri yang lain ...
Senarai Ahli Dewan Rakyat Malaysia 2020

Senarai Ahli Dewan Rakyat Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 243 hits
Perubahan landskap politik di Malaysia Kerajaan baharu dibentuk melalui gabungan beberapa parti politik yang membentuk kerajaan apabila menggapai majoriti kerusi palimen di Dewan Rakyat Sesebuah kerajaan dapat dibentuk apabila memperolehi 1...
Malaysia Order 18 Buah Typhoon

Malaysia Order 18 Buah Typhoon

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 266 hits
REPLIKA Eurofighter Typhoon kosmoSebuah replika bersaiz sebenar pesawat tempur Eurofighter Typhoon dikerumuni orang ramai yang ingin melihat dan merasai pengalaman berada di dalam kokpit pesawat tersebut Pertunjukan replika tersebut adalah ...
9 Penjenayah Yang Sangat Ganas Di Malaysia

9 Penjenayah Yang Sangat Ganas Di Malaysia

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 176 hits
Botak Chin 1 Botak Chin Wong Swee Chin adalah nama sebenarnya Botak Chin tidaklah berkepala botak sebaliknya nama itu adalah gabungan perkataan BO TAK CHIN dalam bahasa hokkien membawa maksud Tiada Kerja CHINA atau jobless chinese Pada tahu...
8 Jenis Fesyen Tudung Di Malaysia

8 Jenis Fesyen Tudung Di Malaysia

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 243 hits
Berikut merupakan jenis dan fesyen tudung yang boleh kita dapati di Malaysia Bunyinya agak pelik tapi inilah hakikatnya Fesyen tudung menarik ini menjadi gilaan ramai wanita kini 1 Tudung Bukit Memakai tudung tapi kedua dua bukit ditayang d...
Jersi Nike Malaysia 2021 2022

Jersi Nike Malaysia 2021 2022

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 400 hits
Jenama pakaian sukan popular Nike sekali lagi menjadi penaja dan pembekal rasmi jersi pasukan bola sepak Malaysia atau lebih dikenali dengan jolokan Harimau Malaya bagi tahun 2021 hingga 2022 Jersi baharu pasukan Malaysia ini telah dilancar...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lintah Berkepala Manusia By Rakib Jamari Riau

Kek Lapis Penganan Pilah

Misi Mencari Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tercapai

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Asean All Star Vs Mu Jadual Pemain Pembelian Tiket Online