Hari Keluarga Akmal 2022 Bergembira Ramai Ramai Di Melaka Wonderland
assalamualaikum
selamat petang Jumaat 😊
nak berkongsi kegembiraan. Sabtu dulu, 10.12.2022, seharian saya bersama Syuhada dan Izzat meluangkan masa di Melaka Wonderland. setelah 2 tahun tiada penganjuran hari keluarga, tahun ni alhamdulillah, Kelab Kebajikan & Rekreasi (KKR), Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) dpt menganjurkan Hari Keluarga AKMAL 2022. best! hadiah-hadiah cabutan bertuah yang amat menarik. sukaneka pun diadakan dan dpt sambutan meriah dari ahli keluarga 😍
kami bertiga saje kali ni. mr.Asben kena kerja, overtime. manakala Nurin ada kelas tambahan di sekolah. sememangnya Nurin kena la dahulukan kelas tambahan utk SPM. itu yg lebih utama ketika itu
[ Baca juga : pertama kali ke Melaka Wonderland 17.3.2012 ]
jam 9 pagi kami dah tiba
sebelum orang ramai, kami snap snap dulu di pintu gerbang
Izzat yang pemalu di tepi itu 😄
jom naik atas dulu
kita berhari keluarga dulu
makan-makan. sukaneka
amik hadiah cabutan bertuah 😍
meriah hadiah yang KKR sediakan. hadiah utama ada 3 iaitu tv 32", tv 42" dan air-cond 1.5 hp. lain-lain electrical items yang semuanya berjenama, bukan item murah-murah. terbaik! manakala utk anak-anak disediakan hamper dan hadiah yg bermutu tau. berjenama elok. jajan yg helok, bukan made in China 😄 or jajan murahan
rezeki kami - Minicompact Tefal
mini steamer 😍
dalam lebih kurang jam 12 tghari, barulah dpt kami bertiga melangkah turun ke waterpark. anak-anak da bertukar baju swimming. cuaca pun waktu tu mcm tak brape nak cantik, tapi belum hujan. maka, cecepat la kami gerak utk bermandi-manda 😄. amat rugilah bila da jejak masuk Melaka Wonderland tapi tak dpt nak bermandi-manda, kan
kolam ni tidak berombak seperti dulu kala
umpama swimming pool yang besar saje
laluan ni pun tidak menarik seperti dulu
bila tidak berombak, ia sgt membosankan
sewa pelampung : RM25
deposit : RM5
kelihatan awan hitam memenuhi ruang langit. hati berdebar-debar, "nak hujankah?". aduhai... dlm hati ni jugak berdoa tanpa henti, jgn la hujan. berilah peluang anak-anak kami semua menikmati hari yg indah ni di Melaka Wonderland. Izzat pun memang lama dah nak masuk waterpark ni.
tornado ni menjadi pilihan utama Syuhada & Izzat.
aduhai... risau saya nak mengizinkan
namun, everything were ok alhamdulillah..
dpt juga rakam gambar diorang dlm mangkuk tornado ni 😄
saya rasa lega bila ada pekerja yg jaga mangkuk ni
Allah yang Maha Berkuasa. hingga jam 3 petang gitu, cuaca masih elok dan baik. hujan gerimis datang sesekali membasahi bumi. tapi memandangkan anak-anak memang dah basah kuyup, saya biarkan aje la. saya pantau rapat ke mana mereka berdua pergi. lensa kamera saya tak pernah lupa merakam aksi mereka berdua
ada dewan makan yang besar
jgn risau jika tidak membawa meja, tikar, kerusi healing dan sebagainya
indah..
semuanya indah belaka. lebih kurang jam 4.30 petang kami bertiga pergi meninggalkan Melaka Wonderland dgn gembira. saya berpuas hati kerana melihat Izzat begitu gembira. setelah bertahun dia asyik menuding ke arah papan tanda Melaka Wonderland, dah pun dia dpt peluang round seluruhnya. ni kali ketiga sebenarnya kami sekeluarga ke sini.
[ Baca : family day di Melaka Wonderland 21.12.2013 ]
in shaa Allah, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, kami jejak ke sini lagi. tq KKR atas tajaan entrance fees masuk Melaka Wonderland 😎
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adianiez.com/2022/12/hari-keluarga-akmal-2022-melaka-wonderland.html