Hari Ke 82 Perbicaraan Tak Diteruskan Saksi Tak Sedia Najib Perlu Ke Pwtc


HIDIR REDUAN ANDUL RASHID



LANGSUNG | Perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak melibatkan dakwaan penyalahgunaan dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke-78 di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini.

Malaysiakini melaporkan perbicaraan ini secara langsung.


Peguam tetap berhasrat panggil pegawai penyiasat SPRM
9.49 pagi: Pasukan peguam masih berhasrat memanggil pegawai penyiasat SPRM untuk memberi keterangan bagi pihak pembelaan.

Peguam utama, Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan perkara ini kepada Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali pagi ini.

Semalam, Nazlan menolak permintaan pasukan pembelaan yang mahukan Penolong Pesuruhjaya SPRM Mohd Nasharudin Amir untuk ditemubual oleh mereka sebelum saksi memberi keterangan.
Iklan Terdahulu, dilaporkan bahawa Nasharudin bersedia untuk memberi keterangan walaupun dia tidak mahu ditemubual terlebih dahulu oleh pasukan pembelaan.

Shafee juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa di antara senarai saksi yang mereka ingin panggil ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya, bekas peguam negara, Apandi Ali, bekas ketua suruhanjaya SPRM Dzulkifli Ahmad, dan bekas ketua setiausaha sulit Najib, Shukry Salleh.
Nazlan kemudian menangguhkan perbicaraan pada jam 2.30 petang esok.


Perbicaraan tidak dapat diteruskan kerana saksi belum bersedia dan Najib perlu hadir ke PWTC
9.24 pagi: Perbicaraan terhadap Najib Razak yang didakwa menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International tidak dapat diteruskan hari ini kerana tertuduh perlu menghadiri mesyuarat politik di PWTC pada pukul 10.30 pagi hari ini.

Perbicaraan itu juga tidak dapat diteruskan kerana saksi pembelaan, Rasman Abdullah belum bersedia untuk dipanggil memberi keterangan dalam mempertahankan Najib.
Peguam utama Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa tertuduh perlu menghadiri mesyuarat penting.

"Najib dikehendaki meninggalkan mahkamah untuk ke PWTC pada pukul 10.30 pagi," kata Shafee.

Shafee juga memberitahu bahawa Najib perlu pergi ke Istana Negara selepas mesyuarat di PWTC.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan masa.

Terdahulu, seorang lagi peguam bela, Farhan Read memaklumkan mahkamah bahawa mereka tidak dapat meneruskan dengan keterangan Rasman hari ini apabila semalam peguam diberikan akses kepada kenyataan saksi SPRM yang tidak dapat dikesan, seperti CEO SRC, Nik Faisal Ariff Kamil dan ahli perniagaan Low Taek Jho.

Farhan berkata mereka perlu menyemak kenyataan SPRM dengan Rasman sebelum mereka boleh memuktamadkan kenyataan saksi Rasman.


9.18 pagi: Prosiding bermula dan tertuduh Najib Razak memasuki kandang tertuduh


9.09 pagi: Bekas Perdana Menteri Najib Razak memasuki Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan mengambil tempat duduk di baris hadapan galeri awam

Juga kelihatan di mahkamah menunggu prosiding bermula ialah DPP V Sithambaram dan DPP lain, serta peguam utama Muhammad Shafee Abdullah dan anggota pasukan pembelaan.


Pengerusi eksekutif Putra Perdana Bhd, Rasman Abdullah dijadual memberi keterangan bagi pihak pembelaan pada hari ke-82 perbicaraan terhadap Najib Razak yang didakwa menyalahgunakan dana RM42 juta SRC International

Semalam, peguam bela Harvinderjit Singh memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa mereka akan memanggil Rasman pada prosiding hari ini.

Putra Perdana Berhad dikaitkan dengan Putra Perdana Construction, sebuah syarikat yang didakwa terlibat dalam RM42 juta pemindahan ke akaun Najib antara Disember 2014 dan Feb 2015.

Dalam prosiding semalam, mahkamah antara lain mendengar bahawa pembelaan memilih untuk tidak memanggil pakar tulisan tangan dari Australia, Dr Steven Strach untuk memberikan keterangan berhubung hasil daripada analisis tandatangan bekas Perdana Menteri Najib ke atas beberapa dokumen SRC.

Ini walaupun Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada 22 Jan membenarkan permohonan pihak pembelaan agar pakar itu diterbangkan dari Australia untuk memeriksa keaslian tandatangan tertuduh pada bukti berdokumen berkenaan.

Semalam, mahkamah juga menolak permohonan pihak pembelaan untuk memaksa Pembantu Pesuruhjaya SPRM, Mohd Nasharudin Amir ditemuramah oleh mereka sebelum dia (Nasharudin) memasuki kandang saksi di peringkat pembelaan.

Berikutan pengguguran permohonan, tidak dapat dipastikan jika pasukan pembelaan masih memerlukan Nasharudin hadir ke mahkamah dan memberi keterangan bagi pihak pembelaan.

Prosiding di hadapan Nazlan dijadual bermula jam 9.00 pagi ini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/hari-ke-82-perbicaraan-tak-diteruskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Src Perbicaraan Diteruskan Di Tengah Tengah Kemelut Politik

Kes Src Perbicaraan Diteruskan Di Tengah Tengah Kemelut Politik

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 206 hits
HIDIR REDUAN ABDUL RASHID LANGSUNG Perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak melibatkan dakwaan penyalahgunaan dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke 83 di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini Malaysiakini melapork...
Kenapa Pulak Salah Najib Saya Main Fb Tiap Hari Sahaja

Kenapa Pulak Salah Najib Saya Main Fb Tiap Hari Sahaja

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 224 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak membuat kenyataan balas berhubung dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyalahkan beliau susulan runtuhnya Kerajaan Pakatan Harapan hingga menyebabkan kemelut politik melanda negara Najib berkata individ...
Hari Pertama Kes Najib Di Bawah Pm Baru

Hari Pertama Kes Najib Di Bawah Pm Baru

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 258 hits
Perbicaraan bekas perdana menteri Najib Razak melibatkan dakwaan penyalahgunaan dana dari SRC International Sdn Bhd memasuki hari 85 hari ini di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur Perbicaraan pagi ini merupakan yang pertama selepas pertukaran ...
Src Trial Adjourned As Witness Not Ready Najib Needs To Go Pwtc

Src Trial Adjourned As Witness Not Ready Najib Needs To Go Pwtc

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 212 hits
DAY 82 The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged misappropriation of funds from SRC International Sdn Bhd enters day 82 today at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports o...
Saksi Pendakwaraya Najib Tak Ambil Kesempatan Sebagai Pm

Saksi Pendakwaraya Najib Tak Ambil Kesempatan Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 194 hits
Bekas pembantu Najib Razak hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini yang bekas perdana menteri itu tidak mengambil kesempatan daripada jawatannya ketika beliau berkuasa Amhari Efendi Nazaruddin yang merupakan pegawai khas Najib berkata ...
Almarhum Raja Abdullah Minta Wang Beliau Dimasukkan Ke Akaun Najib Saksi Src

Almarhum Raja Abdullah Minta Wang Beliau Dimasukkan Ke Akaun Najib Saksi Src

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 223 hits
KUALA LUMPUR Ketika ditanya oleh Sithambaram DS Anifah Aman tidak mampu mengingati dengan baik tarikh mesyuarat dengan kerajaan Saudi yang berlaku kita kira 10 tahun lalu Tetapi beliau mengakui mesyuarat yang dinyatakan oleh saksi saksi seb...
Saksi Sprm Sahkan Derma Rm2 6 Bilion Keluarga Raja Arab Kepada Najib

Saksi Sprm Sahkan Derma Rm2 6 Bilion Keluarga Raja Arab Kepada Najib

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 239 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib RazakKUALA LUMPUR Saksi pembelaan kesembilan kes perbicaraan SRC International Sdn Bhd melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu mahkamah sememangnya ada derma dari Raja Arab ...
Alasan Zahid Hamidi Menangguhkan Perbicaraan Hari Ini Dipersoal Kebenarannya

Alasan Zahid Hamidi Menangguhkan Perbicaraan Hari Ini Dipersoal Kebenarannya

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 204 hits
Seperti semua sedia maklum hari ini Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memulakan tugas rasmi beliau sebagai Perdana Menteri Kelapan setelah dilantik oleh Yabg Di Pertuan Agong semalam Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdan...
Jho Low Penipu Kata Pengarah Syarikat Dalam Perbicaraan Najib

Jho Low Penipu Kata Pengarah Syarikat Dalam Perbicaraan Najib

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 186 hits
Rosman Abdullah berkata Jho Low mengarahkan anak syarikat Putrajaya Perdana Permai Binaraya Sdn Bhd memasukkan RM27 juta ke akaun Najib Razak pada 2014 KUALA LUMPUR Pengarah urusan sebuah syarikat yang pernah bekerja dengan Low Taek Jho men...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Asan Lembu The Movie

Hospital Kuala Pilah

Potong Ikan Keluar Api

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Wan Ji Najib Dapat Layanan Sangat Istimewa Di Penjara



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Swaylin Bechuanka Nuan Chord

Sanusi Henti Retorik Kxp Tumpu Projek Loji Rawatan Air

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid